29

343 35 14
                                        

Taehyung banyak mendiamkan diri sejak petang tadi. Rasanya hal tentang Jungkook tadi sudah habis. Apa lagi yang tak kena? Kenapa dia rasa seperti dipalau pulak ni? Macam mana nak bagi hadiah kat Taehyung kalau lelaki tu asyik sibukkan diri dengan kerja?

Selepas habis memotong bawang, dia beralih kepada sayur-sayuran pula. Fikirannya masih merewang jauh memikirkan Taehyung. Harap-haraplah mood Taehyung baik malam ni.

"Awak.." Seomin membuka pintu bilik itu dengan perlahan. Kepalanya dijengul dari luar. Kelihatan Taehyung masih fokus dengan laptop di hadapannya.

"Awak.." Panggilnya lagi.

"Hmm." Taehyung menjawab tapi matanya masih melekat pada skrin laptop.

"Jom makan. Saya dah siap masak."

Taehyung masih tidak respon. Seomin melangkah masuk ke dalam bilik itu walaupun hatinya gusar. Selalunya Taehyung akan melenting kalau dia masuk ke bilik ketika lelaki itu sedang sibuk. Harap-harap Taehyung tak jadi seperti dulu semula.

Tiada apa yang dapat dikeluarkan daripada mulutnya. Seomin kekal membisu di sisi Taehyung. Lengannya digosok-gosok kerana sejuk. Kenapa tiba-tiba rasa seram sejuk pulak ni?

Skrin laptop Taehyung diintainya. Graph. Banyak sangat graph. Macam mana Taehyung boleh tahan? Dia tengok sekejap pun dah naik pening.

"Kau nak apa?" Terhenjut bahunya apabila disapa sebegitu. Dia melihat Taehyung yang sudah memusingkan kerusinya bagi menghadap dia.

"Err..saya dah siam pasak. Awak nak mafan?" Tiba-tiba gagap pula dia. Bibirnya digigit dengan geram. Apa benda siam pasak? Mafan? Kau buat lawak apa pulak malam-malam ni Jeon Seomin?

"Pftt." Taehyung tersenyum. Geli hatinya melihat Seomin yang tiba-tiba  gugup dengannya. Tangan Seomin dibawa ke dalam genggamannya. Sejuk.

"Kau okey ke tak ni?" Tanyanya dengan risau. Seomin mengangguk.

"Saya okey. Awak je yang tak okey."

Dahi Taehyung berkerut. "Kenapa aku pulak yang tak okey?"

"Awak macam nak bagitahu saya something petang tadi, tapi sampai sekarang awak diam je."

-

"Jungwook bukan anak aku."

Taehyung mengetapkan giginya. "Kau yang buat, sekarang kau nak cakap yang dia bukan anak kau?"

"Hey aku dah minta maaf pasal dulu okey. Tapi aku confirm yang Jungwook bukan anak aku. Lagipun masa dekat hotel tu Seomin memang dah mengandung so I did nothing to her that time."

"But still kau tak boleh confirm lagi." Keras sahaja suaranya.

"Aku confirm Kim Taehyung.

Sebab aku mandul."

-

"Never mind. Aku tak rasa sekarang masa yang sesuai."

Taehyung menyuap bibimbap ke dalam mulutnya. Dah lama dia tak merasa masakan Korea sejak mereka ke sini. Namun suapannya terhenti apabila melihat wajah Seomin.

"Kenapa? Tak sedap ke?" Seomin sudah naik risau. Sebab dia masak masa fikiran dia tengah serabut ke? Sebab tu ke masakan dia tak sedap? Atau Taehyung tak rasa nak makan bibimbap sekarang?

"Ani. Ksu ngmphk cgnthk." Katanya dengan nada yang perlahan. Kening Seomin berkerut. Apa benda dia cakap ni?

"Ulang balik saya tak dengar."

"Kar nagphk casgtik"

"Taehyung..saya tak fahamlah." Seomin mahu berputus asa. 

"You look beautiful tonight." Ucap Taehyung dalam nada yang jelas namun Seomin masih tidak faham.

Taehyung mengeluh. Susah betul kalau ada isteri tak faham inggeris ni.  

"Kau ada bukak tak pendrive yang aku bagi haritu?"

"Apa? Yang awak kata rakaman cctv tu ke? Tak..tak naklah." Seomin menggeleng kecil. Gila apa nak suruh orang tengok benda tak elok.

"Hesy! Taklah. Aku dah kata yang pendrive tu bukan rakaman benda alah tu. Bukaklah dulu, baru kau tahu."

"Nantilah."

"No. Malam ni. Bawak pen dengan kertas sekali. Datang bilik aku."

Seomin membuat muka malas. Kenapa hati dia kuat mengatakan bahawa malam ni akan menjadi sukar? Jangan-jangan Taehyung nak mintak tolong dia buat kerja graph banyak-banyak tu.

"Awak nak saya buat apa?"

Taehyung tersenyum penuh makna. "Adalah."


Tbc




Willing To Be Her HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang