"What the hell! Omma kau yang paksa?" Jimin ketawa. Dia tidak percaya akan cerita Taehyung.
"Tapi aku tak sangka taste kau macam tu eh."
Taehyung memandang tepat ke dalam anak mata milik Jimin. Jimin mengangkat keningnya.
"Apa? Aku cakap betullah. Bukan taste kau yang macam girlfriend kau ke? Yang anak Jeon tergila-gilakan sangat tu?"
Taehyung mengeluh. "Kau sedar tak, orang yang kau interview tadi tu siapa?"
Jimin meraup rambutnya ke belakang. Dia menggigit bibirnya tanda dia sedang berfikir.
"Yang aku dengar tadi nama dia Jeon Seomin. Yang lain aku tak dengar."
Taehyung mengerutkan dahinya. "Macam mana kau interview dia tadi?"
Jimin hanya tersengih. "Sorry lah aku main game masa tu." Taehyung menggelengkan kepalanya. Tak guna betul. Patutlah pekerja dalam pejabat ni semuanya tak berkualiti. Menyesal dia bagi Si Malaun ni jadi interviewer.
"Dialah yang kau tergila-gilakan jugak dulu." Taehyung hanya bersahaja. Bukan dia tak tahu, semua rakannya minat pada Seomin dahulu. Tapi dalam 6 orang antara mereka, dia paling tak suka Jungkook.
"Wtfuuuuuu!! Serious lahh?! Macam mana boleh jadi macam tu? Kau jaga dia macam mana sia?!" Bulat mata Jimin dibuatnya.
Taehyung hanya mendiamkan dirinya. Jimin hanya tersengih.
"Kau still suka dia lagi ke? Kalau tak, boleh aku masuk simpang?"
Taehyung hanya memandang Jimin yang tersenyum lebar itu. Langsung tiada suara yang keluar dari anak tekaknya.
Diam tandanya setuju. Jimin tersenyum riang.
-
Air mata Seomin berjuraian selepas bibirnya lumat dikerjakan oleh Jimin. Habis menggigil satu badannya kerana ketakutan. Dirinya yang sekarang bukan dirinya yang dahulu. Dah lama dia tinggalkan dunia liarnya. Jadi dia langsung tidak biasa dengan sentuhan mana-mana lelaki sekarang.
Perhatian lelaki itu diganggu oleh deringan telefonnya. Dia mencarut kecil sebelum menjawab panggilan telefonnya.
Sebelah tangan memegang telefon bimbit manakala sebelah lagi masih memegang Seomin yang tersedu-sedan.
"Kau nak apa?" Dingin sahaja suara Jimin menjawab panggilan telefon itu.
Taehyung mengetap bibirnya tatkala dia terdengar esakan seseorang di hujung talian. Pasti Jimin dah buat sesuatu.
"Bawak dia balik sekarang." Arah Taehyung. Jimin ketawa di hujung talian.
"What if I won't?"
"Kau rundinglah dengan mummy aku." Ugut Taehyung. Kedengaran decitan Jimin di sebelah sana.
"Kau ni. Tak seronoklah. Kan sayan-"
Tuttt...
Taehyung menamatkan panggilan. Entah kenapa dia tak sanggup untuk mendengar lagi. Telefonnya digenggam kuat di tangannya.
Angin luar yang menyapa wajahnya tidak cukup untuk menyejukkan hatinya yang sedang membara. Dia sendiri tidak pasti mengapa.
Marahkah dia pada mereka? Tapi kenapa pula?
Taehyung melepaskan keluhannya. Dia memeluk tubuhnya sementara menunggu Jimin tiba.
Beberapa minit dia menunggu di luar dengan anginnya yang sejuk, sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumahnya.
Taehyung memerhatikan gerak geri mereka dari balkoni biliknya.
Seomin mengesat air matanya. Dia membuka pintu dengan segera apabila kenderaan itu akhirnya berhenti di hadapan rumahnya.
