"Auch.."
Seomin mengaduh sakit apabila air mandiannya terkena pada lukanya. Tub yang penuh dengan air sabun berbau buah-buahan itu membuatkan rasa pedih menyenjat seluruh badannya.
Apabila tubuhnya sudah berada sepenuhnya di dalam air, Seomin merendahkan kepalanya sehingga hujung hidungnya hilang daripada permukaan air. Dia menutup kedua-dua kelopak matanya.
Gelap.
Oh kejap..wajah seseorang muncul di hadapannya.
Kini wajah Taehyung muncul di sebalik kegelapan tadi. Lelaki itu masih boleh menunjukkan senyuman kotaknya yang menawan walaupun pelbagai perkara sudah berlaku antara mereka. Seomin cuba menahan perasaannya yang bercampur baur.
Keningnya berkerut tatkala wajah Taehyung bertukar dengan wajah Jeon Jungkook. Walaupun tiada suara yang kedengaran, bayangan Jungkook seakan-akan memanggil namanya dengan kuat.
Satu genggaman yang kuat terasa di pergelangan tangannya sebelum paru-parunya terus didesakkan dengan oksigen. Seomin terbatuk-batuk apabila cuba memuntahkan air yang masuk ke rongga penafasannya.
"Are you crazy?! Bunuh diri?! Itu je yang kau boleh fikir?!" Pekikan Jungkook membangkitkan kemarahannya.
"Aku tak sengajalah! I just want clear my mind.." Suaranya mengendur apabila dia baru tersedar yang tubuhnya terdedah tanpa seurat benang di hadapan Jungkook.
Cepat-cepat dia menutup tubuhnya dengan merapatkan lutut ke dadanya. Seomin merenung kedua-dua mata coklat itu dengan tajam.
"Mana Yunha?! Asal kau yang dekat sini?!" Marahnya. Jungkook terus melarikan pandangannya ke tempat lain.
"Oops sorry..I datang sini out of my instinct. Apa-apa pun...you are safe now. Right?" Tangannya menepuk-nepuk perlahan kepala Seomin.
"Thank you.." Ucap Seomin perlahan.
Tangan Jungkook melurut ke pipinya. Ibu jarinya mengusap pipi Seomin yang masih basah. Seomin tersentak dengan perbuatan Jungkook. Matanya terus mencari anak mata lelaki itu. Pandangan sepasang mata yang redup itu cukup membuatkan dia kecut perut.
"Jungkook.." Dia memanggil nama lelaki itu dengan bibir yang menggigil.
"Why I left you before?" Ucap Jungkook dengan nada perlahan namun Seomin masih boleh mendengarnya dengan jelas.
"Huh?"
Jungkook menarik senyuman kecil sebelum menggelengkan kepalanya. Dia terus keluar dari situ tanpa berkata apa-apa, meninggalkan Seomin yang masih terpinga-pinga.
-
"Pemalas punya betina."
Puan Kim menyental mangkuk kaca di tangannya dengan kasar. Mangkuk itu telah berkampung semalaman di dalam sinkinya tanpa dibasuh. Bukan itu sahaja, penuh sinki miliknya dengan perkakas dapur lain yang digunakan oleh Euncheol.
"Biar Tae yang basuhkan." Taehyung terus merampas span dari tangan ibunya. Cukuplah mummy membebel tentang Euncheol, sakit telinga dia mendengarnya.
"Mummy tak fahamlah. Kita ni niat nak tolong, alih-alih jadi orang gaji dia pulak. Kalau dibayar gaji tak apalah jugak."
Taehyung membuat muka malas. Mula dah..
"Diakan mengandung. Kesianlah dekat dia."
"Aik? Seomin dulu tak ada pun macam tu. Elok je buat kerja rumah. Siap tolong mummy berkebun lagi-"
"Mummy! Please don't ever say her name!" Taehyung separuh menjerit. Tangannya yang sibuk membasuh pinggan terus berhenti bergerak. Wajahnya betul-betul kusut sekarang apabila nama itu disebut lagi oleh mummynya. Kalau sekali-sekala tak apalah jugak.
