Seomin menyentuh bibirnya. Debaran di dadanya masih tidak hilang. Bayangan bibir Taehyung mencium bibirnya membuatkan dia tidak keruan sedari tadi. Namun perasaan terujanya hilang apabila teringat akan pesanan lelaki itu selepas sahaja mencium bibirnya.
"Don't enjoy it too much. Aku buat ni sama macam aku buat dekat perempuan lain."
Kata-kata terakhir lelaki itu kembali menerjah fikirannya. Senyuman Seomin terus mati. Perkara itu telah mengembalikannya ke alam realiti. Seronok kerana dicium oleh Taehyung? Semua itu dia boleh buat dalam mimpi sahaja.
Seomin terus mencemikkan mukanya apabila memikirkan kata-kata lelaki itu buat kali kedua.
Jangan enjoy konon. Tah tah dia yang enjoy dapat cium aku.
Sabun yang berbau buah-buahan ditekan ke telapak tangannya dengan agak kuat. Seomin menyapu sabun itu ke seluruh tubuhnya yang berada di bawah pancuran. Hasil perbuatan Seomin menyebabkan buih-buih mula terhasil.
Bau buah-buahan mula memenuhi ruang bilik air itu. Sedikit sebanyak bau yang harum itu dapat menenangkan fikirannya daripada memikirkan tentang ciuman tadi.
Taehyung menilik jam tangan miliknya. Hampir setengah jam dia membiarkan wanita itu berlalu ke biliknya. Angin malam yang meniup rambutnya yang sudah disikat rapi menyebabkan mulutnya mengeluh kecil. Tangannya dilarikan ke rambutnya lalu rambutnya yang disikat ke belakang diubah dengan jari jemarinya sehingga menutup dahinya.
Badannya direhatkan pada penghadang di balkoni. Di sinilah tempat kegemarannya untuk menenangkan fikiran setiap kali masalah datang menimpanya. Mulanya memanglah dia datang setiap kali dilanda masalah tetapi sekarang dia hanya datang untuk suka-suka. Saat hati mahukan ketenangan, di sinilah dia akan habiskan masa.
Tangan yang memegang rambutnya diturunkan sehingga menyentuh bibirnya. Bayangan dia mencium Seomin menerjah kotak fikirannya. Entah kenapa perasaan menjadi lain. Nampaknya ciuman itu tidak sama dengan ciuman yang selalu dibuatnya.
Ciuman sebelum ini tidak memberi kesan kepadanya. Pada fikiran, emosi, fizikal mahupun mentalnya. Entah kenapa ciuman ini muncul di fikirannya walaupun perkara itu telah berlalu beberapa minit yang lalu.
Selalunya tak begini.
Taehyung tersenyum tawar. Nampaknya dia kena kawal dirinya. Tiada apa yang istimewa pada wanita itu untuk dia risaukan.
Cantik?
Cantik lagi perempuan lain yang dia pernah bersama.
Kaya?
Perempuan itu hidup pun sebab duit miliknya. Rumah. Makanan. Baju yang perempuan tu pakai pun menggunakan harta miliknya.
Personaliti menarik?
Siapa yang suka orang membersihkan rumah mereka setiap hari? Macam suka pada bibik sendiri.
Bentuk badan?
Banyak lagi perempuan lain yang ada bentuk badan yang lebih menarik. Lagipun badan itu tidaklah seperti model. Hanya biasa-biasa.
Taehyung menghirup udara sedalam-dalamnya. Matanya terpejam saat bau harum mula memenuhi rongga hidungnya. Bau harum yang tiba-tiba muncul itu betul-betul membuatkan dia tertarik untuk menghidunya.
Saat matanya dibuka, wajah Seomin muncul di hadapannya. Taehyung memandang wanita itu dengan wajah yang sedikit hampa. Pasti sahaja bau itu datangnya daripada perempuan ini.
Seomin tertunduk malu. Melihat wajah hampa Taehyung membuatkan dia sedikit terasa hati. Tidak cantik ke baju yang dipakainya? Atau dia yang buatkan baju itu tidak nampak menarik. Perlahan-lahan keyakinan dirinya berkurangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/140234472-288-k976162.jpg)
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...