Aku terjaga apabila terasa katil aku berombak. Kelopak mata yang dihiasi dengan air mata yang kering terasa sukar untuk dibuka.
Aku hanya mengendahkannya. Mungkin Jungwook, tebak hati aku tanpa mengintai sedikit pun. Selalunya tubuh kecilnya sahaja yang buat begitu. Jarang-jarang ibunya mahu tidur sekatil dengannya.
Namun, jantung aku terus berdetak laju apabila bauan maskulin yang menghurung hidung aku dan bukannya bauan bayi Jungwook.
Aku menoleh dengan mata yang membundar. Terkejut dengan figura yang aku sedang lihat, lelaki itu terus menyuruh aku untuk diam sebelum aku sempat untuk berbuat apa-apa.
"Seomin." Panggilnya dengan senyuman manis. Aku masih kekal diam di tempat aku. Wajah putih melepaknya, aku pandang tanpa minat.
Min Yoongi.
Tak perlu tanya kenapa dia berada di sini, aku sudah tahu. Tak lain, tak bukan pasti kerja ibu.
"Dia lagi kaya. Cukup nak sara korang anak beranak. Eloklah kalau bapak Jungwook sendiri yang jaga, bukannya lelaki kaki pukul tu. Ibu takut lambat-laun bukan kamu je yang dia pukul."
Aku tak mahu membenci ibu. Aku tak nak ibu kecil hati lagi dengan aku. Memandangkan aku dan ibu sudah berbaik semula setelah 4 tahun berenggang, aku tak mahu perkara yang sama berlaku lagi. Cukuplah sekali. Ibu bukannya sihat sangat, Papa pun dah lama tak ada. Siapa lagi ibu nak bergantung kalau bukan dengan aku.
Bagi aku, kalau aku turutkan kemahuan ibu, aku akan jadi seorang anak yang baik.
Tapi Taehyung..
No. Dia sendiri yang lepaskan aku. Kenapa aku perlu fikir tentang dia lagi? Entah-entah dia tengah berseronok dengan perempuan lain sekarang.
Memikirkan tentang Taehyung membuatkan bibir aku melepaskan keluhan tanpa aku sedari.
"Kenapa ni? Tak suka ke aku datang?" Yoongi bertanya dengan nada yang lembut. Cukup lembut, cara dia bersuara betul-betul berlainan dengan Taehyung.
Ah. Taehyung lagi.
Aku menggeleng laju. Keadaan menjadi sunyi kembali. Hanya bunyi nafasnya dan nafas aku yang kedengaran. Aku bermain dengan hujung jari aku.
"Err..ada apa awak datang?" Aku cuba untuk bangun. Aku langsung tidak selesa berdua dengannya dalam bilik ini.
"Saja nak tengok bakal isteri and anak aku." Langkah aku yang baru keluar dari muka pintu bilik itu terus terhenti. Hati aku terasa geram dengan kenyataannya yang tiba-tiba.
"Anak awak?"
"Ya sayang. 'Anak kita'." Tekannya pada kata-katanya. Dahi aku berkerut memandang wajah selambanya. Aku masih tidak dapat terima dengan kata-katanya. Yakin sungguh dia bahawa Jungwook itu anaknya.
Aku memandang lama wajahnya. Satu idea datang menjengah pemikiran aku. Bibir aku tersenyum penuh makna.
"Saya mengandung." Ucap aku perlahan. Riak wajahnya mula berubah.
"Awak still nak kahwin dengan saya?" Tanyaku, aku yakin dengan kenyataan tadi akan membatalkan niatnya.
"Taehyung's?"
Aku mengangguk. Dia mengemamkan bibirnya. Matanya memandang lama ke arah perut aku yang masih kempis. Lama dia berdiam diri sebelum membuka mulutnya.
"Gugurkan." Anak matanya tepat memanah anak mata aku. Aku tersentak. Hampir-hampir aku mencarut di hadapannya.
"Awak gila ke?!" Senangnya dia ingat nak bunuh bayi tak bersalah ni?
"Kau nak jumpa doktor atau nak telan ubat?" Cadangnya masih tidak peduli dengan wajah aku yang mula memerah.
"Min Yoongi! Saya tak nak terima lamaran awak dan saya tak nak kahwin dengan awak!"
Lelaki sekejam ini yang dia nak buat suami?! Huh! Lupakan!
Dia tergelak dengan reaksi aku. Beberapa saat selepas itu, wajahnya kembali membeku.
"Atau kau nak aku yang gugurkan?"
-
"Sayang! Kenapa baju aku tak gosok lagi?"
Taehyung merengus geram. Kakinya melangkah laju ke arah bilik tidur di sebelah dengan kemeja biru yang masih berkedut di tangannya. Ni tak lain tak bukan mesti tak bangun lagi ni.
"Seo-!" Kakinya terus terhenti di hadapan bilik yang kosong tanpa penghuni itu.
"Min.." Taehyung mengeluh. Ruang yang lengang dengan susuk Seomin itu dipandangnya sayu. Macam mana dia boleh terlupa ni?
Baju kemeja biru masih berada di genggamannya. Taehyung mengeluh buat kesekian kalinya.
"Selamat pagi Tuan."
Taehyung mengangguk tanpa melihat ke arah pekerjanya. Langkahnya dilajukan ke arah bilik pejabatnya.
Nice. Datang pejabat dengan baju kedut seribu. Mesti dia bakal menjadi tajuk perbualan pekerjanya hari ini.
Ketiadaan Seomin membuatkan dia seperti tidak terurus. Sebelum kehadiran Seomin, mummy lah yang uruskan pakaiannya. Tapi sekarang, mummy dah tinggal berasingan dengannya, siapa lagi yang dia boleh harapkan selain Seomin? Pembantu rumah pun dia tak ada!
"Tuan, syarikat HmL's dari Dubai telah batalkan projek yang diusahakan bersama syarikat kita. Alasan mereka, mereka telah mendengar khabar angin tentang perletakan jawatan Tuan."
Wajah serabut Taehyung jelas pada mimik mukanya. Perletakan jawatan? Siapa kata dia mahu letak jawatan?!
"Hubungi mereka semula and tetapkan tarikh yang baru untuk meeting."
"Mereka dah hantar surat rasmi untuk pembatalan projek tu bersama syarikat ni."
Taehyung mengetap rahangnya. Pelipisnya diurut. 7.2 juta usd telah lenyap begitu sahaja. Apa yang dia boleh buat sekarang?
"Asal kau dekat sini lagi?" Tanyanya dengan nada yang tertahan. Bahasanya juga telah bertukar.
"Mesyuarat agung tu hari ni. Tuan Min mahu mempercepatkan tarikh sebelum tarikh perkahwinannya."
-Tbc
Hai korang :)
Happy bila duduk rumah sekarang. No more asrama for me yehet. 🌚

ANDA SEDANG MEMBACA
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...