- 39 -

190 7 0
                                    


- 39 –

Hazel yang selesai kerjanya terus menunggu di parking. Range Rover berwarna berhenti dihadapannya. Mika. Pagi tadi dia dating ke kerja menaiki teksi, keretanya sudah dihantar ke bengkel oleh Mika. Tambahan pula, Mika sudah menyuruhnya tunggu dia akan tumpangkan. Tapi Hazel agak terkejar dengan perkara di office jadi Hazel menaiki teksi sahaja. Namun, Mika sudah warning awal-awal suruh tunggu dia di parking jadi dia ikutkan sahaja.

Hazel menyelinap masuk ke dalam kereta, bau colognenya berlegar di dalam kereta. Ia tidak terlalu kuat tetapi ia sesuai dengan Mika dan keperibadiannya.

Dia menyapa perlahan "Hai." Kepada Mika yang mana dibalas dengan anggukan.

Hari ini, dia mengenakan sepasang sut biru tua yang menjadikannya kelihatan kacak. He looks like a businessman. A hot one. Hahaha.

"Nak makan mana?" Tanya Hazel.

"How about steak?" Soalnya semula. Mata fokus menghadap jalan. Hazel anggukkan saja, dia pun tidak makan tengahari tadi hanya sekadar makan makanan ringan saja.

Selepas 10 minit memandu dalam senyap, mereka tiba. Sepanjang masa Hazel hanya menyibukkan dirinya dengan lagu-lagu yang dimainkan di radio. Kadang-kadang kepalanya ikut dengan rentak lagu, perlahan.

Mika berhenti di hadapan sebuah restoran dan mematikan enjinnya. Mereka berdua keluar dari kereta menuju ke dalam restoran itu. Ia adalah sebuah restoran yang sangat terbuka, di mana orang dari luar dapat melihat orang yang sedang makan di dalam.

Sambil menunggu makanan, Hazel menanyakan tentang hari Mika, saja mahu memulakan perbualan dengan lelaki itu.

"Banyak kerja ke?"

"Is that the question for today? I thought you would have pick better question, I'm disappointed. " Katanya dengan nada mengusik. Dia kelihatan terhibur dengan soalannya.

Hazel membulatkan matanya terkejut dengan gurauan lelaki itu pada masa yang sama terhibur.

"No."

"Well, kerja saya banyak tapi saya tak boleh fokus asyik fikir soalan saya." Kata Hazel. Mika memandangnya pelik.

"Ahh, kesian siapa jadi pekerja kau." Dia buat lawak lagi.

"HAHA." Gelak Hazel terpaksa.

"Saya ada request." Harap-harap Mika boleh terimalah.

"Hmm." Dia duduk di hadapan saya yang membuatkan saya sedikit gementar.

"First-" Tak habis nyatakan lagi Mika sudah potong.

"You can only have 2 requests."

Haish, Hazel jeling satu kali pada Mika. Sibuklah dia hendak limitkan permintaan orang.

"First, saya yang akan tentukan bila kita lunch atau dinner. Exception for today of course."

Mendengar itu, Mika menjawab tanda ok dengan permintaan pertamanya. Melihat balasan itu Hazel sambung dengan permintaan kedua-duanya.

"Yang kedua, setiap soalan yang saya tanya awak perlu jawab dengan betul dan jujur. Saya tidak mahu jawapan ya atau tidak dan jika saya rasa awak rahsiakan sesuatu saya mendapat peluang lagi untuk bertanya soalan bonus." Dia memandang Mika.

Dia kelihatan seperti sedang mencari permintaan kedua tetapi kemudian dia bersetuju dengannya namun hanya selepas Hazel berkata. "Please, awak bagi saya 5 soalan je at least I need a worthy answer." Suaranya bertukar merayu.

"Ok soalan pertama saya macam mana awak kenal saya. Saya tahu awak kenal saya dari kecil tapi saya nak tahu bagaimana?"

Matanya menjadi serius begitu juga dengan nadanya ketika dia sedang memandang ke arah Mika.

Gambarnya dengan Mika adalah bukti nyata yang mereka sudah kenal lama malah sejak kecil lagi. Kenapa Mika tidak pernah cerita tentang itu dan kenapa dia berlakon seakan tidak mengenali Hazel.

Mika menggosok tangan ke rahangnya, riak wajahnya semakin serius. Seperti seseorang yang sedang menghimpunkan fikirannya, dia merenung Hazel seketika. Matanya, kelihatan pelik. Seperti dia tersinggung dengan soalan Hazel tetapi riak wajahnya tetap sama. Cold and unaffected.

"Kita kenal sejak kau kecil, aku kenal kau waktu aku umur 8 tahun kau 3 tahun. I was adopted 'mummy', and you were the new neighbor. You love to play outside so one day mummy invited you in and that was the first time I saw you. The first thing you saw me you cry and said "Peliknya muka dia."

Matanya tertumpu pada dia tetapi fikirannya mungkin melayang kembali ke ingatannya.

"Since then you love coming by to play. Kau kuat menangis, I hate that. Aku tak pandai cakap Bahasa Melayu jadinya kita tak banyak cakap tapi kau still datang ajak aku main. I taught you how to play volleyball and you forced me to play barbie. Aku paksa kau janji untuk tak bagitahu sesiapa."

"Well, after what had happen you probably never will." Sambungnya perlahan tapi cukup untuk Hazel tangkap.

"One day, kau dengan papa kau accident you lost your memory dan satu family kau pindah. I never see you again dan aku jumpa kau semula sebagai tunang Amsyar."

Hazel ingat lagi kali pertama mereka berjumpa. Mika tetap sama.

"Girl." Panggil Mika. Hazel tersentak dari fikirannya.

"Makan dulu." Katanya lagi.

Hazel angguk.

Otaknya bekerja keras memproses secebis maklumat itu. Jadi betul lah mereka kenal dari kecil, tapi kenapa mama tak pernah beritahu tentang perkara itu. Dia fikir mama juga baru kenal Mika.

Tangannya terhenti seketika memikirkan perkara itu. Dahi berkerut. Mika melepaskan keluhan.

"We should have eaten first." Katanya perlahan, mungkin hanya untuk dirinya sendiri. Dia menarik pinggan Hazel dan mula memotong stik menjadi cebisan kecil.

Hazel mengucapkan terima kasih selepas dia meletakkan semula pinggan itu.

"Hei, kau ada 4 soalan lagi untuk tanya."

"Just out of curiousity, Amsyar rapat dengan saya waktu kecil?" soalnya ingin tahu. Dia fikir kalau Amsyar juga rapat dengannya sewaktu kecil pasti Amsyar pernah cerita tentang Mika kepada dia.

Muka Mika berubah, riak wajahnya kembali dingin.

"Amsyar banyak masalah kesihatan waktu kecil dan walaupun dia kenal kau. He probably won't remember."

"Are we done?" soal Mika. Hazel rasa pelik dengan sikap Mika. Berubah terus caranya melayan dia. Semuanya selepas nama Amsyar keluar dari mulutnya.

"Aku bayar, kau pergi tunggu dalam kereta." Tidak menunggu responnya, Mika terus meninggalkannya untuk membayar di kaunter.

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now