- 15 -

271 11 0
                                    

- 15 - 

Aku belum bersedia? Dia memandang Mika yang duduk di hadapannya dengan tajam. Sibuk je laki ni nak baca aku.  Agaknya terasa macam orang pandangnya Mika mengangkat mukanya memandang tepat ke arah aku. Haa terkejut punya pasal Hazel apa lagi terus pura-pura kira udang dalam mangkuk depannya. Wah banyaknya mummy masak, dalam mangkuk tu ada lebih kurang 30 ekor lebih besar-besar pulak tuh. Pandang semula Mika, dia masih memandangnya Hazel dah pelik ada something ke pada mukanya dia hanya membalas pandangan lelaki itu. Tiba-tiba Mika kenyit mata, dah kenapa pulak mamat ni sakit mata ke. Terkejut dia, Mika yang melihat reaksi terkejut Hazel tergelak sikit. Rasa macam baru pertama kali dia lihat Mika senyum, dia terdiam memang tidak dapat dinafikan bahawa Mika ni handsome sikit.

Ok tipulah bukan sikit tapi banyak, Mika dan Amsyar sangat berbeza. Amsyar handsome juga tapi kalah lah dengan si kacukan depannya ini. Mika juga lebih tinggi dari Amsyar. Dia kalau duduk sebelah Mika nak sama dengan bahu pun kena jongket sikit. 

Tapi Mika ni muka dia macam familiar sikit, macam pernah nampak. Haa dah ingat rasanya dalam news kot ehh yeke? Tapi dalam news pon dia pernah nampak Mika sebab Mika ni kira berpengaruh jugalah. Mana taknya kalau dia ada bussiness sampai ke luar negara. Typical rich men. Tapi si Mika ni pelik sikit kesnya, bussiness dia bermula di luar negara baru masuk market Malaysia. 

" Assalammualaikum" satu suara yang cukup dia kenal memberi salam memecahkan dia daripada lamunannya. Amsyar dah sampai dan dia tak berseorangan ada Lia dengannya. " waalaikumussalam" jawabnya perlahan. 

Makan malam pun bermula, nak cakap awkward tu adalah juga tapi masing-masing nampak relaks sahaja. Amsyar tidak sekali pon memandangnya, kalau terpandang pun dia akan balas dengan senyuman mesra. Senyuman antara dua insan yang seperti tidak mengenali antara satu sama lain. Lia pula sangat gembira ketika melihat Hazel, dia tak percaya dapat berjumpa dengan Hazel di situ. Dia tak tahu. 

Itu yang dia dapat simpulkan daripada kelakuan Lia. Dia tak tahu hubungan Hazel dengan Amsyar.Dia tak tahu tentang pertunangan Hazel dan Amsyar dulu. Dia tak tahu tentang kemalangan itu. 

Makanan di hadapannya termasuklah udang yang dia sibuk kira tadi tidak menarik perhatiannya. Dia paksa juga diri dia makan, tak mahu orang sekeliling dia tahu. Dia cuba mengupas kulit udang itu, ini yang dia lemah ni dia fail betul kupas udang lagi-lagi kalau pakai sudu garfu. 

Tiba-tiba dua ekor udang yang sudah dikupas dihulurkan kepadanya. Mika meletakkan udang itu di atas nasinya dan terus mencedok udang baru. Dia mengucap terima kasih. 

Selesai makan membantu mengemaskan meja makan bersama-sama dengan Lia.

" Hazel, kau ok?" soal Lia berhati-hati. Hairan melihat Hazel yang senyap sahaja.

Hazel mengukir senyuman kecil " ok jer, penat kerja dekat butik". alasan

"Wah dah ada butik sendiri dah orang tu, ingat tak waktu kita sekolah dulu kau kata impian kau nak bukak butik sendiri." 

Hazel tergelak " Lia pulak kata impian Lia nak kahwin dengan anak raja sebab boleh duduk rumah goyang kaki, haish anak raja tak nampak tapi anak Datuk adalah." gurau Hazel.

Lia tergelak besar. Dia hanya senyum, ya kalau Lia tak tahu tentang kisah lepas jadi apa salah dia dalam cerita ni. Tiada.

" Aku dengan Amsyar tu ......." nada Lia menjadi kendur " kau tengoklah aku dengan badan duanya, ada ke tempat untuk aku dalam hidup dia, walaupun aku tahu dia tuh baik sangat"

Dia hendak menyoal dengan lebih lanjut tentang maksud ayat itu. Tapi terpotong dengan panggilan Amsyar.

"Lia, jom saya bawa awak pergi taman belakang" ajak Amsyar ceria saja nadanya. Bila perasan ada aku di sebelah Lia dia hanya sekadar memberi senyuman. Sampai hati awak Amsyar. 

" Kejap, saya tolong Hazel kemas kejap lepastuh kita boleh pergi dengan Hazel sekali. 

" eh takpelah Hazel buatkan, tinggal sikit jer ni lagi. Lagipun Hazel malas nak keluar lepasni nak lepak-lepak dengan mummy kat depan tengok tv". Hazel terus berkata, dia tahu pasti Amsyar nak ajak Lia sahaja dan dia pun tak mahu jadi orang ketiga takut sakit hati.

Selepas pasangan 'lovely' tu pergi Hazel sambung kerjanya.

MRS.MIKAWhere stories live. Discover now