16

459 50 3
                                    

Taehyung menghidu bunga yang baru dibelinya dari kedai bunga tadi. Perasaan gembiranya tidak boleh disorokkan lagi. Lagi beberapa hari sahaja lagi Seomin akan menjadi miliknya. Lepas perkahwinan mereka,tiada siapa lagi boleh menaruh hati pada isterinya.

Taehyung mencuit bahu orang tua yang baru sahaja berjalan melintasinya. Dia membetulkan kaca matanya sebelum menghadiahkan senyuman berbentuk kotak miliknya.

"Ahjumma...saya dah nak kahwin!" Ucapnya dengan teruja. Walaupun nenek tua itu tidak pernah mengenalinya, nenek tua itu tetap tersenyum gembira buat Taehyung yang tiba-tiba menegurnya di tengah-tengah taman ini.

"Baguslah kalau macam tu anak muda. Ahjumma doakan kebahagiaan kamu berkekalan ya?"  

"Terima kasih!" Taehyung melambaikan tangannya pada nenek itu sehingga wanita tua itu tidak lagi menoleh ke arahnya. Dia masih tersenyum gembira. Kepalanya bagai nak tercabut mengira hari istimewa yang bakal berlaku nanti.

TING

Suga Hyung

Click to download the media

Aku tak nak buat kau sedih tapi aku tak nak kau lebih sedih nanti. Kau fikir sendirilah ya.

Mesej yang Suga hantar padanya membuatkan lelaki yang naif itu bingung. Segera jarinya menekan download. Sebuah gambar berjaya masuk ke dalam storage miliknya. 

Taehyung mengetap giginya selepas menyaksikan gambar Seomin yang sedang bercium dengan lelaki lain itu. Dia mencampak jambangan bunga yang dipegangnya ke atas tanah. Seluruh badannya menggeletar memikirkan tentang Seomin. Tak mungkin wanita itu sanggup untuk mengkhianatinya.

"Tak! Aku tak percaya!" Jeritnya di tengah-tengah taman itu. Selepas masuk ke dalam perut keretanya,Taehyung sempat menghubungi seseorang.

"Batalkan semuanya. Saya tak jadi nak booking taman tema ni. Ya. Terima kasih." Ucapnya dengan kecewa. Taehyung menghentak stereng kereta itu berkali-kali dengan perasaan marah.

TING

Suga Hyung

sends you a location

Bilik nombor 302. Itu je yang aku dapat tolong. Aku tahu kau nak pastikan sendiri. Gud luck bro.

Taehyung terus memandu keretanya ke tempat yang diberitahu tanpa berfikir panjang. Dendam mula dibina dalam hatinya. Lelaki naif seperti dirinya tak bodoh tentang hal macam ni. Dia juga ada akal dan masih boleh berfikir.

"Kau cintakan akukan Seomin? Tolong jangan buat saya macam ni." Sebutnya sambil berlari menuju ke bilik yang dimaksudkan. Bilik yang bernombor 302 itu sudah berada di hadapannya namun dia tidak mempunyai kad akses untuk masuk ke dalam. Matanya meliar bagi mencari idea untuk masuk ke dalam pintu hotel ini.

"Hey! Encik tak boleh buat macam ni!" Pekerja di bahagian pembersihan itu mahu merampas kembali kadnya yang diambil oleh Taehyung. Namun Taehyung sikit pun tidak mengendahkannya. Kad akses yang berada di tangannya berjaya membuka pintu itu.

Lelaki itu terus masuk ke dalam bilik setelah pintu itu tidak lagi berkunci. Perkara pertama yang disaksikannya ialah tubuh Seomin yang berada di atas katil dengan selimut yang menutupi seluruh tubuhnya.

Taehyung mendekati katil itu lalu dia membuka selimut yang menutupi tubuh Seomin dengan perlahan-lahan. Dia mahu memastikan yang Seomin masih lengkap berpakaian.

Tangannya yang masih menggigil menambahkan lagi kepayahannya untuk berbuat begitu.

"Wowowo! Rileks Kim Taehyung. Tunggulah dia jadi isteri kau dulu baru buat macam tu." 

Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now