- 36 –
Selain daripada arahan yang jelas ditinggalkan oleh Mika, perjalanan ke rumahnya senyap. Semakin jauh Hazel pergi meninggalkan resort, semakin resah hatinya. Ini semua gara-gara perbualannya dengan Mika.
Hazel teringat akan perbualannya dengan Mika, dan gambar yang dia lihat di dalam dompetnya.
Berapa kali entah Hazel menghubungi Mika, mungkin dia ada kerja yang perlu diselesaikan tetapi dia benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada Mika atas semua perkara yang telah dia bantu sepanjang Hazel tinggal di resortnya. Dia sudah tanya keberadaan Mika pada Sara, katanya mungkin di office. Hazel segera bergerak ke pejabat, namun hampa apabila dia mendapati bahawa Mika tiada.
Baru saja dia hendak keluar, pintu bilik tersebut terbuka dan Mika masuk. Dia kelihatan penat, "Hazel tolong ambil baju aku dekat bilik, aku nak mandi. The room's card is in my wallet." Katanya, sebelum melangkah menuju ke satu pintu di dalam bilik itu.
Dia tak perasan pula ada bilik air dalam billik office Mika.
Mengenangkan wajah Mika yang seakan penat tadi, Hazel turuti sahaja nanti baru dia cakap balik. Dia terus mencapai wallet lelaki itu, dibuka dan terus mencapai kunci bilik lelaki tersebut. Namun baru sahaja dia hendak menutup dompet, dia ternampak sekeping gambar. Seorang budak lelaki, dia fikir itu gambar Mika jadi dia tarik sedikit untuk melihat dengan lebih dekat dan apa yang dia lihat seterusnya mengejutkannya.
Ia adalah gambar Mika dan dia sewaktu berumur 5 tahun. Dia ingat pakaian yang dia pakai, mana tidaknya gambar-gambar sewaktu dia semasa dia 5 tahunlah yang paling banyak dia lihat. Disebabkan kemalangannya pada waktu kecil yang mana meragut nyawa papanya, manakala dia pula hilang ingatan. Mamanya selalu menunjukkan gambar-gambar tersebut bagi mengembalikan semula ingatannya, walaupun dia masih tidak ingat tetapi dia sudah hafal akan gambar-gambarnya.
Dan budak perempuan yang duduk sebelah Mika yang masih muda adalah dia, dia yang tergelak sambil duduk berpegangan tangan bersama Mika yang sedang tersenyum lebar memandangnya. Dia tidak pernah nampak gambar ini sebelum ini, dan dia yakin bahawa Mika tidak pernah ada dalam albumnya sewaktu dia masih kecil.
Apabila dia berhenti di hadapan sebuah rumah dua tingkat, dia cepat perasan mamanya yang berdiri di depan pagar menunggunya. Haishlah mama, rindu sangat ke? Perasaan keliru, marah dan sedih ditolak tepi, dia tidak mahu perkara pertama sekali yang dia tunjuk pada mamanya adalah riak wajah yang suram.
"Hazel, kamu balik seorang je ke?" Tanya mama. Hazelmengangkat kening tanda tanya. Mata memandang kiri dan kananya, mencari kewujudan orang lain.
"Sorang je la ma, nak Hazel bawa siapa pula?"
Soalannya dijawab dengan mama mengangkat bahunya dan senyuman di wajahnya, hampir seperti senyuman mengusik. Hazel buat tak endah, dan terus membawa begnya masuk ke dalam bilik. Mama pula sibuk membelek cenderamata yand dibelinya di sana. Dia hendak tidur, penat bawak kereta.Malam itu, Hazel dibanjiri dengan soalan bertubi-tubi dari mama tentang percutiannya. Satu demi satu soalan dijawabnya, namun soalan tentang Mikalah yang dijawab paling tidak bersemangat. Paling peliknya macam mana mama boleh kena Mika sampai tahap itu, tak silapnya mama pun tak kenal Mika. Tak boleh jadi ni, orang yang dia kenal masing-masing seperti mengenali antara satu sama lain, manakala dia. Melihatnya reaksinya wajahnya apabila mendengar soalan tentang Mika, mama terus mengalihkan soalann fokus kepada percutiannya sahaja. Dia juga menunjukkan cincin yang dibelinya, yang mana membuatkan mama dan dia menangis bersama. Adoilah.
Tidur petang punya pasal, jarum hampir mendekati pukul 12 matanya masih segar. Tiada mood untuk melayan drama korea, Hazel terlentang baring di atas katil merenung siling biliknya dalam gelap.Dia teringat perbualannya semula dengan Mika selepas penemuan gambar tersebut.
Beg dompet lelaki itu terjatuh ke lantai, gambar yang dia pegang itu direntap kasar oleh sepasang tangan. Mika. Dia masih tidak percaya akan apa yang dia lihat itu tadi. Itu dia? Dia memandang mukanya memandang Mika yang berdiri dihadapannya. Mukanya keras memandang Hazel, rahangnya tegang, matanya tajam memandang Hazel.
" Itu saya." Dia menyatakan.
"No." balasnya
"No excuses, saya tahu itu saya. Apa ni Mika?" soal Hazel.
"No, that's not you. I know that girl and you don't. Buktinya aku ingat dia dan kau tak. So, you're not her."
"Let's talk about this when I came back, don't leave yet." Sambungnya lagi sebelum kembali menuju ke bilik air.
Dengan perasaan bingung dan marah, Hazel meninggalkan pejabat itu. Apabila ternampak Sara lalu dihadapannya, kunci bilik lelaki itu diberikan kepadanya Sara beserta pesanan mengambil baju Mika. Dia terus menuju bilik untuk mengambil begnya masuk ke dalam kereta. Dia nak balik, biarlah apa yang Mika pesan itu tadi. Dia kusut. Sebelum dia balik, dia letakan juga hadiahnya kepada Mika.
Apa hubungannya dengan Mika? Berkerut dahi saya memikirkannya. Setiap kali soalan itu bermain dimindanya, jawapan yang dia dapat adalah sama. Nothing. Dengan soalan itu di fikirannya, dia tertidur.

ANDA SEDANG MEMBACA
MRS.MIKA
Romance"Jangan ingat sebab kita pernah ada sejarah bersama tak bermakna aku akan datang balik ke sisi kau macam dulu." kata Amsyar dengan keras . " Ya saya tahu," jawabnya Hazel perlahan . Apabila perkahwinan Hazel dengan Amsyar dibatalkan akibat kemalang...