"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras .
" Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan .
Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...
'Hek eleh mamat ni tak payahlah poyo sangat' cebik Hazel dalam hatinya. Dalam hati sajalah berani, hendak suarakan memang tak lah wei.
"Saya beli juga....hadiah saya pada awak, awak nak simpan atau nak buang terpulang pada awaklah. Tapi tolong saya pilih boleh?"
"Kau fikir aku tak kerja ke asyik nak melayan kau jer?". Balas Mika semula.
"Memang awak tengah tak kerja pun kan?". Balas Hazel perlahan sahaja. Janganlah Mika dengar pulak. Namun pandangan tajaman yang diberi Mika kepadanya menandakan yang dia dengar.
"Hehehe...sekejap je Mika lepastu saya tak kacau awak dah". Tersengih Hazel menjawab.
"Kita cari yang simple je nak, saya tak suka berlian besar-besar bukan taste saya." Bersungguh-sungguh Hazel menyatakan pendapatnya, tak tahulah Mika ni dengar ke tak.
Liar matanya mencari segenap sudut pameran cincin di hadapannya. Hazel sebenarnya tak reti mana pun, bagi dia semua cantik tapi takde yang buat dia berminat lagi setakat apa yang dia dah tengoklah. Si Mika dah entah ke mana, agaknya dah malas melayan Hazel dia bla dulu. Uish janganlah. Tapi kan bila difikir balik, takpe ke dia nak beli cincin untuk Mika? OMG Hazel tak tahu pun kalau si Mika ni dah berpunya ke belum, matilah aku kalau dah. Kau gila ke Hazel ajak lelaki beli cincin couple, apa jadi kat otak kau. Hilangkah? Atau memang tak pernah ada?
"Girl" panggil Mika. Di tangan kanannya memegang sebentuk cincin, Hazel tak dapat lihat secara detail.
"Mika, untuk awak kita beli benda lainlah. Cincin ni saya gurau jer, jadi bahan bercakap dengan awak je. Kita lupakan jerlah eh?"
"Do you really think I would wear one? I have someone". Balasnya bersahaja. 'huuu selamat, berpunya rupanya si Mika ni. Tapi tak marah ke girlfriend dia jadi drebar aku tak berbayat ni?'
"Alright-alright, sekejap eh biar saya cari barang saya lepastu kita balik". Baru dia nak melangkah ke lagi satu sudut, Mika memanggilnya. Hazel pusing ke belakang, lengannya ditarik menyebabkan dia berpaling semula kepada Mika dan Mika meletakkan cincin yang dia pegang tadi di atas telapak tangan Hazel dan terus berlalu pergi.
Hazel melihat cincin tersebut. Cantik....... sangat. Ia berwarna rose gold dan mempunyai batu-batu kecil yang diletakkan bersama dalam susunan tiga dikeliling cincin tersebut. Membuatkan cincin itu kelihatan cantic bentuk yang sangat simple dan ringkas. Hazel suka, lawa sangat. Lama dia menetap cincin tersebut, cincin ini yang akan menggantikan cincin pertunangan dia, cincin pernikahan dia. Ia cincin ini akan menggantikan satu-satunya pemberian Amsyar yang terakhir kepada Hazel. Mata Hazel berair memikirkan, 'this is it, I found it', dia nak lepaskan Amsyar satu persatu dari hidupnya termasuklah sebagai kawannya. Terima kasih Mika.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Mika, terima kasih". kata Hazel, kepalanya menundukkan ke bawah menahan air matanya daripada mengalir. Terlalu banyak yang dia lalui harini, penat dia fikir, penat lagi hatinya menahan semua itu.
"Do you......like it?" soalnya kembali. Masih lagi menundukkan kepalanya, Hazel mengangguk tanda dia suka.
"Give me the ring and wait for me in the car". Hazel mengikur dan mengambil huluran kunci kereta Mika. Baru saja Hazel mahu melangkah pergi sekali lagi lengan bajunya ditarik, menahan dia dari meneruskan i.
"Tunggu aku dekat sini, aku tak rasa kau boleh pergi jauh dengan keadaan macam ni". Bicara Mika perlahan.
"Hazel look at me", sambung Mika lagi, Hazel geleng kepala, tak mahu Mika melihat dirinya yang dari tadi menahan air mata.
"Girl"
Hazel angkat kepalanya, memandang tepat kearah Mika. Dilihat Mika tersenyum memandangnya, lembut riak wajahnya membuatkan Hazel lagi mahu menangis.
" Wait for me here, jangan pergi mana-mana", katanya lembut.