- 5 -
- Seminggu kemudian -
Hazel sibuk dengan preparation adik sedaranya kahwin . ' Haish si Saysha yang 22 tu pon dh nak kahwin' rungut Hazel dalam hati .
Mana taknya dia sekarang kat kampung tolong mama dengan Aunty Syirah prepare wedding Syasha . Selepas kepulangannya Hazel ke Malaysia , dua hari kemudian terus gerak balik kampung . ' Orang tak habis 'jet lagged' lagi dah ajak balik kampung dahlah jam ' rengek Hazel dalam hati sambil membuat muka .
Dia teringat reaksi mama waktu dia buat surprise kepulangannya , habis terkejut mama lepastu siap marah lagi sebab tak bagitahu .
Saat tiba saja di rumah , Hazel terus bergerak ke dapur perlahan - lahan tanpa suara . Mamanya sedang mengemas rumah sambil membelakanginya . Dia pon tersengih jahat sambil dalam hati berdoa ' janganlah mama ada penyakit jantung kang tak pasal-pasal' . Perlahan-lahan dia berjalan ke arah mamanya , mata mamanya ditutup .
" Cuba teka ni siapa " kata Hazel dengan megubah suaranya seolah-olah suara lelaki . Hampir nak tergelak .
Ambik kau mamanya melompat akibat terkejut tapi bila nampak dia dibelakang , terus mama buat drama tengah hari . Menangislah apa lagi , yang si Hazel pun turut menangislah dah nampak mamanya menangis .
" Hazel kamu buat apa tu , termenung lagilah tu " marah mamanya .
Hazel hanya tersengih . " Mana ada ma , Hazel tengah gubah bunga ni kan " balas Hazel sambil tangan giat mengubah bunga . " Ma cuba tanya Aunty Syirah mana barang-barang nak buat goodies lepas dah siap bunga ni Hazel tolong buat yang tu " kata Hazel . Bunga ni dah nak dekat siap dah , satu rumah riuh nak siapkan wedding yang akan berlangsung pada hari esok kira harini last touch up la .
" Hazel , Aunty Syirah kata ada dekat Aunty Syirah pergi ambil dekat homestay , tinggal satu bakul jer tak siap lagi kamu pergi bawak semua datang sini " aduh memalam ni nak pergi homestay pulak malaslah nak start motor bagai . Hazel lambat-lambat bangun. Rasa menyesal pulak offer nak tolong bungkus goodies . Patutnya benda tuh dah lama siap tapi lambat buat punya pasal so tinggal satu bakul , pengakhirannya dah last minute mana ada orang nak hadap benda tu dah semua busy buat benda lain . Haish . Keluh Hazel .
" Alang Kak Hazel nak pinjam motor jap nak pergi ambil goodies " katanya kepada adik sedaranya .
" Nak ikut " katanya laju . Bersinar mata dia bila dengan Hazel nak keluar , taknak tolong gubah bunga la tu . Dia hanya tergelak kecil melihat telatahnya .
" Pergi start motor dulu , akak nak tukar baju dengan ambil tudung jap" kata Hazel seraya terus melangkah ke biliknya untuk tukar baju . Takkanlah nak pergi homestay sana tu pakai baju malam .
Dalam perjalanannya ke sana , adik sedaranya tegur . " Akak , anak mak lang depan rumah tu single balik kak dengar citer putus tunang " kata adik sedaranya tiba-tiba. Tahu dah maknanya itu .
" Habistuh nak akak pergi masuk minang dia ke " katanya sambil tergelak kecil . Matanya fokus ke arahn jalan , dahlah jalan tak banyak lampu kejap ada kejap takde . Seram. Cepat -cepat dia bawa motor .
Apabila dah nak nampak sign ' Homestay Ila ' dia melepaskan keluhan . Selamat dah sampai , dia pon dah ingat lupa je jalan nak pergi homestay tuh . Nampak cerah jer , ramai orang ke ?
" Laku homestay ni , macam ramai jer akak tengok " katanya kepada adik sedaranya .
" Bolehlah , tapi laku time-time camni jer lepas ni takde orang duduk sangat pon . Mana taknya Mak Gebon tu cas mahal kot " kata adik sedaranya . Dia tergelak apabila terdengar panggilan 'mak gebon' . Panggilan yang Mak Ila dapat disebabkan perangainya dan dua orang anak perempuan . Sama-sama gebon .
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...