19

487 51 5
                                        


Serious. Kalau korang ada any feedback just bagitahu okay. Author boleh menerimanya and perbaiki apa yang kurang. 🙆

💕

"Anak siapa ni?" Tanya Taehyung selepas melihat Seomin mendukung seorang bayi bersamanya. Wanita itu tersenyum tawar melihatnya.

"Ini..anak saya." Jawabnya dengan perlahan namun cukup untuk didengari oleh Taehyung. Muka lelaki itu terus berubah.

"Anak kau!?" Jerkah Taehyung tidak percaya.

Seomin menutup matanya apabila dijerkah sebegitu. Jungwook yang berada di rangkulannya dijauhkan sedikit daripada Taehyung. Dia takut kalau Taehyung akan apa-apakan anaknya. Bayi inilah separuh nyawanya sekarang.

Taehyung kembali tersedar selepas melihat wajah ketakutan Seomin. Dia terus meraup wajahnya.

"Jujur dengan aku..siapa bapak budak tu?"

Seomin terdiam. Apa yang dia nak jawab ni? Jungkook? Jimin? Namjoon? Ramai lagi yang dia pernah buat di belakang Taehyung. Kalau jawab tak tahu, lagilah kantoi.

Seomin menggigit bibir bawahnya. Dia memandang wajah Jungwook dengan teliti. Ada sebab anaknya dinamakan Jungwook. Dia yakin lelaki itu pasti ayah kepada anaknya. Lelaki yang paling banyak berhubungan sulit bersamanya.

"J-j..jungkook." Jawabnya takut-takut.

🌹

Wajah masam mencuka Seomin kelihatan selepas melihat jam yang sudahpun menginjak ke pukul 8 malam. Dari pagi Taehyung keluar, sampai sekarang batang hidungnya tidak muncul-muncul.

Seomin mengetap bibirnya menahan perasaan. Hatinya tidak tenteram sejak pagi tadi. Kata-kata Taehyung masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Kan best kalau Yunha yang jadi isteri aku."

Melihat betapa kecewanya wajah Taehyung beristerikan dirinya membuatkan hatinya bagaikan dicarik-carik. Empat tahun mereka berkahwin takkanlah tiada sekelumat pun rasa sayang lelaki itu kepadanya?

"Dah dia habiskan sayang dia dekat orang lain memang tak adalah untuk kau. Sikit pun tak ada." Bisikan yang datang daripada otaknya membuatkan dia semakin tertekan.

Seomin membuka pintu peti ais dengan kasar. Dia mengambil minuman alkohol milik Taehyung.

Botol itu dibeleknya dengan senyuman puas hati. Jenama yang mahal tentulah rasanya lebih sedapkan? Dia mengambil 4 botol sekaligus lalu dibawanya ke ruang tamu.

Seomin membuka penutup botol itu dengan sekali cuba. Dia meneguk minuman keras itu sehingga tiada lagi bisikan halus yang menganggu fikirannya.

"Ahh..tekak aku sakit." Dia merengek sambil mengurut tengkuknya. Silapnya meneguk minuman itu dengan rakus. Pasti tinggi kandungan alkoholnya sehingga membuatkan kerongkongnya bagaikan dibakar.

Seomin menyambung meneguk minumannya yang entah berapa ribu nilainya itu. Perlahan-lahan kepalanya terasa ringan. Pasti kesan mabuknya sudah datang.

"WaE! Hicc. DiA bUat akU maCam nI?" Luah Seomin lalu minuman itu diteguknya lagi.

"Siapa yang mulakan dulu? Siapa yang curang belakang dia dulu? Kau. Kau dah rosakkan budak tu. Kau dah hancurkan hati dia dulu. Kau dah ubah dia jadi lelaki liar. Sekarang kau boleh tanya kenapa dia jadi macam tu?"

Suara itu menganggunya lagi. Seomin terus meneguk botol ditangannya sehingga habis. Botol seterusnya dibuka lalu diteguknya lagi. Suara tadi terus lenyap tatkala alkohol berperisa manis itu masuk ke dalam mulutnya.

"KenApa rasA kau sEdap sAngat?!" Botol alkohol itu dipandangnya dengan gelak tawa lalu dia menggoyangkan botol itu sehingga tertumpah ke atas bajunya. Seomin menarik bajunya untuk dihidu.

"AkU HaRapp kAU suKa BAu ni~KiM TaEhyUng!"

Wanita itu memandang sekeliling. "kIM TaeHyuNg?" Panggilnya. Namun kelibat Taehyung masih tidak kelihatan. Seomin mencebik dengan air matanya yang mula bergenang.

Dia bangun dan membiarkan minuman keras itu masih berbaki sebotol. Langkahnya dihala ke tangga.

"kIm tAEhYunG?" Panggilnya sambil mendaki anak tangga dengan langkahnya yang longlai.

Bilik Taehyung diterjahnya masuk. Katil Taehyung yang kemas dan ditegang cadarnya dia hampiri. Seomin tergelak kecil melihat kekemasan bilik itu yang luar biasa kemasnya.

"DasAr NerD!"

Plop. Tubuhnya direbahkan ke atas katil Taehyung. Habis cadar katil yang telah siap ditegang itu dilandanya. Tangannya meraba-raba permukaan katil bagi mencari tubuh lelaki itu. Namun hampa. Katil itu kosong.

"KiM TaehYUng...." Rengeknya. Bantal yang berada di situ dibawa ke dalam pelukannya. Dia menghidu bau Taehyung yang melekat pada bantal itu.

"기다리요~."[kidariyo / Saya menunggu]

-

"Sayang..berapa banyak awak cintakan saya?" Tanya gadis itu tiba-tiba. Jungkook yang masih memejamkan matanya mula mengukirkan senyuman.

"Lebih daripada apa yang awak boleh bayangkan." Ucapnya sambil membawa isterinya ke dalam pelukan.

"Lebih daripada cinta awak pada Seomin?"

Jungkook terus membuka matanya. Wajah berseri Yunha dipandangnya dengan sebuah senyuman. Makin bertambah hari, makin berseri wajah ibu mengandung ini.

"Of course! Diakan masa silam saya. Tentulah saya lebih cintakan awak. Awak isteri saya. Ibu kepada anak-anak saya. Awak pendamping saya tak kira susah atau senang. Of course I'm loving you the most."

Yunha mengesat air matanya yang mengalir. Dia kembali tersenyum selepas mendengar kata-kata manis suaminya. Inilah sebab dia sanggup menerima segala kekurangan lelaki ini.

"Aww.. Don't give me that pretty smile. Saya masih berpuasakan. Kalau awak bleeding nanti, saya jugak yang susah."

Yunha mencubit bahu Jungkook dengan kuat sehingga lelaki itu menjerit kesakitan.

"Gatal!" Ujarnya dengan senyuman.

"Suami awak juga."

-Tbc

Willing To Be Her HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang