- 8 -
' Hazel .... Bangun ' kata satu suara . Hazel cuba mencari suara lelaki itu , dia kenal suara lelaki itu tapi dia tidak dapat cam suara dia . Familiar sangat .
" akak , akak bangunlah" tiba –tiba suara lain berganti . Alang . La mimpi ke , dia betul-betul terlelap ke ?
Plan dia pura-pura je sebab nak lari dari lelaki itu .
" hmm dah bangun dah ni , alang ada makanan tak akak laparlah" soalnya sebaik sahaja bangun tidur . Dia terlupa nak makan , harap tak masuk anginlah .
" Pukul 4 , sejam je akak tidur kalau nak makanan pi cari kat dapur . Mama marah akak sebab tak tolong layan tetamu istimewa "
"hmmm" itu saja dia balas , tahu dah pasti kena marah .
Dia terus turun dari katil menuju ke pintu , belum sempat hendak buka pintu alang menyampuk . " Akak pakai tudung ada tetamu lagi kat luar "
Lahai tetamu pon lambatnya nak balik , alang-alang tu baik berkhemah je kat sini .
Hazel segera mencapai tudung yang terletak di atas katil dan terus menuju ke luar . Hajat nak ke dapur tak jadi sebab dia terdengar suara mama dekat ruang tamu . Hazel terus lalu jalan belakang , malas nak dengar mama membebel .
Laluan 'belakang' tu kena lalu tandas baru sampai dapur , apabila sampai di depan pintu tandas baru dia terdengar bunyi air .' Ada orang guna kot ' katanya dalam hati dan terus bergerak ke dapur .
Wah banyaknya makanan , dia cepat-cepat ambil pinggan dan cawan . Tengah dia cedok nasi dia dengar ada orang berdeham cepat-cepat dia angkat kepala . Alangkah terkejutnya apabila dia nampak Mika dekat depan ruang dapur .
" Awak buat apa kat sini ?" soalnya sambil menunding cedok nasi ke arahnya . Beberapa butir nasi terpelanting ke lantai , dia buat tak nampak .
Tanpa membalas , Mika bergerak kearahnya dan mencapai cawannya yang dia sudah isi dengan cendol dan meneguknya sampai habis . WOW.
" Tu air sayalah " marahnya dan terus mencapai semula cawan yang berada di tangan lelaki tu .
" Penat" sepatah je dia jawab , jawapan pulak macam minta penampar .
" Ada orang main sorok-sorok dengan aku " tambah lelaki itu apabila nampak reaksi muka cantik + confusenya . Main sorok-sorok ? perli aku la tu .
" Tak kesahlah , awak yang minum awak yang basuh " balas Hazel nak tak nak . Baru sahaja dia nak langkah keluar , mama pulak masuk . Aduh matilah .
" Haa Haze Airasha kamu kemana bila mama suruh layan tetamu " haa habislah kau Hazel kena marah dengan mama depan Mika .
Dia pandang lelaki itu , Mika pandang dia balik dan dia sempat nampak mulut lelaki itu terangkat sikit. Suka ah tu .
" Hazel penat plus peninglah ma , so Hazel tidurlah " balasnya perlahan.
" Yelah tu , sebab tak layan tetamu tadi , kamu pergi tolong Mika angkat barang dia nak atas masuk dekat bilik kamu . Kamu pergi tidur dengan alang malam ni , Mika tidur sini"
" What , kenapa pulak dia –" baru dia nak teruskan tapi dia nampak tanda-tanda tangan ketam mama hendak berfungsi dah tu .
" Yelah " sambungnya . Dia terus menjeling kearah Mika.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...