Selepas mereka sekeluarga hilang daripada pandangannya. Jin terus melangkah menuju ke arah yang bertentangan. Namun langkahnya terhenti selepas lengannya ditarik oleh Doktor Byul.
"Doktor Kim..." Jin memusingkan tubuhnya untuk menghadap doktor wanita itu. Keningnya dijongketkan apabila doktor Byul masih lagi membisu. Hanya sepasang matanya sahaja yang tetap memandang anak mata milik Jin.
"Tak apa ke?" Bisik doktor wanita itu dengan takut-takut.
Jin mengangguk dengan yakin. Bahu doktor Byul disentuhnya lalu ditepuknya perlahan. "Kalau awak tak buka mulut, keluarga mereka takkan tahu. Saya tak nak orang yang saya sayang susah hati."
Doktor Byul membulatkan matanya. "Sayang? Bukan dia dah ada suami ke? Suami dia yang tadi tu ka-"
"Shuh..." Bisik Jin sambil menyentuh jari telunjuknya pada bibirnya.
"Saya tahu apa yang saya buat." Balasnya lalu melangkah pergi meninggalkan doktor wanita itu berseorangan.
Byul memandang belakang tubuh Jin yang semakin menjauh itu. Hatinya terusik. Sampai bila dia mahu bersubahat dengan Seokjin?
"Aku buat semua ni pun sebab aku suka kau tahu." Bisiknya sambil memandang fail keputusan mental Jeon Jungwook yang berada di tangannya.
...
Fokusnya hilang apabila pintu pejabatnya dibuka oleh seseorang secara tiba-tiba. Mukanya yang berkerut berubah tatkala terpandangkan wajah ibunya muncul di sebalik pintu itu.
"Hello anak mummy."
"Hello queen." Ujarnya sambil tersenyum. Terlupa sekejap akan kerjanya yang masih bertimbun. Taehyung segera mendekati tubuh ibunya lalu ditariknya ke dalam sebuah pelukan.
Puan Kim menepuk belakang tubuh Taehyung dengan perlahan.
"Mana menantu mummy?"
Taehyung mengetapkan bibirnya. Dia tersengih lebar. "Err..Tae dah pecat dia."
Membuntang mata Puan Kim memandang anaknya. "Bila kamu pecat dia?" Tanyanya dengan garang.
Taehyung menggaru kepalanya. "Lepas dua minggu dia kerja..?" Jawabnya takut-takut. Dia kenal sangat mummynya. Bukan mummylah kalau tak melenting apabila dia tak mendengar kata.
"Habis tu siapa yang jadi PA kamu sekarang?"
"Tak ada sesiapa. Kosong."
"Ah! Tak ada alasan lain! Mummy nak Seomin yang jadi! Buat penat je mummy pecat PA lama kamu dulu-"
"Oops." Puan Kim menutup mulutnya dengan hujung jarinya selepas tersedar akan ketelanjurannya.
"Mummy pecat PA Tae? But why?" Dahi Taehyung semakin berkerut tatkala melihat wajah Puan Kim yang mula membuat muka tidak bersalah.
"Sekali sekala mummy nak tengok anak-anak mummy kerja sama-sama.." Luahnya dengan suara perlahan. Namun Taehyung masih tidak terusik dengan suara sayu ibunya.
"Tapi Tae tak terima pekerja yang selekeh macam tu. Dahlah buat kerja pun lembab." Desisnya tidak puas hati.
Puan Kim menampar kuat bahu anaknya itu. "Jangan cakap pasal menantu mummy macam tu DEPAN mummy!"
-
Seomin menerjah masuk ke bilik Taehyung sambil membawa masuk vakum. Dia berjalan mendekati soket yang berada berdekatan dengan katil lelaki itu.
Selepas menyambung plag dengan soket. Suis dibuka dan bunyi bising vakum mula kedengaran. Seomin berjalan di sekeliling bilik itu sambil menyedut habuk pada lantai dengan menggunakan vakum.
Sedang sibuk dia membersihkan habuk di bawah katil, tiba-tiba datang Jungwook bersama telefon bimbitnya yang sedang berdering.
"Mama..ada call."
Suis vakum dimatikan. Seomin mengelap tangannya pada baju sebelum mengambil telefon itu daripada tangan kecil Jungwook.
"Thanks sayang."
Tatkala matanya melihat nama si pemanggil, segera dia berdehem sebelum menjawab.
"Hello? Ya mummy. Ni Seomin."
"Jom teman mummy. Cepat siap kita pergi spaaaaaa!! Menantu and mother in law. Bolehkan bolehkan?"
"Ha? S-spa?" Call pagi-pagi ni sebab nak pergi spa? Jungwook macam mana? Siapa nak jagakan dia? Taehyung?
Seomin mula mencari alasan.
"Taehyung mesti tak bagi mummy.."
"Tak! Dia bagi! Taehyung dengan mummy sekarang ni."
Seomin menggaru kepalanya. Alamak macam mana nak mengelat ni. Namun telinganya dapat menangkap suara Taehyung di corong talian itu.
"Ala mummy. Kalau mummy bagi dia pegi spa beribu-ribu harga pun bukannya dia jadi cantik pun."
Walaupun perlahan sahaja namun Seomin masih boleh mendengar suara Taehyung daripada corong talian itu. Hatinya mula tersinggung.
"Tak apalah mummy. Seomin..-"
"Lagi 20 minit driver mummy sampai. Kita pergi sama-sama tau! Bye bye muahhh!"
Akhirnya panggilan itu ditamatkan oleh Puan Kim sendiri. Seomin termangu memandang lantai.
Betul ke aku tak cantik. Tak cantik langsung ke sampai dia cakap macam tu.
Seomin berjalan mendekati cermin di meja solek Taehyung. Pantulan dirinya ditilik. Seomin memusingkan tubuhnya lalu membuka bajunya.
Di cermin itu jelas kelihatan kesan-kesan parut dan lebam yang memenuhi seluruh tubuhnya. Darahnya berderau apabila teringatkan apa yang Taehyung lakukan sehingga meninggalkan parut sebegitu banyak pada tubuhnya.
Macam mana kalau Puan Kim nampak semua ni semasa di spa nanti? Apa alasan yang dia nak bagi?
Tbc
720 words.

ANDA SEDANG MEMBACA
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...