49

179 22 3
                                        

[Warning: Some words may triggered some readers]

"Awak jangan nak berani! Min Yoongi!"

Aku menjerit tatkala tubuhku ditolak-tolak olehnya. Aku takut. Sangat takut. Kandungan yang baru beberapa minggu ini masih lemah. Aku sayangkan kandungan aku. Ini anak Taehyung.

"Ark!" Tubuh aku hilang imbangan apabila tangannya menolak bahu aku sekuat hatinya. Aku terus memejamkan mata namun membukanya kembali apabila terasa punggung aku menyentuh material yang lembut.

Aku mengeluh lega. Punggung aku elok berada di atas katil dan bukannya di lantai. Riak wajah tak bersalahnya aku renung dengan geram.

"Sanggup awak nak buat saya macam ni? Kalau bayi ni mati, saya bunuh diri Min Yoongi!" Ugutku.

"I don't care." Tiga patah perkataan itu keluar dari pergerakan bibirnya dengan lancar. Aku tercengang di tempat dudukku.

Aku yakin. Dia gila.

"Aku cuma nak tengok Taehyung merana sayang. First,I got you. I got his son. Then, I got his company."

Aku merenung lama anak matanya. Kedua-dua mata coklat itu menyimpan 1001 dendam di dalamnya. Lama aku merenungnya sehingga aku tidak sedar akan air mata yang mula mengalir.

Aku tak faham dengan tujuan lelaki ini? Untuk apa semua tu? Apa yang dia dapat kalau hancurkan hidup Kim Taehyung?

"Finally, I can see his life destroyed to the bottom." Lelaki itu bersuara lagi.

"Awak dah gila ke Yoongi? Apa yang awak nak hah sebenarnya?!" Suara aku yang mula meninggi membuatkan lelaki itu berkerut. Tidak lama selepas itu dia tersenyum sinis.

-

Yoongi melihat Seomin dari jauh. Lama dia berdiri di luar kelas Seomin.

Surat di tangannya digenggamnya erat sebelum dia berlari ke arah Seomin.

"Oh! Yoongi. Eh-?" Sepucuk surat dihulurkan di hadapan wajahnya. Dia menyambut huluran itu tanpa bersuara. Kertas di tangannya dibelek.

Namun belum sempat dia membaca isi surat itu, satu tangan terlebih dahulu merampas kertas itu.

Taehyung membaca isi surat itu dengan kerutan di dahinya. Terkumat-kamit bibirnya membaca surat daripada Yoongi itu.

"Eh apa ni Tae? Itu aku punyalah!" Seomin cuba merampasnya kembali, namun Taehyung lebih pantas. Kertas itu dironyokkan sebelum dibuangnya ke dalam tong sampah. Tergamam Seomin dibuatnya.

"Min Yoongi. Kau jangan sampai aku bagitahu semua orang apa yang mak kau buat."

Bahu Yoongi ditunjalnya dengan jari telunjuk miliknya. Wajahnya jelas yang dia bengang dengan lelaki itu.

"Apa yang kau cakap ni? Apa kena mengena mak aku dengan kau?" Balas Yoongi, tidak mahu mengalah.

"Kau ingat aku tak tahu ke yang mak kau menggatal dengan daddy aku sebab duit?!" Matanya menjengil tajam ke arah Yoongi di sebalik kaca matanya.

Yoongi mengetap rahangnya sebelum dia menumbuk wajah angkuh Taehyung.

-

"SIAPA YANG BUAT TAE NI?!" Suara mummy nya naik seoktaf. Terhenjut bahunya kerana terkejut. Taehyung tersengih, dia memandang daddy nya yang duduk tidak jauh dari tempat dia berdiri. Matanya memberi isyarat pada lelaki itu.

"Biasalah tu lelaki. You apa tau. Benda macam ni la yang buat kitaorang kuat." Seperti faham dengan kehendak anaknya, dia memberi alasan pada isterinya.

"Ihh..kuat apa kalau lebam satu muka? Dah dah. Duduk sini. Mummy nak ambik ubat."

Selepas sahaja kelibat mummy nya hilang, Taehyung membuka mulutnya.

"Daddy." Panggil Taehyung. Matanya bertaut dengan pandangan lelaki itu. Kedutan yang ada di wajah lelaki itu masih tidak cukup untuk menghilangkan kekacakan wajahnya.

"Hmm." Kim Ryu Jin membalas dengan senyumannya. Namun senyuman itu sikit pun tidak menjejaskan riak wajah serius anaknya.

"Daddy ingat Tae tak tahu?"

Wajah Kim Ryu Jin terus berubah. Taehyung menggenggam penumbuknya. Dia cuba mencari keberanian. Jauh di dalam hatinya, dia berasa gentar dengan daddy nya. Lelaki panas baran itu cukup pantang kalau ada sesiapa yang berani buat sesuatu yang dia tidak gemar.

Skandal ayahnya dengan Min Su Yeon. Hubungan sulit antara mereka berdua hanya dia sahaja yang tahu.

"Jadi kamu nak apa?" Ryu Jin kekal tenang. Majalah di tangannya diselak ke mukasurat yang seterusnya.

"Min Yoongi."

Pandangan Ryu Jin teralih pada wajah anak lelakinya semula. Sebelah keningnya terangkat, menunggu jawapan daripada mulut Taehyung.

"Dia yang tumbuk Tae. I hope you will do something that i expected a dad will do."

-

"Ibu! Apa ibu buat ni?" Yoongi berlari mendapatkan ibunya yang sudah berlumuran darah. Pisau di tangan ibunya dibuangnya jauh dari mereka.

Yoongi cuba menekap pergelangan tangan ibunya dengan tangan kosong. Rasa hangat darah mengalir itu membuatkan tangannya menggeletar.

"Ryu Jin tinggalkan aku sebab kau!! Kenapa kau kacau anak dia hah?!" Teriak ibunya dengan mata yang merah. Dia cuba memukul bahu anaknya namun luka di pergelangan tangannya terus membantutkan niatnya.

Yoongi mengetap bibirnya. Apa semua ni?

"Sekarang siapa nak tanggung hutang bapak kau? Hah! Jawab!" Air mata ibunya membuatkan fikiran lelaki itu lebih bercelaru.

Jadi betullah apa yang Taehyung cakapkan. Ibunya memang mahukan duit Ryu Jin.

"Arghhhh!!"

Jeritan ibunya membuatkan lelaki itu kembali tersedar. Pisau di tangan wanita itu direnungnya tajam. Sejak bila wanita itu menggapai pisau tadi?

"Ibu.."

Yoongi berdiri untuk mendekati ibunya. Namun wanita itu semakin menjauh.

"Ibu.. Tolong.."

Dia menapak mendekati ibunya. Jantungnya berdegup kencang. Apa-apa sahaja boleh berlaku sekarang. Dia takut.

"IBU!!"

Jantungnya terhenti apabila melihat ibunya menoreh semula di luka yang sama sebelum tubuh wanita itu jatuh menghentam lantai.

Tbc

Willing To Be Her HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang