07

466 45 2
                                    

Taehyung terus menumbuk rahang Jin hingga terjatuh tanpa teragak-agak. Walaupun Jin mempunyai badan yang lebih sasa namun tumbukan Taehyung memang kuat sehingga membuatkan dia melayang.

Seomin tidak mampu bersuara. Dia hanya menangis melihat Jin. Dia tak mahu rakannya turut terbabit. Kenapa lelaki itu tidak pulang sahaja? Pasti semua ini tak akan terjadi.

"Kau nak penjarakan aku? Sedarlah diri kau tu! Kau tu cuma doktor peribadi keluarga aku je!! Perempuan ni pulak isteri aku! Bukannya isteri KAU!" Marah Taehyung. Habis merah padam mukanya.

"Aku tahu tu! Tapi kau tak boleh buat macam ni..benda ni salah Taehyung."

"Don't fvcking call my name!! Sebelum aku panggil security, baik kau blah sekarang." Ucapnya dalam nada tertahan.

Jin mengetap giginya. "Janji dengan aku yang kau tak akan sakiti isteri kau lagi."

Taehyung tidak membalas. Jin mengulangi kata-katanya lagi.

"Janjilah dengan aku yang kau takkan sentuh Seomin atau-"

"ATAU APA?!"

"Aku bawak dia jauh daripada kau sampai batang hidung dia sendiri pun kau tak boleh jumpa." Ugut Jin.

"I don't fvcking care! Now GET OUT!!"

Jin mengeluh kasar. Dia bergerak ke pintu utama lalu menghempas pintu rumah itu dengan kuat sehingga didengar oleh Taehyung.

"Bodoh." Carut Taehyung.

Taehyung terus mencapai jaket kulitnya lalu berjalan ke arah laluan yang Jin lalu tadi.

Seomin bangun setelah bayangan Taehyung hilang daripada pandangannya.

Kemudian pandangannya jatuh pada lengan kirinya yang sempat dilibas oleh Taehyung sebentar tadi. Kesan merah itu dia cuba sentuh.

"Au!" Seperti terkena renjatan elektrik tatkala dia menyentuhnya. Seomin mengeluh. Silapnya juga. Kalau tidak mesti Taehyung tak jadi macam ni.

"Mama." Jungwook yang menyorok di balik dinding bersuara dengan mata yang berkaca.

Mendengar sahaja suara anaknya, Seomin cuba tersenyum. "Jungwook..come here."

Kanak-kanak lelaki itu terus mendapatkan Seomin. Dipeluk tubuh ibunya hingga pecah tangisnya. "Jungwook takut." Luah kanak-kanak itu. Seomin sayu melihat anaknya. Rambut anaknya diusapnya lembut. Pasti anaknya dah menyaksikan perkara tadi.

"Tak apa. Mama ada dengan Jungwook."

"Kenapa papa pukul mama? Papa dah tak sayangkan mama ke?" Seomin tersentak. Berapa lama anaknya berada di sini menyaksikan perkara tadi?

"Tak Jungwook. Mama buat salah tadi. Tu yang papa marah."

Mata bundar Jungwook yang berair itu dipandangnya dengan sebuah senyuman yang tawar.

"So papa sayang mama ke tak?" Tanya kanak-kanak itu. Seomin mengetap bibirnya. Soalan ni amat sukar baginya untuk menjawab. Sayang ke Taehyung padanya?

"Ss- mestilah sayang.." Dia sendiri teragak-agak dan tidak pasti.

-

Taehyung meneguk minumannya dengan perasaan marah. Geramnya masih tidak hilang. Kata-kata Jin masih bermain dalam fikirannya.

"Tak guna!!" Kerusi di hadapannya ditendang kuat. Terkejut orang yang berada di sekelilingnya di dalam kelab malam itu.  Taehyung membuat muka ketat. Botol arak yang berada di tangannya disua ke mulutnya. Dengan rakus dia menelan minuman keras itu untuk keberapa kalinya. Langsung dia tidak ambil peduli dengan pandangan orang lain terhadapnya.

Tiba-tiba ada satu tangan menjalar di dadanya membuatkan Taehyung tersedak. Terbatuk-batuk lelaki itu dibuatnya.

Tangan yang berada di dada tadi kini menepuk-nepuk belakang Taehyung.

"Lain kali hati-hati. Minuman ni dahlah keras. Hilang suara sedap awak nanti."

Matanya yang berpinar memandang seorang gadis cantik yang berpakaian sendat. Taehyung mengecilkan matanya lagi.

Jeon Seomin?

Walaupun dalam keadaan yang masih terkejut dia masih membenarkan wanita itu menyentuhnya. Walaupun dia telah memukul gadis itu tadi, senyuman wanita itu masih tidak lekang di bibirnya.

Taehyung mula lemah dengan godaan isteri sendiri. Selama ini wanita itu langsung tak berani bersua muka dengannya tapi sekarang?

Taehyung menarik wanita itu ke tempat lain. Dia menyewa sebuah bilik untuk mereka berdua.

Masuk sahaja bilik, Taehyung menolak wanita itu ke atas katil.

"Kenapa Seomin? Kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak suka kau dengan orang tua tu. Patutnya aku yang ambil anak kau tapi kenapa orang tua tu yang datang ambil?" Luahnya tetapi Seomin masih mendiamkan dirinya.

"Kau tahu tak yang aku-"

CUP

Bibir Taehyung dikucup oleh wanita itu. Taehyung terdiam.

"Lupakan masalah awak, ingat saya je ok?" Goda 'Seomin' lagi. Taehyung akhirnya tewas.

-

Seomin merenung jam yang tergantung di dinding. Jarum sudah menunjukkan pukul 4 pagi namun batang hidung Taehyung langsung dia tak nampak.

Kelopak matanya yang semakin memberat membuatkan dia mula membayangkan betapa selesanya kalau dia berbaring di atas katil sekarang. 

Belum sempat dia melangkah anak tangga yang pertama, pintu utama yang terdapat di situ dibuka oleh seseorang. Seomin menoleh.

Wajah Taehyung yang diharapkan untuk muncul namun wajah lain pula yang menjelma. Bibir Seomin memucat.

"S-siapa kau?!"

Wajah seram itu mula menyeringai. Jantung Seomin mula berdegup dengan laju.

Perompak? Penculik? Pencuri? Perogol? Pembunuh?

Di manakah Taehyung sekarang tatkala rumahnya didatangi oleh penjenayah?

"Saya perlukan awak Taehyung. Baliklah." Doa Seomin dalam hati. Dia membuka langkah seribu tatkala penjenayah itu mula mengejarnya.

"Jebal!" Berderai air matanya kini kerana ketakutan.


-Tbc-





Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now