02

578 51 10
                                        

Seomin membuka matanya. Dia menilik jarum jam yang sedang menunjukkan pukul 3 pagi.

Dia bangun daripada pembaringannya. Apa yang suaminya sedang lakukan membuatkan tidurnya tidak lena malam ini.

Seomin membetulkan rambutnya dengan mengikatnya menjadi sanggul. Rambutnya yang berwarna keperang-perangan menjadi salah satu daya tarikannya dahulu. Tapi itu semua sudah berlalu. Kini dia tidak lagi seberani dan seliar dahulu. Sejak Taehyung menjadi suaminya dan bukan lagi teman lelakinya.

Dia berkahwin dengan teman lelakinya. Dan perkara itu tidaklah seseronok bercinta selepas berkahwin macam pasangan lain. Dia dan Taehyung pernah bercinta dan kemudiannya berkahwin.

Wajah Jungwook yang sedang tidur membuatkan hatinya menjadi tenang.  Seomin memgucup wajah itu sebelum menarik selimut menutupi separuh lagi tubuh anaknya, meninggalkan hanya kepala sahaja yang terdedah.

Anak miliknya bukan anak Taehyung.

Seomin membuka pintu dengan perlahan. Dia tidak mahu anaknya terjaga. Kemudian dia melangkah menuruni anak tangga untuk ke dapur.

Langkahnya terhenti apabila melihat Taehyung yang juga berada di situ. Dengan langkah yang berat dia mendekati dan berjalan di hadapan lelaki itu. Taehyung yang sedang minum air di dalam gelap itu memerhatikan gerak tubuh Seomin.

"Tak tidur lagi?" Sapa lelaki itu. Dia menyandarkan dirinya pada kabinet dapur. Matanya dari tadi setia memerhatikan wanita itu. Seomin tidak mengendahkan sapaan itu. Dia hanya mahu minum air dan terus naik ke bilik.

Gelas kosong itu diisinya dengan air putih yang sejuk. Seomin meneguk minuman itu sambil menjeling Taehyung.

Taehyung mendecit. "Rude." Katanya dengan muka yang menyampah.

Seomin hanya memekakkan telinganya.

Adat di Korea, kalau nak minum air tak boleh minum sambil bertentang mata dengan orang yang lebih tua.

Taehyung meletakkan gelas yang berada di tangannya ke dalam sinki. "Basuhkanlah ya. Kau kan isteri mithali." Sindirnya kemudian melangkah pergi.

Seomin menghentakkan gelasnya ke meja tanda protes. Namun entah mana silapnya, Taehyung yang sudah menjauh masih mendengar hentakkan yang dibuat olehnya.

Seomin meneguk liurnya apabila lelaki itu berpatah balik ke dapur. Dari jauh dia dapat menangkap sepasang mata yang tajam memerhatikannya.

Taehyung melangkah ke arahnya tanpa ragu-ragu. Seomin meneguk liur sekali lagi. Kecut perutnya melihat wajah bengis itu.

Seomin menutup matanya apabila Taehyung mengangkat sebelah tangannya.

Beberapa saat selepas itu, kedengaran bunyi kaca yang pecah. Seomin membuka matanya.

"Omo-"

Bulat matanya memandang gelas yang sudah hancur yang kini berada di atas lantai. Seomin mengangkat kepalanya untuk memandang Taehyung.

Lelaki itu menarik senyuman kecil.  Hampir terhenti degupan jantungnya melihat senyuman lelaki itu.

"Mm-mianhae.. "Ucapnya laju apabila mata mereka bertentangan.

"Kalau tak nak ikut cakap aku tak payah nak tunjuk protes." Marah Taehyung lalu menolak tubuh Seomin sehingga wanita itu hilang imbangan.

"Auch!"

Seomin melihat tapak tangan kanannya yang berdarah. Matanya kemudian melihat kaca yang bertaburan di atas lantai. Di tapak tangannya juga ada terselit beberapa keping kaca yang halus, yang membelah kulitnya sehingga menjadi luka.

Wajah Taehyung dipandangnya. Tiada langsung riak rasa bersalah di wajah lelaki itu. Seomin mengetap bibirnya menahan rasa. Air matanya mula bergenang.

"Sampai bila awak nak berkasar dengan saya Taehyung? Tak cukup ke 4 tahun untuk awak sejukkan hati?"

Taehyung mengeluh kasar. "Sejukkan hati?"

Lelaki itu merendahkan badannya sehingga ketinggian mereka setara.

"Hati aku tak panas Jeon Seomin. Hati aku cuma terluka dengan perbuatan kau." Tambahnya lagi sambil memandang tapak tangan Seomin yang masih berdarah.

"Tu. Sakitkan? Luka aku tak pernah dirawat dan masih berdarah sampai sekarang. Kau mengharapkan aku rawat hati aku sendiri? 4 tahun tak akan pernah cukup."

Taehyung bangun selepas menghabiskan kata-katanya. Kemudian dia terus meninggalkan ruang dapur itu.

Seomin menarik nafasnya dalam-dalam. Air matanya dikesat dengan hujung lengan baju.

-Tbc-

Willing To Be Her HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang