04

493 52 7
                                    

Seomin mengusap kepala anaknya sambil tersenyum. Dia menghulurkan chopstick pada Jungwook. Kanak-kanak itu menyambut tanpa ragu-ragu.

"Makan kenyang-kenyang." Kata Seomin sebelum memberi Jungwook lauk.

Belum sempat Jungwook menyuapkan makanannya, Seomin menahan tangan anaknya.

Jungwook memandang wajah ommanya meminta penjelasan.

"Makan buah dulu sebelum makan." Pesan Seomin sambil tersenyum manis. Dia menghulurkan pisang kepada Jungwook.

Kanak-kanak itu menyambut dengan kedua-dua belah tangannya. Sementara Jungwook makan pisang, Seomin menghirup kuah yukgaejang yang dibuatnya.

Seomin menghirupnya beberapa kali. Suapan pertama, kuah itu berasa pelik. Dia menyuap lagi kuah itu. Rasa yang pelik mula membuatkan tekaknya menjadi kembang.

"Waeyo?" Tanya Jungwook apabila melihat Seomin yang seperti mahu muntah.

Seomin menggeleng perlahan. "Tak ada apa-apa. Cuma Jungwook jangan makan yukgaejang ni tau. Mama rasa sup ni dah basilah sayang."

Kanak-kanak itu mengangguk mengikut kata-kata ibunya tanpa tahu apa-apa.

-

Seomin terduduk di atas sofa selepas sahaja menghantar Jungwook ke tadika. Kepalanya tiba-tiba sahaja terasa pening. Perutnya pula selalu memulas membuatkan dia berpeluh dengan banyak.

Seomin membaringkan dirinya ke atas sofa. Dia memicit-micit pelipisnya yang mula berdenyut.

Tak lama selepas itu tiba-tiba pelipisnya diurut oleh seseorang. Jantung Seomin mula berdebar.

Sejak bila Taehyung mahu menyentuh dia pulak ni? Bukan ke lelaki itu jijik dengannya?

Seomin membuka matanya. Terus wajah seorang wanita menjamah pandangannya. Bukannya Taehyung. Bulat matanya memandang wanita itu.

Wanita yang sama yang berada dengan Taehyung malam semalam!

Seomin menepis tangan wanita itu daripada menyentuhnya. Segera dia bangun daripada pembaringannya.

"Kenapa kau tak blah lagi?" Tanya Seomin dengan kasar. Wanita itu hanya tersengih.

"Taehyung oppa tak pergi lagi." Jelas wanita itu dengan tenang.

"Kau sakit kepala ke?" Tanya wanita itu pula selepas melihat keadaan Seomin. Seomin mengalihkan pandangannya.

"Bukan urusan kau."

"Takkanlah kau mengandung pulakkan? Setahu aku Taehyung.."

"Diamlah! Aku dah kata urusan aku bukan urusan kau!" Jerit Seomin dengan nada tertahan.

"Sampai bila kita nak macam ni?"

"Sampai mati." Balas Seomin dengan kasar. Wanita itu menunduk. Kemudiannya dia berlalu pergi.

-

"Euncheol." Suara dalam Taehyung menyapanya yang berada di luar rumah. Langkah wanita itu terhenti.

"Dia ada kata apa-apa ke kat kau?" Tanya lelaki itu dengan kerutan di mukanya.

Euncheol tersenyum. "Nothing tapi.." Dia mengeluarkan sesuatu dari handbag miliknya. Kemudian paket kecil itu diberikan kepada Taehyung.

"Apa ni?" Mahu tak mahu, lelaki itu menyambut pemberiannya.

"Bagi dekat Seomin. Dia sakit kepala." Pesan wanita itu sebelum meninggalkan rumah itu.

Taehyung memandang paket ubat yang diberikan oleh Euncheol.

"Tch."

Dia membuang paket itu ke tanah tanpa rasa bersalah.

-

Seomin mencari sesuatu di dalam kabinet. Langsung tak ada!

Di dalam laci pun tak ada.

"Mana semua ubat aku pergi?"

Seomin menarik rambutnya bagi menghilangkan sedikit rasa pening. Semua ubat yang digunakannya bagi survive di dalam rumah ini semuanya telah hilang. Ubat yang digunakannya setiap kali Taehyung mencederakan dirinya.

Perutnya yang memulas membuatkan dia kerap ke tandas jadi badannya betul-betul terasa lemah.

Seomin melangkah ke ruang tamu. Dia terbaring ke atas sofa semula. Ke atas sofa yang sedang diduduki oleh Taehyung.

Terkejut lelaki itu apabila Seomin tiba-tiba sahaja berbaring ke atasnya. Telefon bimbitnya yang berada di tangan hampir sahaja terlepas daripada genggamannya.

"Haish jinjja!" Keluhnya dengan kasar. Namun Seomin tidak menunjukkan bahawa wanita itu hendak bangun.

"Argh!!" Erang Taehyung dengan kuat. Dia terus berdiri membuatkan Seomin jatuh tergolek dari sofa. Terkejut wanita itu dibuatnya.

"Kau fikir aku kusyen kau? Lain kali nak baring tu tengoklah dulu! Dahlah tak buat kerja! Tau nak membuta je!" Hambur Taehyung.

Air mata Seomin mula bergenang. Sudahlah dia sakit perut dan pening kepala. Macam ni pulak layanan Taehyung terhadapnya.

Kenapalah dalam banyak-banyak hari, Taehyung tak pergi kerja hari ni?

"Taehyung! Apa yang kau buat ni?!" Tiba-tiba seseorang menerpa ke arah Seomin. Jelingan maut diberikan kepada Taehyung.

-Tbc-
621 words.


Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now