27

454 43 10
                                        

"Hello son." Suara mummynya kedengaran tatkala dia melekapkan telefon bimbitnya pada telinga.

"Hello mummy. How are you?" Soal Taehyung lalu menghirup kopi latte yang dipesannya sebentar tadi. Bau kopi yang harum, ditambah pula dengan keadaan kafe yang lengang itu membuatkan hatinya berasa tenang.

"I'm fine. Your son too."

Hampir tersedak dia tatkala mendengar seloroh ibunya. Son? Siapa? Budak kecik tu?

"Apa, Jungwook bukan anak kamu ke?" Ujar ibunya lagi. Taehyung mengelap bibirnya dengan sehelai tisu.

"Haha. Funny mummy." Dia buat-buat ketawa. Maybe mummy sedang membuat lawak, jadi gelak je la.

"Nevermind. Macam mana? Jungwook dah boleh ada adik ke?"

Sekali lagi Taehyung tersedak. Tapi kali ini bukan dengan kopi tapi dengan air liurnya sendiri. Rasanya baru tadi hatinya tenang, sekarang mummy pulak yang buat dia tak tentu arah?

"Maybe." Sepatah sahaja dia menjawab namun cukup untuk membuatkan Puan Kim yang berada di hujung talian berpuas hati.

"Actually, it was an accident." Tambahnya lagi.

"Kesah pulak mummy kalau sengaja ke tak. Ingat ya Tae. Kalau tak ada perkembangan antara kamu dengan Seomin, mummy tarik balik apa yang mummy bagi ok."

Taehyung mendengarnya dengan satu keluhan.

"Kalau Tae tak ikhlas pun apa gunanya? Macam dah tipu dia hidup-hidup." Keluhnya.

"Itu yang mummy tak nak dengar Tae. Its up to you. She is your wife anyway."

-

Seomin memilih jam tangan berjenama Gucci itu lalu ditiliknya dengan teliti. Selepas berpuas hati dengan pilihannya, dia membawa jam tangan itu ke kaunter pembayaran.

Nak beli untuk Taehyung mestilah kena perfect dan kena dengan taste lelaki itu.

"10000$, miss."

Tapi harga pun nak kena ikut taste dia jugak ke apa?

"Hah?!" Bulat matanya memandang wajah cashier itu. Tahulah mahal tapi kenapa mahal sangat ni?!

Cashier itu menyimpulkan satu senyuman di bibirnya. Dia menongkat dagunya sambil memandang wajah Seomin. Pandangannya sengaja diredupkan saat mata mereka bertemu.

"I'll give you discounts if you be my girlfriend." Tawarnya dengan senyuman menggoda. Muka pecah pun ada hati nak ngorat ke?

"Ah..erh.." Seomin tidak mampu berkata apa-apa. Diskaun, girlfriend? Hatinya mengagak sesuatu. Dia nak aku jadi girlfriend dia untuk dapat diskaun ke? Hell no.

"No.." Jawab Seomin. Teragak-agak.

"Come on. I will give you 50%" kata cashier itu sambil menunjuk lima jarinya. Seomin melopong. Separuh harga!

"Tapi saya dah kahwin. Sorry." Ujarnya dengan sopan namun pekerja itu tidak memahaminya. Seomin kemudiannya menunjukkan cincin di jari manisnya. Wajah pekerja itu terus berubah.

"Then, no discount. 10000$, miss." Ucapnya dengan nada mendatar.

Belum sempat Seomin membuka dompetnya, satu tangan terlebih dahulu menghulur kad kepada cashier itu. Seomin memandang kad yang berwarna hitam itu. Omg. Hanya orang yang berpendapatan berjuta-juta je yang boleh miliki kad hitam itu.

Ekor matanya memandang tuan empunya kad. Kemasnya pakaian dia. Sut formal berwarna navy blue itu kelihatan sesuai dengan kulitnya yang putih. Badannya yang tegap membuatkan lelaki itu kelihatan lebih attractive.

Mata Seomin dilarikan ke wajah lelaki itu pula. Jantungnya berhenti berdegup. Matanya membulat tidak percaya. Kenapa dalam banyak-banyak tempat, mereka terserempak di sini?

Lelaki itu tersenyum melihatnya. Jelas kelihatan lesung pipit yang menghiasi pipi kirinya. Mulut Seomin terkunci rapat. Ucapan terima kasih pun tidak mampu dia ucapkan. Dia tidak mampu berkata apa-apa.

-

"Panggil nanny, Jungwook." Ujar Puan Kim sambil meletakkan tangan kanannya pada kiri dadanya.

"Nanny ni siapa?"

Soalan kanak-kanak comel itu membuatkan senyuman Puan Kim terus memudar. Dia terasa hati. Namun bukan salah Jungwook, dia yang salah sebenarnya.

Setelah empat tahun kanak-kanak itu hidup, belum pernah sekali pun dia mahu melihat Jungwook. Ini kali pertama dia bertemu dengan cucunya itu. Jadi dia tidak mahu sia-siakan peluangnya. Kalau Taehyung boleh berbaik dengan Seomin, kenapa tidak dia berbaik dengan Jungwook?

"Nanny ni ibu kepada papa kamu." Jelas Puan Kim dengan sebuah senyuman.

"Ohh.." Kemudian kanak-kanak itu tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Puan Kim terkedu melihat sengihan itu.

Wajah yang dilihatnya sekarang betul-betul menggambarkan wajah Taehyung semasa kecil. Senyuman kotak itu betul-betul sama seperti senyuman anaknya. Puan Kim segera mendail nombor seseorang melalui telefon bimbit yang memang sudah berada di gengamannya.

"Hello doktor Kim. I nak you buat ujian DNA."

Tbc

Willing To Be Her HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang