- 21 -

255 12 0
                                    

- 21 - 

Bunyi ketukan pintu membuatkan Hazel terjaga dari tidurnya, mengantuklah siapa pula pagi-pagi ketuk pintu ini. Hazel biarkan saja, nanti dia baliklah tuh. Apabila suasana kembali sepi, Hazel senyum nipis. ' Yasss tidurr' sorak hatinya. Baru hendak tutup mata, telefonnya pula berbunyi. Hazel melihat jam baru pukul 4 lebih, tanpa melihat si pemanggil Hazel terus menjawab. 

" Hello?" 

" Be at the lobby 10 minutes from now and save my number Hazel" jawab lelaki di talian  itu. Lobby? 10 minit? Mika ke ni ? Baru nak tanya panggilan tertutup. Hazel bangun perlahan-lahan, masih mamai dan menuju ke pintu bilik air. Dia teringat akan kejadian semalam, Mika masih tidak menjawab persoalannya. Namun selepas mereka makan semalam, Mika menemaninya ke biliknya walaupun berapa kali dia tolak....rupa-rupanya bilik Mika di sebelah bilik dia sahaja. Padanlahh. Buat malu dia je. 

" Esok pagi bangun awal, I have some somewhere to go" kata Mika. Hazel menguap, mengantuk dia hanya angguk sahaja ' kenapalah hal Mika jadi hal dia pula'.

"Don't watch tv, go straight to sleep" katanya lagi. Sekali lagi Hazel angguk sahaja. Dia hanya berdiri sahaja menunggu lelaki itu masuk bilik.

" Nak apa lagi masuklah"

Hazel angguk sekali lagi. Kad bilik di tangannya diambil Mika untuk bukakan pintu.

" Goodnight awak, assalammualaikum" kata Hazel sambil menutup pintu.

Selesai siap, Hazel terus berjalan laju menuju ke lobby apabila sampai dia mencari kelibat Mika tapi tak jumpa. Aish mamat ni tadi suruh cepat sangat. 

" Miss, sir suruh miss jumpa sir di jetty." terkejut dia apabila seorang pekerja perempuan menegurnya.

" Jetty tuh kat mana ye?" soal Hazel semula, ada jetty ke kat sini? tak pernah nampak pon.

" Miss keluar ikut pintu cafe sana, lepas tuh belok kanan dia ada laluan kecil straight jer dah sampai"

" Oh alright, thank you ye" balas Hazel bersertakan senyuman.

Hazel terus bergerak menuju ke jetty mengikut gps perempuan itu tadi,  lepas dia belok ke kanan dia fikir dia salah jalan kerana tidak jumpa jalan namun bila di perhati betul-betul ada laluan kecil.

Apabila dia sampai dia terpegun, cantiknya ini mini jetty ...comel sangat. Tapi dia macam pernah nampak? Dimana ye? 

 Tapi dia macam pernah nampak? Dimana ye? 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" You're late" 

" Hehe..saya tak jumpa jalan, jalan tuh tersorok sangat lepastu takde lampu manalah saya nampak" complain Hazel saja alasan jer lebih padahal yang lambatnya dia bersiap tadi.

" Duduk , makan" kata Mika sambil mata tidak lepas memandang laptop di hadapannya. Hazel segera mengambil tempat di hadapan lelaki itu. 

' Ish apalah function dia kejut aku datang sini tapi asyik hadap laptop kalau tahu tadi baik dia bawa dia punya Ipad nak sambung tengok drama Hotel Del Luna' runggut hatinya.

Dia memandang pemandangan di hadapannya, masih gelap. ' Apa kejadah kejut dia awal-awal pagi semata-mata suruh dia makan' tangan berjalan menggapai sekeping roti sandwich telur di dalam pinggan. Tidak sampai berapa minit, Mika menutup laptopnya dan turut ikut dia makan sandwhich sekali. Dia buat tak kesah, hanya meneruskan pandangannya kehadapan. 

Dalam beberapa minit, matahari naik Hazel terkejut akan keindahannya. ' Ya Allah, indahnya ciptaan Kau' bisik hati Hazel. Masih lagi terpegun sampai sandwhich tadi pon dah tak termakan. 

" Hazel" perlahan sahaja Mika panggil dia.

" Kau ingat?" soalnya pula. Matanya seolah berharap tetapi riak wajahnya biasa. Hazel mengerutkan keningnya tanda kurang faham akan soalan yang ditujukan kepadanya.

"Ingat apa?" soal Hazel semula dalam nada yang sama. Perlahan. Mika tidak menjawab tapi hanya sekadar melihat wajahnya mencari apa pun dia tak tahu. Dia tunduk ke bawah malu akan panahan mata lelaki di hadapannya itu, namun apa  yang membuatkan Hazel terkejut adalah dibawah kakinya adalah satu cermin transparent yang membenarkan air dibawahnya dilihat jelas sekali dengan ikan-ikan di dalamnya. Tiba-tiba dia terdapat sebuah gambaran akan dirinya sewaktu dia masih kecil bersama dengan mama dan arwah papanya di tempat yang hampir sama dengan kawasan ini. Yang peliknya ada seorang budak lelaki bersama dengan dia yang memimpin tangannya. Hazel terkejut. Siapa budak itu? Sejak bila dia pernah ke sini? 


MRS.MIKAWhere stories live. Discover now