17

434 43 7
                                        

Taehyung menapak keluar dari hotel itu dengan linangan air mata. Dia mengesat air matanya dengan kedua-dua tangan miliknya. Kaca mata yang sudah kabur dengan air matanya terus dibuka lalu dicampaknya jauh.

"JEON SEOMIN!! AKU BENCI KAU!! AKU BENCI KAU!!" Jerit Taehyung sekuat hatinya. Dia tidak peduli dengan orang lain yang sedang melihatnya dengan pelik. Hatinya sudah hancur sekarang. Tiada sesiapa yang boleh faham. 

-

Taehyung mencapai gelas yang berisi cecair yang memabukkan itu. Tangannya yang menggigil membuatkan seseorang geli hati melihatnya begitu.

"First time?" Tegur seseorang yang juga memesan alkohol di sebelahnya. Taehyung hanya menggeleng. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun sekarang.

Bibir cawan itu dibawa ke mulutnya. Taehyung meneguk minuman keras itu dengan payah. Terbatuk-batuk dia tatkala cecair itu seperti membakari sepanjang kerongkongnya.

Hanya dengan segelas sudah membuatkan lelaki itu mabuk. Kim Taehyung menangis teresak-esak. Muzik yang rancak itu sangat menganggunya. Kelab malam ini memang bukan tempatnya. Dia mahukan tempat yang sunyi. Dia mahukan seseorang untuk memeluknya, untuk memujuknya supaya melupakan segala masalahnya.

"Oh my god baby! Don't cry..." Seorang wanita memegang bahunya. Taehyung tidak mahu mengangkat mukanya untuk memandang wanita itu. Suara yang didengarinya itu cukup untuk dia kenal siapa wanita ini.

"Why are you here? You nampak teruk sangat baby.." Katanya dengan lembut lalu Euncheol mengusap rambut Taehyung berkali-kali bagi memujuk lelaki itu.

Nama baby diberikannya kepada Taehyung kerana lelaki itu ibaratkan bayi jika mereka semua berkumpul dan lepak bersama. Lelaki ini sangat naif dan agak.. nerd. Namun Euncheol masih menganggapnya sebagai kawan walaupun Taehyung tak pandai untuk enjoy seperti mereka.

"Kenapa you pergi sini?" Tegurnya sambil membawa lelaki itu masuk ke dalam bilik vvip. Biarlah bayar mahal pun. Asalkan mereka bukan di tempat yang ramai orang. Pasti Taehyung berasa rimas dengan bunyi bising di luar sana.

Bilik khas itu kosong kerana ditempah olehnya secara kesuluruhan. Euncheol tidak kisah langsung. Lagipun duit yang digunakannya ialah duit Taehyung dan bukan miliknya. Dia mengambil duit itu daripada dompet Taehyung. Lagipun lelaki inikan kaya. Jumlah yang dia ambil mungkin celah gigi sahaja untuk lelaki itu.

Euncheol merebahkan tubuh Taehyung ke atas sofa yang berada di situ. Dia mengeluh dengan kuat. Sakit bahunya memapah lelaki ini.

"Apa yang you buat hah? Kalau ada chicks lain culik you macam mana?! You dahlah baby.." Risau gadis itu melihat Taehyung yang sudah terbaring ke atas sofa di situ.

"Aku..aku nak berubah." Euncheol mendekatkan telinganya pada bibir Taehyung.

"Say it again? I tak dengar." Pinta wanita itu dengan senyumannya. Dia tak salah dengarkan?

"Aku tak nak jadi baik dah!" Ujar Taehyung dengan kuat lalu tangisnya terus pecah.

"Jeon Seomin..." Ucap Taehyung dengan esakannya. Euncheol terus menarik muka selepas mendengar nama itu. Jadi Jeon Seomin lah yang buat baby'nya jadi begini.

"Kalau you nak berubah.." Tangan Euncheol menyentuh kolar kemeja hijau tua yang sedang dipakai oleh Taehyung.

"You kena buka butang ni." Jarinya membuka butang yang paling atas sekali untuk Taehyung.

"Sebab bad boy tak pakai kemeja dia butang sampai habis." Tambahnya lagi sambil membuka tiga lagi butang kemeja Taehyung.

"And then.." Tangannya dibawa ke kepala Taehyung pula.

"Rambut bad boy tak akan disikat kemas macam budak nerd."

Dengan sekali raup, rambut Taehyung kini tidak lagi menutup dahinya. Euncheol terus menghentikan perbuatannya itu selepas melihat wajah di hadapannya ini.

