"Annyeonghaseyo, Dr Kim."
Seokjin menunduk bersama doktor praktikal itu.
Belum sempat doktor praktikal itu mengundur diri, Seokjin menahan langkahnya.
"Itu ujian dna untuk keluarga Park kan?" Lelaki itu menganggukkan kepalanya.
"Awak mesti penatkan? Apa kata bagi saya fail tu. Lepas tu awak pergilah rehat." Ujar Seokjin dengan senyuman. Tangannya mahu mencapai fail yang terkepit dicelah ketiak doktor praktikal itu namun doktor itu segera menjauhkan dirinya.
"Dr.Kim nak buat apa dengan fail ni?"
"Dah dah. Pergi rehat ok? Bagi saya fail ni. Awak boleh pergi." Jin mencapai fail itu sekali lagi dan terus menolak doktor lelaki itu ke tempat lain.
Malas mahu bergaduh dengan seniornya, doktor muda itu pun beredar pergi selepas mengucapkan terima kasih kepada Jin.
Langkah Jin diteruskan ke pejabat miliknya. Jauh lencongannya dari bilik yang sepatutnya dia perlu pergi untuk uruskan fail di tangannya.
Satu fail lain yang berada di atas mejanya dibuka. Jin menukar kertas di dalam kedua-dua fail itu. Dia telah memalsukan keputusan dna yang Puan Kim minta dengan menukarkannya kepada keputusan bagi dna keluarga lain.
-
Wajah sugul Seomin dilihatnya dengan penuh tanda tanya. Wanita itu meletakkan beg tangannya ke atas meja sebelum membuka jaketnya.
"Kau kenapa?"
"Huh?" Wajah Seomin jelas menunjukkan bahawa dia terkejut dengan kehadiran Taehyung yang elok berpakaian santai itu. Tak kerja ke suaminya harini?
"Awak tak kerja ke harini?"
"Jawab soalan aku dulu."
Seomin mengerutkan dahinya. Soalan apa?
Taehyung mengeluh. Nampak sangat perempuan ni termenung tadi. Taehyung bangkit daripada sofa. Dia berjalan mendekati isterinya.
Seomin berundur sedikit tatkala dia merasakan bahawa Taehyung berdiri terlalu dekat dengannya. Wajah lelaki itu kelihatan agak serius. Terhenjut bahunya apabila tangan Taehyung menyentuh wajahnya.
Dagu Seomin didongakkan oleh Taehyung sehingga pandangan mereka bertembung.
Mata yang sedikit merah dan bersinar. Hidung yang kemerah-merahan. Taehyung meneliti setiap inci wajah Seomin. "Kau nangis kan?" Tekanya.
Seomin meneguk liurnya. Rasanya sudah berkali-kali dia membasuh muka sebelum balik tadi. Seomin kekal membisu apabila dia tiada idea untuk menjawab soalan itu.
"Siapa yang buat kau nangis?"
Soalan itu mendapat gelengan sebagai jawapan. Taehyung mendecit tidak puas hati. "Kau nangis sebab aku ke?"
Sekali lagi wanita itu menggeleng. Tak. Bukan. Bukan sebab awak. Jungkook yang buat saya sedih.
Taehyung mengeluh. Kali ini dia memegang kedua-dua belah tangan isterinya.
Seomin terkedu tatkala tangan yang berasa hangat itu memegang lembut tangannya. Pandangannya terus dihala ke wajah Taehyung tatkala lelaki itu mula bersuara.
"Tolong. Tolong bagi aku peluang untuk jadi suami yang baik untuk kau. Kau ada masalah, bagitahu aku. Aku ada masalah, aku akan kongsi dengan kau."
Dengar sahaja kata-kata itu sedikit sebanyak membuatkan Seomin terbuka hati untuk meluahkan isi hatinya. Lagipun dia nampak keikhlasan Taehyung melalui sepasang mata milik lelaki itu.
"Betul? Awak sanggup nak dengar?"
Taehyung mengangguk. Senyuman nipisnya terukir. Mungkin seronok apabila Seomin akhirnya sudi untuk membuka mulut.
"Jeon Jungkook. Kami ada terserempak tadi." Seomin menutup matanya dengan rapat. Takut. Matanya terbuka sedikit untuk mengintai reaksi Taehyung.
Senyuman Taehyung mati. Mukanya ketat. Seomin meneguk liurnya dalam diam. Dah agak. Mesti Taehyung tak suka dengar punya.
"Lepas tu? Apa yang dia buat?"
Seomin membuka matanya. "Awak tak marah?"
"Pft. Buat apa aku nak marah? Selagi kau tak kembali pada dia, aku ok."
Tipu. Dia tak ok. Sebelum Jungkook berjumpa dengan Seomin. Lelaki itu datang berjumpa dengannya dahulu.
-
"Long time no see, nerd."
Taehyung mengerutkan dahinya tatkala wajah Jungkook yang muncul. Mana client'nya yang bernama Jeon-
Oh. Jeon untuk Jeon Jungkook.
Taehyung diam tidak bercakap. Matanya hanya memandang wajah yang dibencinya itu. Suasana menjadi agak tegang antara mereka berdua. Share projek? Memang taklah kalau client'nya ialah Jeon Jungkook.
Taehyung berura-ura mahu beredar namun suara Jungkook terus mematikan langkahnya.
"Duduklah dulu. Kalau bukan tentang projek, aku ada benda lain yang penting nak bagitahu. Pasal Seomin."
-
Tbc
InsyaAllah. Story ni akan dihabiskan smpai hujung tahun ni. Thank you sebab setia menunggu story ni update. (ಥ_ಥ)

YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...