Seomin berehat selepas menyusukan Jungwook. Penat mendodoikan bayinya sehingga tertidur betul-betul memberi kejutan padanya yang baru sahaja bergelar seorang ibu ini.
"Nah." Puan Jeon yang tiba-tiba muncul menghalakan kertas bersaiz A4 itu ke wajahnya. Seomin mengeluh kecil selepas mendengar suara itu.
"Apa ni ibu?" Seomin yang keletihan tidak mahu membuka matanya. Dia membiarkan huluran ibunya itu langsung tidak bersambut.
"Tengok jelah." Paksa ibunya. Mahu tak mahu Seomin menyambutnya juga. Dengan payah dia membuka matanya.
"Design mana yang kamu nak? Minggu depan dah tak lama." Ujar ibunya.
"Hah?! Untuk apa ni ibu.." Terkejut dia melihat lakaran untuk baju pengantinnya. Puan Jeon membuat muka menyampah.
"Untuk kahwinlah! Takkan kamu nak pakai baju tu untuk tidur pulak?" Marah ibunya.
"Tapi ibu.. Ibu sendiri tahukan yang.."
"Yang apa? Yang kamu pergi keluar dengan jantan lain lepastu beranak tak tahu anak siapa tu? Bersyukurlah yang Taehyung masih nak kahwin dengan kamu!"
Kata-kata kasar ibunya terus menusuk ke dalam hatinya. Seomin cuba menahan tangisnya. Dia yakin bukan Taehyung yang mahu. Pasti lelaki itu dipaksa.
"Ibu sanggup paksa kami berdua? Macam mana kalau Taehyung tak terima Jungwook? Macam mana kalau Seomin tak bahagia?" Tangisnya pecah juga. Namun Puan Jeon langsung tak terkesan dengan semua itu.
"Siapa yang mulakan semua. Dialah yang kena selesaikan semua. Kamu yang gedik sangatkan. Tak reti bersyukur ke ada jugak pak sanggup yang nak jadikan kamu isteri? Hah?!"
Seomin terus mengangkat kakinya pergi ke tempat lain. Mulut laser ibunya memang dia tak sanggup mendengarnya lagi. Pintu biliknya dikunci lalu telefon bimbitnya dikeluarkan.
"Hello?" Taehyung menjawab selepas dia meneguk minuman yang telah dihulurkan oleh wanita di sebelahnya.
"Tt-taehyung.. Please batalkan perkahwinan ni. Saya tahu awak kena paksa. Saya boleh tolong awak cakap dengan mummy awak. Please.."
Taehyung tersenyum sinis selepas mendengar esakan daripada corong telefonnya itu.
"Well..aku tak kena paksa pun. It's really my willing to marry you."
Seomin yang mendengarnya terus mengalirkan air matanya. Perasaan bersalahnya semakin meluap-luap kepada lelaki itu.
"Please.. Taehyung. Cancel kan.." Pujuknya lagi. Dia tidak mahu Taehyung lebih kecewa kalau tahu yang dia telah melahirkan anak orang lain. Kehadiran Jungwook masih tidak diketahui oleh Taehyung lagi.
"Nope. Kalau kau rasa kahwin dengan aku ialah satu penyeksaan. Tahniah! Sebab kau betul." Balas Taehyung sebelum menamatkan panggilannya.
🌹
"Yunha."
"Hmm?"
Wanita itu mengusap perut boyotnya dengan mulutnya yang menguap besar. Telefon bimbitnya masih dipegang pada telinganya. Suara Taehyung yang kedengaran agak penat itu ditegurnya.
"Kalau kau penat, tak perlulah call aku."
Kedengaran suara yang tergelak kecil di hujung sana.
"Alah harini aku cutilah. Banyak lagi masa rehat aku." Ujar lelaki itu di hujung sana. Yunha menguap sekali lagi. Awal betul lelaki ni bangun untuk call dia.
"Pagi-pagi call aku ni.. Tak lain tak bukan nak ajak keluarlah tu. Tak boleh. Harini aku nak bermanja dengan suami aku." Ujarnya.
"Alaa..bila-bila pun bolehkan? Nak bermanja dengan aku, sampai aku mati pun kau tak mau. Jomlah Yunha..jomlah. Jomlah.. Bukan selalu pun.." Pujuk Taehyung lagi.
"Tak naklah. Lagipun aku malas. Perut pun dah besar. Aku mana boleh jalan-jalan. Kau pergi jelah manja dengan isteri kau tu. Nak peluk cium dia pun boleh. Dengan aku mana boleh." Balasnya lalu memeluk tubuh suaminya dengan erat.
"Good morning babe." Bibir lelaki itu dikucupnya membuatkan suaminya menggeliat kecil. Yunha tersenyum memandang wajah comel suaminya.
"Euw. Nak buat pun hang up lah dulu." Suara menjengkelkan itu membuatkan senyumannya terus mati.
"Yah. Tahulah jeles sebab takde siapa nak buat kau macam tu. Dahlah! Hang up cepat kalau tak nak dengar lebih." Marahnya.
Taehyung mencebik sebelum menamatkan talian. Telefonnya dicampak ke tepi. Dia termenung memandang siling biliknya.
Jeles betul dia lihat Yunha. Bahagia je memanjang. Dia? Bila lagi mahu merasai semua itu.
"Haih..kan best kalau Yunha yang jadi isteri aku." Keluhnya lalu menyembamkan wajahnya pada bantal.
Tanpa sedar, kata-katanya itu didengari oleh Seomin dari celah pintu biliknya. Wanita itu menggigit bibirnya menahan perasaan. Niatnya untuk mengejutkan lelaki itu bersarapan pagi patut dilupakan sahaja.
-Tbc
Double update 💜

ANDA SEDANG MEMBACA
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...