03

508 53 16
                                    

"Auch!"

Pisau yang dipegangnya terlepas daripada genggaman. Seomin mengeluh kecil. Dia mengambil semula pisau itu.

Dengan perlahan-lahan, dia memotong bawang yang berada di atas landas cencang. Berkerut-kerut mukanya menahan kesakitan di tangan.

Luka pada malam tadi masih tidak dirawat olehnya. Hanya serpihan kaca yang dikeluarkan.

"Mama.." Panggilan daripada Jungwook menarik perhatiannya. Seomin memandang ke bawah memandangkan kanak-kanak itu rendah.

"Ya sayang?"

"Kenapa papa suka marah dekat Jungwook?"

Seomin memandang tempat lain. Macam mana nak cakap ni?

"Papa marah sebab papa sayang dengan Jungwook."

Mata yang bulat itu berkelip-kelip untuk memahami kata-kata Seomin.

"Maksudnya papa selalu sayang Jungwook lah kan? Tapi..."

"Tapi apa sayang?"

"Papa selalu pukul mama. Papa tak sayangkan mama ke?"

Seomin terkedu dengan soalan anaknya. Namun dia cepat-cepat menarik senyuman.

"Apa kata Jungwook tunggu mama dekat meja? Mama tak siapkan lagi makanan ni."

"Mama bangsat tu apa?" Tanya Jungwook dengan tiba-tiba.

Mata Seomin membulat.

"Mana Jungwook dengar ni?"

"Tadi papa panggil Jungwook dengan perkataan tu. Bangsat tu apa mama?"

Seomin terus membawa Jungwook ke ruang makan. Kelihatan Taehyung berada di situ sambil bermain dengan handphone miliknya.

"Kenapa awak sebut perkataan pelik-pelik depan anak saya hah?!"

Taehyung mengangkat muka. Dia mengerutkan dahinya. "Apa?"

"Awak panggil dia bangsat tadi. Apa yang saya nak jawab?"

"Ahh.. " Taehyung terus mengangguk. Dia bangun daripada kerusinya. Matanya memandang Jungwook.

"Kau nak tahu apa maksud bangsat?"

Jungwook mengangguk.

"Bangsat tu mak kau. Kau pulak anak bangsat."

Mata Seomin membulat. "Taehyung! Jangan ajar dia benda tak elok!"

Taehyung menunjuk dadanya dengan jari telunjuk miliknya. Kemudian dia membuat muka.

"Aku? Aku ajar dia? Anak kau yang bodoh sangat. Takkan bangsat tu pun nak tanya."

"Taehyung!!" Wajah Seomin membahang. Merah padam mukanya. Dia menutup kedua-dua belah telinga anaknya.

Pandangan Taehyung jatuh pada tangan Seomin yang menutup telinga Jungwook. Dia mengetap giginya.

Kini Taehyung memandang tepat anak mata milik Seomin.

"Kau lagi teruk daripada akulah!! Jangan nak acah baik depan budak kecik! Dah perangai macam pelacur nak tunjuk baik." Hamburnya.

Seomin menutup matanya. Dia membawa Jungwook ke dalam bilik. Mereka meninggalkan Taehyung berseorang di ruang makan.

Taehyung menyepak kaki meja dengan kuat. Dia bercekak pinggang. Matanya meliar memandang sekeliling. Tiba-tiba penyembur febreze menarik perhatiannya. Pandangannya dialihkan pula pada makanan yang masih belum dihidangkan. Terbit senyuman pada bibirnya.

Dengan pantas tangannya mencapai penyembur yang digunakan untuk menghilangkan hama itu. Terjengket-jengket dia berjalan mendekati dapur.

Satu semburan disembur pada makanan yang dimasak oleh Seomin.

Taehyung menghentikan perbuatannya. Dia memandang makanan itu dengan lama.

Hatinya mula terasa sesuatu. Patut ke tak dia buat ni?

Kemudian dia mengangguk. Memang patut! Dia patut sembur banyak-banyak.

Berkali-kali dia menyembur barulah dia puas hati. Taehyung mengambil senduk kemudian mengacau makanan itu supaya rata.

Selesai sahaja, dia berlalu pergi sambil bersiul.

-Tbc-


Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now