- 42 -

182 6 0
                                    


- 42 –

Hari ini adalah hari kedua, soalan kedua, jawapan yang kedua tentang persoalannya berkenaan hubungan Hazel dan Mika. Kali ini, Hazel memastikan kerjanya dapat siap mengikut waktunya.

Soalannya kali ini membuatkan Hazel agak gementar. Gementar menunggu jawapan lelaki itu malah gementar dengan reaksi Mika. Bila dia fikirkan semula, Mika selalu membuatkannya gementar untuk berhadapan dengannya. Tetapi setiap kali dia berdiri di hadapannya, perasaan itu hilang begitu saja dan digantikan pula dengan perasaan yang lain. Yang dia sendiri tidak tahu apa.

Kali ini, Hazel mencadangkan untuk jumpa hanya pada waktu makan malam. Hal ini kerana, lelaki itu apabila ditanya free atau tak pada sekian hari jawapannya sama." No". Dia melihat perbualan mereka yang hanya membincangkan tentang hari untuk bertemu.

Mika: Tukar, ada meeting dekat luar.
Hazel: Kalau lunch esoknya?
Mika: Ada kerja
Hazel: Sabtu atau ahad?
Mika: I'm only free to answer your questions on weekdays only. Choose another day.
Hazel: Eii, dinner jelah. Esok. Dinner. Free?
Mika: Ok.

'Apa function dia pagi pilihan lunch dengan dinner tapi setiap kali lunch dia tak free.' Hazel mendengus.

Hazel melihat jam ditangannya hampir setiap lima saat. Dia sudah terlambat 30 minit. Gara-gara terlampau fokus dengan kerjanya, ditambah pula dengan last minute client yang datang. Hazel terpaksa melayan pelanggan sehingga mereka berpuas hati dengan bajunya itu.

Hazel sudah menghantar mesej kepada Mika, mengatakan bahawa dia akan lambat. Lelaki itu hanya melihat saja mesejnya dan rasa bersalah menyerbu dirinya. Dia tak mahu lelaki itu menunggunya jadi Hazel cepat-cepat meletakkan keretanya dan terus memasuki restoran.

Tidak sampai sesaat, dia melihat susuk tubuh Mika yang sedang duduk di sudut restaurant sambil menunduk melihat telefonnya. Apabila Mika mendongak, matanya serta-merta memandang wajahnya. Seluruh wajahnya relaks apabila melihat wajahnya. Tanpa disedarinya, Hazel juga melakukan perkara yang sama. Mika tetap dalam posisinya yang sama, tetapi setiap langkah yang Hazel ambil menuju ke meja mereka, diperhatikan lelaki itu.

"Hi." Tangannya diangkat untuk melihat jam di tangannya.

"Sorry saya lambat." Hazel meletakkan begnya diatas meja dan terus duduk.

Mika mengangkat segelas air dan menghulurkan kepadanya. "Minum."

Ketika itu, baru dia dia sedar akan nafasnya yang agak tidak teratur disebabkan dia bergegas ke situ tadi. Dia mengambil air yang dihulurkan dan terus meminumnya.

"Aku dah order makanan, makan dulu baru aku jawap soalan kau." Katanya apabila satu persatu makanan sampai di meja mereka. Ada pasta, pizza dan juga chicken wings. Keningnya terangkat.

"Banyaknya awak order." Perutnya berbunyi melihat makanan-makanan yang terhidang di hadapannya.

"Aku tak tahu kau nak apa." Jawabnya.

Setelah kami selesai makan, dia memanggil pelayan untuk mengambil pinggan, dan memesan untuk pencuci mulut. Hazel memilih aiskrim tetapi Mika tidak memesan apa-apa. Hazel menjeling matanya, tahu sangat kenapa. Mika mempunyai tabiat berkongsi makanan. Kali pertama mereka makan bersama, mereka berkongsi minuman dan makan. Pelik gila. Tetapi selepas itu, Hazel terbiasa dengan karenah pelik lelaki itu kerana Mika tahu menjaga batasnya sendiri.

Mika mengangkat gelasnya dan meminumnya dalam senyap. Mata masih tertatap pada Hazel dihadapannya. Hazel bertambah malu di bawah pandangan lelaki itu. Dia cuba memecahkan suasana itu.

"So..."

Hazel cuba bersuara bersahaja sambil membelek lengan bajunya. Matanya kini tertumpu pada lelaki yang duduk di hadapannya. Dia cuba mengabaikan semua perasaan aneh apabila matanya bertemu dengannya.

Bibirnya melengkung membentuk senyuman, aneh melihat perubahan sikap Hazel. Mika menggerakkan kepalanya menyuruh Hazel meneruskan ayatnya.

"Soalan saya...kalau kita pernah kenal sebelum ini kenapa awak tak berterus terang dan kenapa berlagak macam tak kenal saya?" Soal Hazel terhenti seketika sebelum menyambung soalannya.

Mika mengecilkan matanya, "That was two questions."

Hazel ketawa gugup, dia cuba menyembunyikannya dengan meminum airnya itu. Mika diam untuk beberapa saat sebelum menjawab soalan itu.

"Why should I? Kalau aku cakap aku kenal kau, kau percaya? If I were to be honest that we know each other since we were kids, what's that gonnna do? Bukannya kita ada apa-apa. And ... aku tak pernah cakap aku tak kenal kau sebelum ni. "

Hazel tidak menjawab. Apabila difikirkannya, betullah apa Mika cakap. Lelaki itu tidak pernah cakap yang dia tak kenal dirinya, selama ini Hazel yang menganggap sebegitu. Dan bila difikirkan balik, dia faham kenapa. Apa kelebihan yang Mika peroleh kalau dia cakap yang dia kenal Hazel. Lebih-lebih lagi kepada orang yang tiada ingatan tentang dirinya. Hazel tidak akan ingat akan Mika, malah mungkin juga akan meragui kebenaran di sebalik kata-kata lelaki itu. Tambah pula, mereka tiada apa-apa hubungan, tiada keperluan untuk Mika memberitahu info yang satu itu.

Tetapi hatinya masih tidak tenang memikirkan bahwa mereka saling mengenali antara satu sama lain. Dan walaupun Hazel tidak hilang ingatan, Mika masih boleh memberitahunya.

Mendengar jawapan lelaki itu, satu perkara yang dia dapat daripada jawapan lelaki itu adalah jika Hazel tidak terjumpa gambar mereka berdua dan bertanya soalan tentang masa lalu mereka. Dia mungkin tidak akan tahu tentang hubungan mereka yang lepas ... kerana 'bukannya mereka ada apa-apa'.

Entah kenapa hatinya terasa berat memikirkan ayat yang terakhir itu. 

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now