"Baby..you..." Euncheol menutup mulutnya.

"Handsome sangat!! You look so damn handsome!!" Jerit gadis itu di dalam bilik yang kalis bunyi itu.

Taehyung yang sedang menangis itu dipeluknya. Walau bagaimanapun rupanya berubah, lelaki itu masih lagi seperti bayi. Terlalu innocent untuk semua perkara ini.

Euncheol terkejut tatkala bahunya yang terdedah itu disentuh oleh Taehyung. Tangan lelaki itu yang sejuk membuatkan tubuhnya terhenjut bagaikan terkena kejutan elektrik.

"Can.." Taehyung memandang tepat ke dalam anak matanya. Euncheol kehilangan kata-kata. Rupa Taehyung yang baru ini agak membuatkan dia..kelu.

"Can I be your daddy instead of baby?"

🌹

Seomin tersenyum melihat gambar-gambarnya dahulu. Gambarnya bersama Euncheol. Gambarnya bersama-sama tujuh kawan baik lelakinya.

Namun gambar seseorang telah menarik perhatiannya. Lelaki berambut hijau mint itu ditatapnya dengan teliti.

"Suga? Suga ialah Yoongi?" Terkejut dia dengan fakta itu. Lelaki yang bernama Yoongi yang sentiasa hilang jika mereka semua melepak itu sebenarnya Suga?

Tiba-tiba satu jari telunjuk yang agak chubby itu menunjuk muka Jimin yang berada di dalam gambar. Seomin mengangkat mukanya dan sengihan Jimin menyapa pandangannya.

"Ini aku kan?" Seomin mengangguk. Seronok jika semua orang berperangai sama macam dulu. Wajah Jimin dipandangnya tajam. Dia masih marahkan tentang kejadian di dalam kereta itu.

"Look Seomin. Aku minta maaf okay. Aku cuma nak gurau je time tu. Jangan ambil hati okay?"

Gurau?! Semua tu gurau je?! Memang maruahnya boleh dibuat gurau je!?

Seomin merengus kecil sebelum meninggalkan Jimin yang masih berdiri bersebelahan dengan meja kerja miliknya.

"Tak guna betul. Saja buat aku yang nampak desperate!" Bisik Jimin dengan geram selepas melihat Seomin berlalu begitu sahaja.

"Bukan kau memang macam tu ke." Suga yang muncul dengan tiba-tiba itu tersenyum sinis memandangnya.

"Diamlah kau! Kau pun desperate jugakkan. Fikir aku tak tahu ke. Kau sengaja kunci stor haritu sebab kau nak cakap dengan dia kan?!" Serkap lelaki itu dengan tawanya yang jahat.

"Shut the fuck up." Tenang sahaja Suga mengeluarkan carutannya. Jimin tersengih selepas mendengarnya.

"Alaa.. Hyung. Bukannya kita tak tahu.  Ada empat lagi orang belakang kita. Aku rasa kalau si Taehyung tu lepaskan dia, silap-silap kita berenam masih rebutkan dia macam dulu. Yang pasti aku tak nak kalah dengan Jeon Jungkook lagi."

Suga hanya mencemik. "Lima. Aku tak akan masuk."

"Eleh. Tipu. Bukan kau ke yang paling suka dia dulu?" Usik lelaki itu lagi. Suga buat-buat tidak dengar. Malas dia mahu melayan lelaki pendek itu.

-

Seokjin mengeluh selepas melihat keadaan Jungwook yang masih ditempatkan di bilik itu. Kanak-kanak kecil itu semakin murung dari hari ke hari.

Kadang-kadang dia kecewa juga dengan sikap Taehyung. Bilalah lelaki itu hendak matang? Tak boleh ke lihat kanak-kanak ini untuk sekali? Kalau memang bukan anaknya pun..takkanlah nak jenguk sikit pun payah?

Seokjin menenangkan dirinya daripada berfikiran bukan-bukan. Niat jahatnya mula menghasutnya untuk buat sesuatu.

"Salah tu Jin. Kau tak boleh buat ujian tu." Bisiknya sorang-sorang.

Satu-satunya ujian untuk melihat siapa bapa kepada Jungwook ialah ujian DNA. Kalau betullah Jungwook anaknya, tak salahkan kalau dia nakkan semula hak miliknya. Mungkin dia boleh dapatkan Seomin semula.

Akhirnya Seokjin kalah dengan hasutan daripada fikirannya sendiri. Dia betul-betul mahu tahu siapa bapa kepada Jungwook antara mereka bertujuh.

-Tbc

Willing To Be Her HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang