"Awak nak saya belajar english?!"
Seomin meraup mukanya berkali-kali. Tidak percaya dengan idea Taehyung. Dia ke sini bukannya nak belajar tapi nak bercuti!
"Saya malaslah nak belajar." Rungutnya sambil menolak jauh pensel dan kertas yang dibawanya tadi.
"Apa dia?"
Taehyung yang memandangnya dengan wajah yang tegas membuatkan dia kecut perut. Seomin terus mencapai pen dan kertas tadi dengan sepantas kilat. Pandangan tajam Taehyung dibalasnya dengan satu sengihan.
"Eh hehe malas tapi mahu." Balasnya sambil pura-pura menulis sesuatu di atas kertasnya.
Taehyung membuat muka pelik. "Kau tulis apa? Aku tak bukak lagi videonya."
Seomin berhenti menulis. Kertasnya dipandang. Tulisan yang tidak dapat dibaca itu hanya membuatkan dia mengetuk kepalanya sendiri.
'Malu. Malunya!'
"Eh kejap." Seomin memandang pergerakan Taehyung yang sedang memasang pendrive pada macbook dihadapannya.
Kening Taehyung ternaik menanti perkataan yang seterusnya keluar dari bibir Seomin.
"Itu pendrive yang awak bagi saya haritu kan?" Ujarnya sambil memandang pendrive hitam yang sudah dipasang pada macbook milik Taehyung.
"Haah. Kenapa?" Taehyung menekan beberapa fail sebelum sebuah video dimainkan di skrin macbooknya.
Bukan ke pendrive tu ada rakaman cctv tu?
"Ehh!! Kenapa awak bukak??" Seomin cepat-cepat menutup matanya.
"We will start our english lesson."
Bunyi daripada macbook itu membuatkan Seomin membuka matanya kembali. Taehyung yang sudah tergelak membuatkan pipinya berbahang.
"Kitakan nak belajar english. Kalau pasal benda tu aku tak ajar guna video. Aku ajar praktikal terus." Ujar Taehyung lalu mengenyitkan matanya.
Pipi Seomin semakin berbahang. Malah seluruh tubuhnya juga terasa panas.
Benci. Benci!
-
Euncheol menghentakkan kakinya dengan geram. Berkali-kali dia call Taehyung, mesej lelaki tu tapi satu pun tak berjawab!
"Oh lepas kau honeymoon, kau terus lupakan aku? Tak guna!" Dengusnya dengan marah.
Namun marahnya tidak berlanjutan apabila suara Jimin menyapa dia daripada belakang.
"Siapa jantan tu?"
Euncheol hanya mendiamkan diri. Liur yang ditelannya tiba-tiba terasa kesat. Wajah Jimin tidak mampu untuk dia pandang.
"You janganlah!"
Euncheol cuba merampas kembali telefon bimbitnya namun Jimin lebih tangkas.
Satu senyuman terbit di bibir Jimin apabila dia membaca nama yang tertera di skrin telefon bimbit itu. Euncheol cuba merampas semula telefon bimbitnya namun perbuatan itu membuatkan Jimin lebih berang.
Bahu Euncheol ditolaknya dengan kuat menyebabkan wanita itu hilang keseimbangannya.
"Kau curang dengan aku?"
Punggungnya yang kuat menghentak lantai membuatkan air matanya mengalir.
"Aku tanya ni jawablah!!" Serentak dengan itu, telefon bimbitnya dicampak pada dinding membuatkan bahunya terhenjut kerana terkejut.
"Ss-saya cintakan dia!" Ucapnya dalam tangisan.
"Enough." Lelaki itu terus menarik lengannya sehingga dia berdiri. Tanpa menunggu sesaat pun, pipinya terus ditampar dengan kuat.
Tamparan yang kuat itu membuatkan pandangannya berpinar, pipinya terasa pedih dan sesuatu yang hangat mengalir dari tepi bibirnya.
Euncheol cuba menjauhkan dirinya namun sesuatu terus menghentam perutnya tanpa dia sempat untuk mengangkat kepala. Perutnya yang senak membuatkan dia meringkuk di atas lantai.
Sebelum sempat dia memegang perutnya, satu sepakkan tepat mengenai tempat yang sama dia ditumbuk. Euncheol mengerang kesakitan. Perutnya yang semakin senak membuatkan dia seperti hendak muntah.
"Jimin please! I'm begging you."
Namun lelaki itu langsung tidak berhenti memukulnya. Dia terlalu lemah. Lemah untuk melawan tenaga Jimin. Lagi-lagi lelaki itu seperti dihasut setan!
Pukulan pada tubuhnya terhenti buat seketika. Dia mahu membuka matanya namun kesakitan lain datang apabila rambutnya dicengkam dengan kuat sehingga dia terdongak.
"Aku yang beli kau remember? Not him! I love you so much. That's why I do this babe." Jelasnya lalu bibir Euncheol yang sudah pecah itu diciumnya.
'I hate you Park Jimin. I fvcking hate you.'
TBC
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...