50

218 21 7
                                    

Taehyung merenung jauh ke langit. Tubuhnya masih teguh berdiri di balkoni rumah agam itu walaupun fikirannya jauh menerawang ke tempat lain.

Dia hilang segalanya.

Tak pernah hatinya terasa kosong sebegini. Pada kebiasaannya, dia akan pergi ke kelab malam jika hatinya berasa begini. Namun minatnya pada perkara sebegitu padam begitu sahaja sejak penceraiannya dengan Jeon Seomin.

Satu lembaran kain menutup tubuhnya. Taehyung menoleh dan perkara pertama yang dia lihat ialah senyuman tawar mummy nya.

"Mummy." Sapanya dengan suara perlahan.

Wanita itu memeluk lengan kanan anaknya sebelum dia melentokkan kepalanya pada bahu lebar itu. Satu senyuman terukir pada bibir Taehyung apabila mengenangkan perangai manja mummy nya itu.

"Mummy rindu Seomin dengan Jungwook." Keluh wanita itu tiba-tiba.

Taehyung hanya berdiam diri. Tiada apa pun yang dia boleh lakukan sekarang, jadi tiada guna juga kalau dia bersuara.

"Mummy tak nak salahkan Tae. Mummy sokong sepenuhnya apa yang Tae nak buat. Tae kena ingat, walaupun daddy dah tak ada, Tae masih ada mummy."

Lembut sahaja nada wanita itu. Taehyung menarik satu senyuman sambil matanya masih memandang kerlipan bintang-bintang di langit. Hati lelakinya tersentuh.

"Biarlah dia mummy. Dah lama dia terseksa hidup dengan Tae. Tae nak dia mulakan hidup baru. Lupakan semua yang pahit. Kalau dia bahagia hidup tanpa Tae, Tae tak boleh buat apa-apa."

"Kalau dia tak bahagia? Tae nak buat apa?"

Taehyung terus menoleh ke arah mummy nya. Wajah mummy nya dihiasi dengan satu senyuman penuh makna membuatkan hati kecilnya mula mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

-

Berus lukisannya diletakkan ke tepi selepas beberapa ketukan di pintu rumahnya kedengaran. Taehyung mengelap tangannya yang penuh dengan cat sebelum dia membuka pintu itu.

Wajah sembab wanita itu menjamah pandangannya sebaik sahaja pintu itu dibuka.

"Tae-!" Tubuhnya dipeluk wanita itu dengan erat sebelum wanita itu menghamburkan tangisan pada dadanya yang berlapikkan sehelai apron yang comot dengan cat.

"Euncheol.." Dia lemas dengan pelukan ini namun dia tidak sampai hati untuk menguraikan pelukan daripada wanita itu.

"Please help me Tae...I'm begging you.."

Taehyung bertukar pandangan dengan mummy nya yang duduk tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

-

"I lari dari dia. I dah tak sanggup nak hadap panas baran dia hari-hari aunty, Tae. He literally a ticking bomb! He said he would kill me if he had to."

"You can stay here-"

"Tae!" Puan Kim menjengilkan matanya pada Taehyung. Suka-suka hati sahaja beri kebenaran orang luar untuk tinggal bersama mereka.

Segala aset yang boleh dijual sudah mereka jual untuk duit makan. Sekarang nak tambah orang lain? Cukup ke duit mereka untuk menampung kalau kerjaya Taehyung sebagai pelukis masih lagi setahun jagung?

"She is in danger mummy. Don't you have empathy at all?" Taehyung sudah meninggikan suaranya. Puan Kim mengetap bibirnya.

"Okay! Dia boleh tinggal, selagi dia tak buat masalah dalam rumah ni." Katanya dengan nada geram.

Puan Kim bangun daripada duduknya sebelum dia melangkah pergi dari situ, meninggalkan suasana yang tegang antara dia dan anaknya.

"Your mom okay ke? Is she..hate me?" Taehyung hanya mengangkat bahunya. Namun melihatkan air mata yang mula bertakung semula di tubir mata wanita itu, dia terus menjadi panik.

"Don't worry Euncheol. I ada." Ujarnya dengan yakin. Entah kenapa jiwanya terganggu setiap kali melihat wanita yang menangis. Pada mulanya, dia tidak mahu kehadiran Euncheol di sini tapi selepas wanita itu merayu, dia terus lembut hati. Apa yang sudah jadi pada Kim Taehyung yang hati kering itu?

-

"Yoongi! Awak tipu!" Tubuhnya ditarik oleh dua orang pembantu rumah Yoongi. Keadaan hujan yang lebat itu tidak membuatkan lelaki itu berlembut hati untuk tidak menghalau perempuan mengandung itu keluar dari rumahnya.

Dengan perutnya yang semakin membesar itu, tubuhnya tetap diheret pada jalan tar yang kasar dan basah dengan air hujan.

"Mama!" Tangisan Jungwook membuatkan hati ibunya menjadi sakit. Dia boleh terima kalau Yoongi mahu menghalaunya keluar. Malah dengan senang hati dia akan berjalan dengan dua kakinya untuk lari jauh daripada hidup lelaki itu. Tapi TAK kalau tanpa Jungwook. Jungwooklah separuh nyawanya.

"PULANGKAN ANAK AKU TAK GUNA!" Suara pekikannya yang diselangi dengan bunyi guruh menyebabkan tangisan Jungwook semakin galak . Yoongi tersenyum kemenangan melihat Seomin yang seperti sudah dirasuk hantu itu. Tubuh kecil Jungwook ditahannya dengan sebelah tangan supaya kanak-kanak itu tidak melarikan diri.

Darah yang terhasil daripada luka di betisnya langsung tidak dihiraukan oleh Seomin. Dalam pandangannya yang dikaburi dengan air hujan yang lebat, hanya wajah bersih Jungwook yang dia nak lihat sekarang. Selepas tubuhnya melepasi pintu pagar utama rumah agam itu, seluruh pintu masuk dan tingkap dikunci rapat oleh pembantu-pembantu rumah Yoongi.

"Anak mama...Jung..wook." Seomin semakin hilang tenaga. Tubuhnya menggigil kerana kesejukan yang boleh dirasainya sehingga ke tulang hitamnya.

Matanya dialihkan pada air hujan yang kini membersihkan kesan darah lukanya pada jalan tar itu. Segalanya menjadi kabur pada pandangannya. Tubuhnya meminta haba namun satu-satunya haba yang ada cumalah air matanya yang kemudiannya bercampur dengan air hujan yang sejuk.

"Taehyung..." Nama itu meniti di bibirnya yang menggeletar tanpa dia sedar. Kepalanya mula berpinar, menandakan tubuhnya mahu mengalah. Seomin gagahkan dirinya untuk duduk sebelum pandangan betul-betul menjadi gelap. Tangannya melindungi perutnya yang buncit dengan kandungan yang berusia 6 minggu itu sebelum kesedarannya hilang sepenuhnya.

TBC






Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now