Hidup Seomin semakin kelam tanpa kehadiran Jungwook. Anaknya yang masih di hospital tidak menunjukkan sebarang perubahan. Jungwook masih trauma dan tidak berhenti meracau.
Jadi setiap hari Seomin akan pergi ke hospital dan atas jasa baik Seokjin, dia tidak perlu naik bas.
"Saya.."
"Apa?! Nak keluar?! Keluar jelah! Kau tak payah balik pun tak apa lah!!" Bentak Taehyung. Walaupun Seomin terasa hati tapi dia tetap bersabar. Untuk mengendahkan amarah Taehyung, Jungwook lagi penting baginya buat sekarang. Tak perlu dia buang masa pedulikan kata-kata lelaki itu yang tidak akan pernah bernada lembut dengannya.
Seomin melangkah ke pintu utama. Wajahnya yang muram hanya menunduk tanpa segaris senyuman. Tiada apa yang boleh buat dia tersenyum kecuali melihat Jungwook kembali sihat.
Belum sempat tangannya mencapai tombol pintu, lengannya ditarik oleh seseorang. Tarikan yang agak kasar itu membuatkan dia terdorong ke arah tubuh Taehyung.
Dengan jarak yang sangat dekat itu, mereka berdua dapat melihat wajah masing-masing yang mempunyai 1001 masalah itu. Pandangan beku Taehyung dan pandangan sayu Seomin bertaut.
"Kau pergi mana sebenarnya?"
Suaranya yang tidak lembut dan juga tidak kasar itu membuatkan hati Seomin dipagut rasa sedih. Ini je nada yang paling lembut yang pernah Taehyung keluarkan kepadanya sejak mereka berkahwin. Yang lain hanyalah tengkingan dan kata-kata kesat yang keluar daripada mulutnya.
Melihatkan wanita itu yang masih berdiam diri membuatkan Taehyung mula hilang sabar.
"Kau keluar dengan jantan lain eh?"
Segera wanita itu menggelengkan kepalanya dengan laju. "Tt-tak!"
"Habis tu?!"
Taehyung mendekatkan wajahnya dengan wajah milik Seomin. "Kau..rancang nak lari daripada aku eh?" Bisik Taehyung dengan senyuman sinisnya.
Bulat mata Seomin memandangnya. Kalau dia nak lari, dah lama dia buatlah! Selama 4 tahun dia terikat dengan Taehyung, tak pernah terlintas di fikirannya untuk meninggalkan lelaki itu.
"Saya tak akan pernah tinggalkan awak Taehyung. Kalau saya nak, dah lama saya buat." Ucapnya perlahan namun masih jelas untuk Taehyung dengar.
Lelaki itu terdiam. Dia melepaskan lengan Seomin daripada genggamannya. Pandangan pelik terus terpancar di wajah Seomin.
"Apa kau tunggu lagi?! KELUARLAH!"
Terhenjut bahu Seomin apabila ditengking sebegitu secara tiba-tiba. Seomin hanya mengeluh perlahan. Daripada fikirkan perangai Taehyung yang pelik ini baik dia fikirkan keadaan Jungwook.
Seomin menundukkan pandangannya dan terus berlalu pergi.
-
"Hikk. Mama. Hikk. Jungwook takut. Jungwook benci. Jungwook benci." Terkumat kamit kanak-kanak itu di penjuru bilik. Tangan kecilnya menggenggam rambutnya dengan kuat. Wajahnya yang comel dan manis kini bertukar menjadi lebih muram dan masam.
Sukar sekali untuk kanak-kanak itu tersenyum. Seomin hanya melihat Jungwook dari luar bilik. Hatinya sayu melihat keadaan anaknya begitu.
"Maafkan mama sayang." Ucapnya perlahan.
"Kau nak masuk ke? Sebab Jungwook tak makan lagi. Selagi kau tak ada selagi tu dia tak nak makan. Aku tak boleh masuk." Ujar Jin yang datang dengan sedulang makanan.
Seomin mengangguk lalu mengambil alih untuk memegang dulang itu. Pintu bilik itu diketuknya perlahan.
"Jungwook..ini mama. Mama masuk ya?" Kata Seomin sebelum masuk ke dalam bilik itu.
Bulat mata Jungwook selepas mendengar suara ibunya. Kanak-kanak itu terus berlari ke arah Seomin. Tubuh Jungwook melekap pada kaki milik Seomin. Dua tangan kecil itu menggenggam erat seluar Seomin.
Seomin cuba mengekalkan kestabilannya selepas Jungwook meluru ke arahnya. Dulang itu diletakkan ke atas meja bersebelahan dengan katil. Nasib baik makanan itu tidak terjatuh walaupun erat kakinya dipeluk oleh Jungwook.
Seomin mencapai tubuh Jungwook lalu badan kecil yang semakin kurus itu diangkat ke dalam rangkulan Seomin. Pipi Jungwook dicium Seomin dengan lembut.
"Jom makan sayang."
-
"Bos."
Taehyung mengangkat mukanya. Pandangannya dihala ke arah pemuda yang menegurnya. Kelihatan pemuda itu seperti serba salah untuk bercakap.
"Saya ada permintaan." Katanya sambil menghulur sekeping kertas. Taehyung menyambutnya lalu membaca isi kertas tersebut. Keningnya bertaut.
"Letak jawatan?" Taehyung akhirnya membuka mulut. Kertas yang berada di tangannya digenggam. Sekarang pekerja terbaiknya mahu menarik diri pula. Apa lagi yang tak kena sebenarnya?
Pemuda itu mengangguk. "Sebab hal keluarga yang tak dapat dielakkan. Saya minta maaf bos. Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu."
Taehyung mengangguk. Selepas sahaja pemuda itu beredar, segera dia meronyokkan kertas itu lalu dibalingnya jauh. Taehyung menekan pelipisnya dengan hujung jari. Sakit kepala dibuatnya.
"Yah."
Suara seseorang menarik perhatiannya. "Mummy?" Segera badannya ditegakkan. "Bila mummy sampai ni?"
"Anak mummy ni okey ke tak?" Puan Kim berjalan mendekati tubuh Taehyung yang sedang duduk di kerusi kerjanya. Keadaan anaknya yang tertekan itu membuatkan hati ibunya simpati. Taehyung seorang sahaja yang diharapkan untuk menjaga syarikat peninggalan mendiang suaminya ini. Pasti tertekan untuk uruskan semuanya seorang diri.
Bahu lebar Taehyung disentuhnya lembut. "Kenapa ni hmm?"
"Lacked of a good worker." Ucapnya perlahan. Puan Kim menarik senyuman.
"Mummy ada calon untuk gantikan. Taetae nak?"
"Siapa?"
Bibir Puan Kim menyebut satu nama. Ternganga Taehyung dibuatnya.
-Tbc-
![](https://img.wattpad.com/cover/140234472-288-k976162.jpg)
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...