"Please.." Tambahnya lagi dengan nada merayu apabila menyedari kesilapannya meninggikan suara di hadapan ibunya.
"Kalau kamu berdua dah putuskan perkahwinan sekalipun, status mummy sebagai ibu dia takkan putus ya. Kamu ingat tu. I still love her as my daughter, tak kira berapa benci pun kamu dekat dia. Mummy boleh jumpa dia bila-bila masa yang mummy nak. You have nothing to stop me."
Wanita itu meninggalkan ruangan dapur dengan kaki yang sengaja dihentak kuat. Taehyung mengeluh panjang selepas bayangan mummynya hilang daripada pandangan.
-
Renungan Yunha membuatkan suapannya terhenti. Seomin cuba menarik sebuah senyuman untuk membalas remungan itu walaupun dia terasa kekok.
Yunha yang baru tersedar dengan perbuatannya terus meminta maaf.
"Sorry..aku just nak confirm yang Taehyung betul-betul hilang someone that valuable like you."
Seomin terdiam lama sebelum sebuah senyuman tawar terukir di bibirnya. Yunha terkejut apabila air mata keluar daripada tubir matanya. Cepat-cepat wanita itu menghulurkan tisu untuknya. Seomin mengelap air matanya dengan tawa kecil.
"Thank you Yunha..Thank you.." Ucapnya dengan payah.
"Sokay..harini aku nak pergi checkup, kau nak checkup sekali?"
Seomin mengangguk tanpa bersuara. Walaupun dia tak mahu mengambil berat tentang keadaan dirinya, kesihatan kandungannya tetap perlu dia utamakan.
Yunha tersenyum senang hati. At least nak bawa Seomin ke klinik tak susah.
-
"Puan Jeon Yunha."
Seomin melambai dengan sebuah senyuman ke arah Yunha yang dipimpin oleh Jungkook untuk ke biliknya.
Selepas Yunha dipanggil, kini dia tidak berteman. Seomin menggoyangkan kakinya yang tidak menyentuh lantai itu sambil matanya asyik memandang skrin giliran.
"Hai..sorang je?"
Suara seseorang membuatkan wanita itu segera menoleh ke arah suara itu datang.
Satu senyuman manis menjamah pandangannya membuatkan bibirnya automatik tersenyum juga. Seomin mengangguk perlahan bagi menjawab persoalan lelaki muda itu.
Walaupun mereka baru berjumpa entah kenapa dia boleh berbual dengan lelaki itu tanpa kekok. Ianya seperti mereka sudah kenal lama.
"I'm glad that you're healthy , baby."
Seomin terus berhenti bercakap. Wajahnya terus berubah mendengarkan suara itu. Jantungnya berdegup kencang. Dia kenal suara itu.
Matanya mencari pemilik suara itu sehingga ia berhenti pada dua tubuh yang berdiri tidak jauh dari tempat duduknya. Matanya membulat melihat Taehyung mengusap perut Euncheol yang membesar itu.
"Takkanlah.." Fikirannya dibelenggu dengan bermacam-macam tanggapan. Namun semuanya hilang apabila Taehyung dapat menangkap pandangannya yang dilempar ke arah mereka.
Seomin panik apabila lelaki itu mula berjalan mendekatinya.
Wanita itu terus berdiri daripada duduknya. Dia mahu lari dari situ atau lebih tepatnya lari dari Kim Taehyung.
Entah mana silapnya, dia tersalah langkah. Refleksnya yang laju membuatkan keseimbangannya terus hilang.
"Woah! Careful girl." Lelaki muda tadi sempat menyambut tubuhnya daripada terjelopok di lantai klinik itu.
"Ah..thank you.." Dia mengukir senyuman buat lelaki itu sebelum matanya mencari bayangan Taehyung.
Namun kini dia hanya dapat melihat belakang tubuh Taehyung yang sudah berjalan pergi. Seomin mengeluh lega.
Tbc
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...