- p r o l o g -
1 tahun yang lepas .
" Awak entah kenapa saya rasa tak sedap hati " katanya kepada Amsyar yang berada di dalam talian . Hazel tidak boleh banyak berjumpa dengan bakal suaminya itu kerana lagi dua hari saja mereka akan diakad nikahkan . Entah kenapa rasa hatinya pelik dan membuatkan Hazel tertanya balik keputusannya untuk berkahwin dengan Amsyar . Fikirannya terhenti apabila mendengar suara Amsyar .
" You ok ke ? Relax .... memang orang nak kahwin macam tuh . " Kata Amsyar tenang .Setelah beberapa minit mereka berbual , Hazel menutup panggilan , sebelum dia tidur dia bercadang untuk membuat solat istikharah . Dia sudah buat ketika waktu Amsyar melamarnya namun seolah - olah tiada jawapan . Namun yang peliknya beberapa hari yang lepas selepas Hazel membuat solat istikharah dia sering mendapat mimpi tentang seorang lelaki yang memanggilnya ' girl ' . Suara itu seperti dia pernah dengar tetapi dia tidak ingat dimana ....dan yang pasti Amsyar tidak memanggilnya dengan panggilan ' girl ' , tapi dia kenal suara itu , dia macam pernah dengar . Jadi ia membuatkannya resah dan tertanya semula tentang keputusannya .
Keesokannya , Hazel pergi ke butik Mamanya seperti biasa namun dengan perasaan berat hati . Dia jadi resah . Lagi- lagi kerana esok merupakan hari dimana dia akan menjadi isteri orang . Lamunannya terhenti apabila dia disapa mamanya .
" Hazel ...hazel mama tanya ni , kamu ni termenung pulak " kata mamanya .
" Hehehe ....tak perasan ma kenapa ? " Tanya Hazel balik .
" Mama tanya kamu ada kata haritu yang si Amsyar tu ada abang kan kenapa mama tak pernah nampak dia ? " Tanya mama.
" Haah Amsyar ada cakap dia ada abang tapi abang dia duduk dekat luar negara tu yang tak pernah nampak tu , tapi kenapa mama tanya ? " Balas Hazel . Jujur dia pon tidak pernah nampak lelaki tersebut .
"Saja jer mama tanya " balas mama
Setelah lepas pukul 3, Hazel pulang ke rumah untuk memastikan semua persiapan siap dan berjalan lancar . Akad nikah akan diadakan di rumah Hazel manakala majlis akan diadakan di hotel .
Setelah tiba dirumah , dia bergegas naik ke biliknya setelah sampai di biliknya dia mendapat panggilan .
' eh ni nombor sapa ni ?' bisik hatinya. Biasanya dia tidak akan angkat panggilan yang tidak dikenalinya . Tapi hampir beberapa kali telefonnya berbunyi dia terus mengankat panggilan tersebut .
" Hello ?" Kata seorang perempuan
" Hello " balasnya .
" Saya dari hospital putrajaya ,boleh saya tahu saya bercakap dengan siapa ? " Balas perempuan tersebut .
" Saya Hazel , kenapa ye ? " Tanya dia , pelik kenapa ada perempuan yang menelefonnya .
" Maaf ye , Encik Amsyar terlibat dalam kemalangan ........"
Dia tidak dapat mendengar perkataan seterusnya kerana telefon bimbitnya terjatuh . Amsyar kemalangan ? Ya Allah !!!
" Mama !!!" Jeritnya
" Ma ...ma....ma , Amsyar ....Amsyar dia kemalangan " .bisiknya perlahan . Seolah- olah berita yang baru didengarinya itu ada berita palsu . Tidak mungkinlah , esok mereka akan bernikah . Mesti ni Amsyar nak kenakan dia .
" Ya Allah Hazel kenapa ni ?!" Jerit mamanya . Dia tidak dapat dengar suara mamanya , pandangannya menjadi kelam dan lama- lama .....gelap .
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...