"Hachum!!"
Seomin menggosok hidungnya. Habuk yang berterbangan membuatkan dia berasa lemas. Lagi-lagi dia berada di tempat yang sempit seperti stor ini.
Beberapa kotak dialihkan dengan kedua-dua tangannya tanpa sebarang sarung tangan.
Seomin menjerit tatkala merasakan sesuatu yang kecil berjalan di atas tangannya.
Tatkala makhluk kecil berwarna coklat itu bertentang mata dengannya, mulutnya terus mencarut kuat.
"LIPAS!!! Cepat-cepat dia mencampakkan kotak itu ke tepi. Habis satu badannya berasa geli geleman.
Seomin melompat kecil tatkala lebih banyak lipas keluar dari kotak itu. Raut wajahnya seperti mahu menangis. Tak guna betul Taehyung! Sanggup lelaki itu arahkan dia membuat kerja di dalam stor ni!
Klik.
Bunyi sesuatu menarik perhatian Seomin. Bibir Seomin terus memucat. Dia tak sukakan bunyi ini.
Seomin berjalan mendekati pintu stor itu. Tombol pintu itu dipusingnya beberapa kali. Tak mungkin. Janganlah. Hatinya berdoa.
Kenapa tak bukak ni? Siapa yang kunci pulak ni? Tangannya tidak berhenti menggoncangkan pintu itu.
"Someone? Tolong bukakan? Ada orang kat dalam ni!"
Cemas hatinya tatkala lipas-lipas itu masih tidak hilang daripada pandangannya. Kalau ada yang panjat badannya macam mana?
"Tolong!!"
Pintu itu diketuknya berkali-kali. "Yah!! Kalau aku dapat siapa yang kunci ni aku sebat nanti!!"
Hendak nangis rasanya terperangkap dalam bilik yang serba kekurangan ini. Kalau dia mati lemas dalam ni macam mana? Sudahlah habuk dalam bilik ini tebal! Siapa yang nak angkut mayat dia kalau dia terperangkap dalam tempat yang terpencil ni?!
Macam-macam yang bermain di fikirannya tatkala ini. Macam mana kalau dia tak sempat jumpa Jungwook? Macam mana Jungwook nak hidup tanpanya?
Matanya mula memanas tatkala nama Jungwook muncul di fikirannya.
"Woi. Kau nangis ke?"
Seomin kembali ke dunia nyata apabila suara seseorang menyapa telinganya.
"Ya. Eh! Tak!" Aduh apa yang aku cakap ni? Seomin menepuk dahinya.
"Bukakan pintu. Saya terkunci kat dalam ni..er.. Encik.."
"Suga." Balas lelaki itu di sebalik pintu. Seomin mengangguk. Ya..ya.. Siapapun kau tolong bukakkan pintu ni dulu boleh?
Buka sahaja pintu itu, terpacullah wajah seseorang yang agak familiar untuk Seomin pandang.
"Eo! Enciklah yang jadi penyelamat duit saya tu!"
Wajah beku lelaki itu tetap kekal seperti selalu. Namun Seomin tak pernah rasa yang lelaki itu betul-betul dingin. Lagipun lelaki itu yang tegur dia dulu. Tak wajarlah dia menilai lelaki itu awal-awal.
"Macam mana kau boleh ada dalam ni?"
"Saya bersihkan stor then pintu terkunci sendiri."
Suga membuat muka pelik. "Kunci? Stor ni boleh kunci dengan kunci dia je. Cuba kau tengok tombol tu." Bibir Suga dimuncungkan pada tombol pintu. Seomin juga turut menoleh ke arah yang sama. Tombol pintu hanya mempunyai lubang kunci di tombol sebelah luar manakala sebelah dalamnya kosong.
Jadi siapa yang kunci dia di dalam stor tadi?
Mereka berdua berjalan keluar dari kawasan terpencil itu bersama. Dalam diam, Seomin meragui kehadiran Suga untuk berada di kawasan ini. Tapi apa lagi yang dia boleh buat selain bersangka baik terhadap Suga. Lelaki itu sudah pun menolongnya daripada diserang dengan kehadiran lipas-lipas yang menggelikan tadi. Nasib tak keluar sayap. Kalau tidak bukan lipas dah namanya. Itu babi namanya.
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfic"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...