36

398 38 27
                                    

Matanya merenung aku dengan dalam. Aku berpaling ke arah lain. Tak sanggup untuk melihat si dia yang pernah menawan hati aku dahulu.

Balkoni yang luas itu terasa sempit apabila aku ditinggalkan berdua dengannya. Angin yang menerpa kami tidak cukup untuk mendinginkan aku.

"Seomin.."

Suaranya yang aku lama rindui menyebut nama aku. Tubir mata aku tiba-tiba memanas. Kenapa ni? Kenapa dengan aku?

'Jangan jadi lemah Seomin!'

"I..dah kahwin."

Kata-katanya membuatkan hati aku terus menjadi panas. Kalau dah kahwin pun kenapa? Nak kata kau dah bahagia?

"Seomin..I tak tahu nak mula macam mana-"

"Kau tinggalkan aku lepas tahu aku mengandung. Kenapa Jungkook? Kenapa..?"

Jungkook hanya menunduk. Ekor mata aku dapat menangkap dia menggigit bibirnya sendiri.

"Jujur dan I berani bersumpah yang Jungwook bukan anak I."

Aku mendengus kasar mendengar kata-katanya. Kau rasa kenapa aku namakan anak aku Jungwook? Sebab aku yakin dia anak kaulah bodoh.

"Sudahlah. Tak ada kau pun aku masih boleh hidup." Seomin cuba menapak ke pintu gelongsor yang memisahkan balkoni dengan ruang tamu. Dia mahu lari. Jauh dari Jungkook.

Namun langkahnya terhenti apabila figura seseorang berada di sebalik kaca itu, merenung wajahnya dengan penuh pengharapan.

"Yunha.." Namanya automatik terkeluar bersama nafas aku. Namun nafas aku tersekat apabila dia mengunci pintu gelongsor itu. Aku cuba membukanya kembali namun tidak berhasil.

"Bukak pintu ni! Yunha!" Tangan aku mengetuk pintu itu berkali-kali. Namun wanita yang sarat mengandung itu terus berpaling dan meninggalkan tempat itu.

"Please Seomin. Dia nak you dengar cakap I."

Lelaki itu terus bersuara selepas melihat keadaan aku yang masih berusaha membuka pintu itu.

"Tak nak! Siapa pun ayah dia, aku dah tak kisah!"

"I mandul."

Tangan aku berhenti menggoncang pintu. Wajahnya aku pandang dengan jelik.

"Jadi isteri kau mengandung anak siapa?" Ujar aku dengan nada mengejek.

"Dengan bantuan doktor, ya I boleh mengandungkan dia."

Telinga aku berdesing untuk menerima apa-apa perkataan yang keluar dari mulutnya. Aku menapak ke arah grill yang menjadi penghadang balkoni itu.

Perlahan-lahan aku duduk dan memeluk lutut di hujung balkoni. Aku nak jauh dari dia. Tapi si jebon itu masih mengekori aku.

"Kenapa kau lari? Kenapa kau tak bagitahu semuanya dulu? Kalau bukan disebabkan kau..Taehyung takkan seksa aku."

Apa? Memang aku nak salahkan dia seratus peratus. Setiap kali Taehyung sakitkan aku..nama Jungkook yang menjadi puncanya. Perbuatan Jungkook yang buat lelaki tu lebih berang. Lebih kuat pukulannya pada aku bila kisah lama diungkit.

Kalaupun Jungwook bukan anak kau. Aku masih mahu kau tanggung semuanya. Aku dah letih nak tanggung sorang-sorang.

Tangisan aku pecah. Tangan aku dibawa ke wajah bagi menyembunyikan air mata aku. Aku tak nak dia tengok aku. Ibu bawak lelaki ni jauh dari Seomin..

"I'm sorry." Bisiknya sebelum dia merebahkan kedua-dua lututnya di hadapan aku.

Tangannya melingkari tubuh aku. Aku cuba menolak dadanya namun rangkulannya semakin dieratkan.

Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now