- 38 –
Seseorang menekan loceng rumahnya, Hazel yang sedang tidur dia terjaga sedikit. Terkejut. Loceng jam di dinding menandakan sudah pukul 11.30.
'Siapa pula tekan loceng lewat-lewat malam ni.' Dia berfikir sendiri.
Mama keluar di rumah kawannya, tapi mungkin dah balik rumah. Tidak mahu mengambil risiko, dia mengambil telefonnya untuk melihat melalui cctv yang disambungkan ke telefonnya. Pada skrin dia melihat ibunya keluar dari kereta. Dia menghela nafas lega dan cepat-cepat menuju ke pintu depan. Tetapi apa yang dilihatnya seterusnya membuatkan dia mahu lari masuk rumah semula.
Mika.
Mika adalah orang yang menghantar mama balik. Hazel rasa mama bawa kereta dia sebelum pergi, jadi kenapa Mika yang hantar?
Dia hanya memakai hoodie, dengan penutupnya menutupi kepalanya. Dia pergi membuka pintu pagar, memerhati mama yang sedang berbual dengan Mika.
Mama sedang mengucapkan terima kasih kepada Mika kerana menghantarnya pulang, kereta rosak betul-betul di hadapan rumah mummy. Masalahnya itu kereta dia. Macam mana dia nak pergi kerja esok?
Sejurus selepas mama masuk ke dalam, mereka berdua hanya berdiri di situ. Hazel hanya merenung seliparnya. Tetapi Mika mungkin sedang merenungnya memandangkan dia dapat merasakan bahang padangannya.
Satu minit penuh berlalu.
Mereka berdua masih berdiam . Akhirnya, dia terdengar bunyi tapak kaki yang semakin kuat menghampirinya sehingga dia melihat sepasang kasut di hadapannya.
Hazel takut untuk mendongak, tetapi perlahan-lahan dia mengangkat matanya. Lebih tinggi...tinggi...dan depannya adalah Mika, berdiri kurang daripada tiga kaki dalam baju hitam lengan panjang dan seluar hitam.
Mika menjongketkan kening. " I thought I tell you to wait for me." Dia menyatakan, merujuk kepada kata-kata terakhir lelaki itu sebelum Hazel meninggalkan resort.
Hazel tidak memandangnya, matanya asyik melihat sekeliling tidak mahu bertentang mata dengan lelaki dihadapannya itu. Macam orang bersalah.
" We need to talk."
" You lost your chance to talk the moment you left my resort."
Hampir terganga dia gara-gara terkejut mendengar kata-kata Mika.
Mulut Mika tersenyum sinis melihat ekspresi terkejutnya. "Atau -" katanya.
"Atau apa? That's not fair, saya tak tahu." Katanya, cuba untuk mempertahankan dirinya.
Mika hanya mengangkat bahu sebagai balasan.
"You don't run away when things get hard, and especially when misunderstanding happens Hazel." Dia berkata dengan tegas.
Sekarang dia berasa malu dengan cara dia bertindak, dia menjawab tanda faham.
"Ok, aku jumpa kau setiap lunch atau dinner dan aku hanya boleh jawab 1 soalan setiap hari selama lima hari."
"Haa?!" Terkejut Hazel. Adakah?
"I'm sure you have questions, so aku boleh jawab tapi sehari satu soalan either on lunch or dinner. For five days, so you only have 5 questions."
Mika terus masuk ke dalam keretanya dan bergerak meninggalkan rumahnya.
Hari ini adalah hari pertama 'talking' dengan Mika, Hazel sudah bersedia soalannya serta beberapa request yang dia hendak sampaikan kepada Mika. Dia mahu 5 hari itu mengikut hari yang dia tetapkan dan yang paling penting soalan yang dia tanya mestilah di balas dengan jawapan yang jujur, menjawab soalan dan yang paling penting esei.
Dia tak mahu jawapan yes or no dia nak jawapan soalan sejarah 30 markah. Satu full page dia nak. Hari ini dia akan berjumpa dengan Mika waktu dinner, katanya lunch dia ada "business matter to attend" jadi Hazel lepaskan sahaja.
Sepanjang hari otaknya memikirkan soalan yang dia akan tanya, serta jawapan yang mugkin Mika jawab. Bertambah ingin tahu dia memikirkan jawapan Mika nanti. Dia jadi tidak sabar tetapi juga berdebar.
Kesudahannya, kerja yang dia boleh selesaikan pada hari itu hanya sedikit.
YOU ARE READING
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...