"Masuk."
Taehyung memberi kebenaran kepada si pengetuk pintu untuk masuk ke dalam pejabatnya. Matanya masih tekun menguruskan e-mail daripada semua client miliknya.
Jawatan setiausaha yang kosong itu membuatkan kerjanya semakin bertimbun-timbun. Semuanya dia perlu uruskan sendiri.
Siulan kecil yang dibuat oleh pekerjanya itu membuatkan fokusnya terganggu. Taehyung menjeling ke arah pintu.
"Kau nak apa?" Melihatkan wajah Jimin yang kelihatan bersahaja itu membuatkan dia agak bengang. Nak ajak lepaklah tu. Melepak je rajin, kerja tak reti buat.
Lelaki itu tersengih sebelum menyerahkan sebentuk cincin kepadanya. Taehyung menyambutnya dengan kerutan di dahi. Cincin itu diamatinya betul-betul.
Ini..ini cincin miliknya. Dah lama hilang sebenarnya. Rasanya hilang bila dia bersama Euncheol hari tu.
Kejap. Maksudnya..
Wajah tenang Park Jimin dipandangnya dengan kerutan di dahi.
"Kau.."
"Aku dah tahu. It's okay. Aku pun buat benda yang sama. So kita kosong-kosong okay?" Balas lelaki itu dengan senyuman sinis. Tangannya disua seperti mahu berjabat tangan. Taehyung kaku tidak bergerak.
"Kau buat apa dengan dia?" Giginya diketap. Penumbuknya dikepal. Bila-bila masa sahaja tubuh genit lelaki di hadapannya ini bakal dikerjakan olehnya.
"Aku buat apa yang kau buat dengan Euncheol lah."
Perasaannya tidak dapat dikawal lagi. Penumbuknya dilayangkan ke wajah Jimin. Cukup kuat sehingga tubuh lelaki itu melayang dan menghentam meja.
"What you give..you get back."
Mendengar sahaja kata-kata itu sekali lagi dia menumbuk wajah rakan baiknya.
Bestfriend? Pergi mati!
Darah yang mengalir keluar daripada tepi mulutnya masih lagi tidak menghilangkan senyuman kepuasan di wajah berbibir tebal itu.
Taehyung dah sentuh Euncheol berkali-kali dan dia baru sentuh Seomin sekali. Kalau lelaki tu nak tahu, dia masih bertolak ansurlah!
"Apa? Sebelum ni takde pulak kau nak marah aku? You let me touch her before this!"
"Bullsh*t!" Tumbukan Taehyung tepat mengenai abdomennya. Walaupun sudah terjelepok jatuh, Jimin masih geli hati melihat riak wajah Taehyung. Perutnya yang senak kerana gelak dan ditumbuk, dipegangnya.
"Why? Dah sayang dia? Kau patut tengok dia merayu nama aku banyak kali. Hahahahah!"
Taehyung menendang tubuhnya berkali-kali namun lelaki genit itu masih mampu ketawa.
Kelakar bila kawan kau sendiri pukul kau bila kau berlaku adil. Kelakar sebab mereka bergaduhkan tentang perempuan! Persahabatan yang sudah berusia hampir 20 tahun itu sudah tidak membawa sebarang erti!
Dia tak melawan bukan bermaksud dia takut. Dia tak balas bukan bermaksud dia lemah. Tapi mungkin kesakitan di tubuhnya ini mampu untuk menghilangkan rasa sayangnya pada Taehyung sebagai kawan baik.
"You're fired. Fired from my life." Perkataan-perkataan itu keluar senafas. Taehyung berhenti daripada terus mengerjakan tubuh Jimin. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.
Lelaki itu sudah terkulai lemah. Namun masih terlihat jelas sebuah senyuman sinis di bibir lelaki itu. Taehyung mengetapkan rahangnya menahan geram.
Kakinya dibawa keluar dari pejabatnya itu. Kalau lagi lama dia berada di bilik itu maka lagi lamalah tubuh Jimin dikerjakan olehnya. Sebelum perkara yang lebih teruk terjadi, baik dia pergi dulu.
🏢🏢🏢
"Seo..makanlah sikit. Dah dua hari kamu tak makan."
Semangkuk bubur ayam itu dipandangnya dengan pandangan tidak berselera.
Puan Jeon mengeluh lemah. Mangkuk tadi diletakkan ke atas meja kecil bersebelahan dengan katil yang Seomin duduki. Dia hampir putus asa untuk memujuk anaknya makan.
Bermacam cara dia dah buat untuk pulihkan semangat anaknya. Tapi satu pun tidak berkesan.
"Seo nak ibu call dia ke?"
Mungkin cara ni boleh berkesan. Kalau bukan dia, seseorang itu mesti boleh lakukannya.
Seomin menarik selimut sehingga menutupi kepalanya. Dia tahu siapa yang ibunya maksudkan.
"Tak nak."
Lelaki itu dah kecewa dengannya.Tak mungkin Taehyung akan datang untuknya.
"Hello? Ni ibu-"
Matanya membulat. Dia menyelak selimut dengan kasar sebelum matanya mencerlung memandang ibunya.
Mereka bertentang mata namun cepat sahaja wanita tua itu memusingkan badannya menghadap ke tempat lain.
"Ibu!" Suaranya berbisik kuat. Namun ibunya masih tidak mempedulikannya.
Seomin mendengus kasar selepas panggilan telefon itu sudah tamat.
"Ibu! Kenapa ibu call dia?"
"Dah kamu tak nak makan, tak nak mandi, tak nak buat apa-apa. Ibu risau tau!"
Bunyi deruman kenderaan membuatkan aku dan ibu berpandangan sesama sendiri. Debaran yang terasa di dada membuatkan peluh aku merinik di dahi.
Senyuman kecil terus terukir di bibir ibu. "Sayang betul dia kat kamu. Baru je call tadi terus dah sampai."
Mata aku membuntang mendengarnya. "Seo tak nak jumpa dia! Ibu ni dah kenapa?!"
"Jumpa siapa?"
Suara seseorang membuatkan mata aku terpaku ke arahnya.
Bibir tebal itu membentuk kepada sebuah senyuman. Dia mengenyitkan matanya saat pandangan kami bertaut. Cepat-cepat aku memandang ke arah lain.
Kim Seokjin.
Kejap, macam mana ibu kenal Seokjin? Melihatkan kemesraan antara mereka berdua, nampaknya mereka sudah kenal lama.
"Ibu-"
"Dialah yang tolong ibu cari kamu. Itu kan yang kamu nak tahu?"
Aku hanya berdiam diri. Tekaan ibu sangat tepat. Wanita itu seperti boleh membaca apa yang ada di fikiran aku.
"Okey, memandangkan sinetron favorite ibu dah nak start, ibu tinggal kamu berdua dulu."
Ibu melangkah keluar dari bilik sebelum menutup daun pintu. Tinggallah aku dan lelaki itu berdua di dalam bilik.
Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Matanya redup memandang aku membuatkan aku berdebar tiba-tiba.
Seokjin mencapai kedua-dua belah tangan aku. Tangan aku terasa suam di dalam genggaman dia. Jantung aku semakin rancak berdegup menanti kata-kata yang mahu dikeluarkannya.
Dia ni dah kenapa?
"Seomin..Jungwook anak aku kan?" Soalnya dengan nada serious.
Jantung aku berhenti berdegup buat seketika.
Tbc
Sorry WTBHH ni memang slow-going.😭
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfic"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...