42

315 38 22
                                    

"Mama.."

"Ya sayang?" Seomin membetulkan jaket hitam yang dipakai Jungwook. Sesekali jarinya mengalihkan rambut Jungwook yang panjangnya sudah menyentuh kelopak mata kanak-kanak itu.

"Kenapa mama tak ikut sekali?" Kening Jungwook bertaut. Wajah mamanya tidak dipandang. Dia bermain dengan jari jemarinya.

"Mama sibuk sayang. Lagipun, papa memang nak temankan Jungwook." Tipu Seomin.

Pipi Jungwook diusapnya. Dia mahu mereka berdua meluangkan masa berdua namun Jungwook nampak agak keberatan untuk keluar dengan Taehyung tanpanya.

"Tch."

Aku menoleh apabila terdengar Taehyung mendecit. Saat pandangan kami bertembung, aku menjengilkan mata kepadanya yang sedang duduk di sofa tidak jauh dari kami berdua.

'Suka-tak-suka-awak-kena-buat.'

Dia memutarkan bola matanya selepas melihat pergerakan bibir aku.

"Jungwook kena jadi good boy okay?" Aku mengucup kedua-dua pipinya yang gebu sebelum membawanya ke pintu depan. Sementara Jungwook memakai kasutnya, Taehyung mendekati aku. Di wajahnya terukir satu senyuman nakal.

"Untuk aku tak ada?"

"Mengada." Aku menarik jaketnya sehingga tubuhnya mendekat. Satu kucupan aku tinggalkan di dagunya.

"Awak kena jadi a good dad Taehyung." Pesan aku dengan pandangan yang penuh mengharap.

Aku betul-betul harap yang dia takkan kecewakan aku.

Senyumannya pudar. Dia mendekatkan wajah kami sebelum mengucup lembut bibir aku.

"I'll try."

-

"Papa.." Jungwook memanggilnya perlahan. Suasana di dalam McDonald itu agak bising namun Taehyung masih mendengarnya.

Kanak-kanak itu berhenti mengunyah kentang gorengnya. Berkerut dahi Taehyung memandangnya. Budak ni ada alergik ke? Ke nak muntah? Tolonglah jangan. Aku bukannya reti nak uruskan.

"Kau nak buat apa?" Tanya Taehyung sebaik sahaja melihat kanak-kanak itu turun dari kerusinya.

"Jungwook nak pee-pee." Ujarnya takut-takut. Wajah Taehyung dipandangnya sekejap sebelum dia menunduk semula. Takut betul dia kalau papanya mengamuk. Bukan dia tak kenal papanya yang kuat melenting.

Taehyung menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kau..tak pakai pampers ke?"

Jungwook menggeleng membuatkan Taehyung menangis dalam hati. Seomin memang nak kenakan dia.

Taehyung juga bangkit daripada duduknya. Kolar jaket Jungwook ditariknya untuk mengheret budak itu ke tandas.

Nak tak nak dia terpaksa uruskan kanak-kanak itu untuk 'pee-pee'.

Taehyung memilih urinate bowl memandangkan Jungwook memerlukan pertolongannya. Agak sempit kalau mereka masuk ke tandas yang berpintu, berdua.

Tubuh kanak-kanak itu diangkatnya dengan sebelah tangan manakala tangannya yang sebelah lagi membuka zip seluar Jungwook.

"Mama kata kena bukak seluar kalau nak pee-pee."

Taehyung tersenyum bangga. "Mama tu perempuan, kita lelaki. Tak payah bukak seluar pun boleh 'pee-pee'."

Jungwook mengangguk faham sebelum dia merenung lama dinding di hadapan mereka.

Dua minit sudah berlalu namun Jungwook masih tidak membuang hajatnya. Tangannya pula sudah naik lenguh mendukung tubuh kanak-kanak itu.

Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now