"Jungwook sayang..senyumlah sikit."
Cikgu yang baru mencecah 20-an itu menurunkan kamera yang dipegangnya. Cermin matanya yang melurut ditolak ke tempatnya semula. Cikgu muda itu mengeluh perlahan namun Saemi yang duduk berdekatan masih mendengarnya.
Si kecil itu mula menjulingkan matanya sambil menjelirkan lidahnya ke arah Jungwook.
Terbit kerutan di wajah Jungwook sebelum ketawanya pecah.
Klik!
"Perfect." Timbul kelegaan di hati guru muda itu. Gambar Jungwook yang kelihatan gembira memegang skrol dan sejambak bunga itu dilihatnya dengan senyuman.
"Thanks dear." Pipi Saemi dikucupnya sekilas. Kalau bukan disebabkan Saemi, pasti tempoh penggambaran hari ini menjadi panjang.
"Sunny. Mama Jungwook datang."
"Huh? Kenapa? Bukan lagi sejam ke waktu balik?" Kamera di tangannya diletakkan ke atas meja berdekatan. Kakinya melangkah ke pintu masuk tadika itu.
Seomin menghadiahkan senyuman kepada dua orang guru tadika itu. Matanya melilau mencari figura Jungwook di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya.
"Saya nak minta kebenaran cikgu untuk bawa Jungwook pulang awal. Boleh ke?" Pintanya dengan berhati-hati. Dia menggigit bibirnya yang dicalit dengan sedikit gincu. Gincu yang ibunya paksa dia untuk pakai. Katanya untuk tutup wajah pucatnya.
"Tapi Puan kena ada hal kecemasan je untuk dibenarkan bawa Jungwook pulang awal."
Ari-arinya masih terasa ngilu. Seomin memegang tempat di mana rahimnya berada. Jelas kelihatan manik-manik peluh di sekitar dahinya yang mengerut kerana menahan sakit.
"Eh puan! Puan okay ke?" Salah seorang daripada mereka menghulurkan tangannya untuk membantu. Namun Seomin menolak. Tangannya diangkat ke udara tanda dia baik-baik saja.
"Saya rasa tak sihat sikit. Izinkan saya bawa Jungwook pulang awal."
-
"Mummy kecewa dengan kamu."
Taehyung hanya membatu di tempat dia berdiri. Wajah mummy'nya tidak berani untuk dia pandang.
Seomin dah lari. Dan dia sendiri tak tahu apa yang perlu dia buat. Separuh dirinya mahu mencari wanita itu. Separuh lagi dikuasai egonya yang tinggi. Perempuan tu dah gugurkan anak dia. Dua orang anaknya!
"Dia, bb-bunuh. Anak Tae, mummy." Bibirnya menggeletar menahan tangis. Tangannya cuma mengenggam penumbuk. Dia cuba mencari kekuatan.
"Mummy tahu yang dia gugur Tae! Tapi ibu mana yang sanggup bunuh anak dia sendiri, Kim Taehyung! Kalau tidak mummy tak rasa Jungwook hidup lagi.." Hujung ayatnya menjadi kendur.
Puan Kim merebahkan punggungnya ke atas sofa berdekatan. Kedua belah pelipisnya dipicit. Menantunya dah lari. Cucunya pun sudah tiada.
Mummy sayangkan Seomin macam anak mummy sendiri. Mummy faham keadaan dia. Her story was no different from mine.
"Kim Ryu Jin bukan ayah kamu. The guy that I'm married with, its not your biological dad." Sebut Puan Kim dengan perlahan. Namun masih dapat didengari oleh anaknya.
Mata Taehyung membuntang. Wajahnya terangkat. Riak terkejut sangat jelas di wajahnya. Puan Kim menyambung lagi.
"Kamu tahu kenapa mummy cintakan dia sangat?
Sebab dia terima mummy dan kamu seadanya. Bukan semua wanita kuat macam isteri kamu Tae. Go find her."
-
"Nah. Sup ikan merah elok untuk orang berpantang macam kamu."
Puan Jeon berjalan menuju ke sofa yang diduduki anak dan cucunya.
Aku menyambut huluran ibu. Mangkuk yang berisi sup panas itu aku pegang dengan berhati-hati. Takut juga kalau terkena pada Jungwook yang sedang berbaring beribakan paha aku. Tangannya sibuk membelek mainan yang dihadiahkan oleh rakannya. Sami ke apa tah nama dia.
"Ibu ni susah-susah je." Sup yang masih berasap itu aku tiup sebelum menyisipnya. Rasa segar ikan merah terasa di hujung lidahnya. Sedap!
"Tak susah langsung. Lagipun bukan ibu yang buatkan."
Kepala aku terangkat daripada terus merenung sup di tangan aku. Wajah ibu aku pandang dengan kerutan. Wanita itu hanya tersenyum membalas renungan aku.
"Habis tu siapa yang buat?" Mangkuk di tangan aku diletakkan ke meja yang memisahkan sofa aku dan sofa yang ibu duduk. Tak nak aku makan kalau bukan ibu yang masakkan. Entah siapa punya air tangan tah.
"Tak sedap ke masakan saya?"
Suara seseorang membuatkan aku berpaling ke belakang. Mata aku membundar melihat wajahnya. Jantung aku berdegup dengan kencang. Darah aku mengalir laju ke seluruh tubuh membuatkan wajah dan tubuh aku memanas.
Lelaki itu membuka ikatan apron di tubuhnya. Badannya yang semakin tegap dilindungi dengan sehelai t-shirt maroon dan seluar panjang hitam. Sangat santai tetapi masih membuatkannya kelihatan segak. Senyuman di bibirnya mampu membuatkan aku terpukau untuk terus melihatnya.
"Eh? Daddy Saemi?" Suara Jungwook membuatkan aku kembali ke alam nyata.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...