Wajah Jimin langsung tidak dipandangnya. Dia cukup benci untuk memandang wajah yang putih bersih itu. Harap je muka macam angel tapi perangai macam setan!
Seomin menghempas pintu kereta itu dengan kuat. Jimin yang bengang dengan perbuatannya diabaikan oleh Seomin sepenuhnya. Air mata yang berjuraian dikesatnya dengan lengan baju. Langkahnya diaju ke rumah namun terhenti di separuh jalan.
Seomin mendongakkan kepalanya. Matanya tajam menjeling Taehyung yang berada di balkoni biliknya. Namun wajah lelaki itu kekal tenang walaupun matanya dapat menangkap air mata yang tinggal di wajah Seomin dengan bantuan cahaya lampu hiasan di halaman rumahnya.
Seomin tersenyum pahit. Dia tidak percaya. Tidakkah lelaki itu tahu yang dia terseksa? Oh ya. Dia lupa. Taehyung yang sekarang bukanlah lelaki budiman yang dia kenal. Taehyung yang dia sedang berdepan sekarang ialah seorang lelaki yang panas baran, dingin dan yang paling utama, tidak cintakannya sama seperti dahulu.
Seomin akhirnya mematahkan pandangan mereka berdua. Dia tidak sanggup hanyut dalam tatapan mata itu lagi. Reality is reality. Dia perlu sedar semua itu.
Semasa membuka kasutnya, Seomin juga mengambil kasut Taehyung yang berada di luar rumah. Tidak boleh biarkan mana-mana kasut di luar. Takut dicuri orang. Lagi pula kasut mahal milik suaminya. Lagilah pencuri suka.
Tiba-tiba matanya menangkap lampu berkelip-kelip berwarna merah di balik hiasan daun di siling. Dahi Seomin berkerut.
"Cctv? Sejak bila pula ada ni?"
Namun Seomin tidak mahu membuang masa untuk fikirkan tentangnya. Biasalah tu orang letak cctv dekat rumah. Lagi-lagi bila tuan rumahnya kaya.
"Aku bagi kau 20 minit. Kita pergi rumah omma lepas ni."
Hampir terhenti degupan jantungnya tatkala suara Taehyung muncul sebaik sahaja daun pintu dibuka. Tidak menyempat kakinya melangkah ke dalam rumah, figura lelaki itu sudah muncul terlebih dahulu.
Seomin menarik muka. "Tak nak." Jawabnya dingin. Dia tahu dia mencari pasal dengan Taehyung tapi emosinya betul-betul terganggu sekarang. Saat yang sepatutnya menjadi pertemuannya dengan Jungwook menjadi sesuatu yang dia tidak gemar.
Langkah Seomin terhenti apabila lengannya ditarik. Wanita itu menoleh. Lengannya cuba direntap namun genggaman lelaki itu semakin erat.
"Apa ni? Sakitlah. Saya kata saya tak nak pergi. Tolonglah faham saya. Nanti apa pulak kata mummy bila tengok muka saya?"
Sebaik sahaja kata-katanya diluahkan, dagu Seomin disentuh oleh Taehyung. Lelaki itu mendongakkan wajah Seomin sehingga matanya jelas memerhatikan seluruh wajahnya. Pipi Seomin berbahang ketika ditatap sebegitu rupa oleh Taehyung.
Taehyung berdecit tatkala melihat bibir wanita itu yang sudah bengkak. Tak guna Park Jimin. Gelojoh betul.
"Kau cakap jelah aku yang buat."
Seomin ternganga. Senangnya cakap!
"Saya tak nak tipu omma."
Tanpa menunggu sesaat pun, Taehyung meraut bibir Seomin yang sudah sedia bengkak itu.
Hampir dirasakan degupan jantungnya terhenti. Seomin betul-betul terkejut. Matanya dikelipkan beberapa kali. Betul ke di hadapannya ini Kim Taehyung?
"Don't enjoy it too much. Aku buat ni sama je macam aku buat dengan perempuan lain."
-Tbc-

ANDA SEDANG MEMBACA
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...