Wajah yang ketat seperti seorang penyangak itu mula menghiasi wajah yang dahulu selalunya manis itu. Sudah hilang senyuman manis yang sentiasa menghiasi wajah comelnya.
Kanak-kanak kecil itu berpimpinan tangan dengan Seokjin sehingga mereka tiba di hadapan sebuah bilik.
Kaki kecil itu melangkah ke dalam bilik sebaik sahaja dia diarah masuk oleh Seokjin. Kanak-kanak itu berhenti di hadapan sebuah meja yang melepasi ketinggiannya.
"Duduklah." Sapa doktor perempuan yang tersenyum manis itu. Namun kanak-kanak kecil itu masih tidak memberikan sebarang reaksi. Dia hanya memanjat kerusi di situ dan termenung. Mukanya masih ketat dan pandangannya tidak fokus. Dia seperti berada di dunia yang lain. Namun doktor wanita itu masih tidak mengalah.
Tangan runcing itu menyelak fail yang disertakan oleh Seokjin tadi. Sebuah senyuman cuba diukir lagi sebelum dia bersuara.
"Kim Jungwook?"
Kanak-kanak itu menggeleng. Doktor itu akhirnya mengangguk kecil. Dia hanya mengikut kemahuan Jungwook.
"Baiklah Jeon Jungwook. Terangkan pada saya, apa yang awak nampak."
Gambar yang mempunyai seorang kanak-kanak yang sedang bermain dengan permainannya di bahagian rumah yang bersepah itu ditunjuk kepada kanak-kanak itu.
"Sepah." Jawabnya sepatah.
"Kenapa rumah ni bersepah?"
"Sebab omma dengan appa dia bergaduh."
"Okey." Doktor itu menukar kepada gambar yang lain pula. Kali ini gambar itu ialah gambar seorang kanak-kanak kecil yang sedih.
"Kenapa dia sedih?"
"Sebab appa dia pukul."
Doktor itu mengukir senyumannya namun kelihatan hambar. Dia memyimpan kembali gambar tadi. Tangan kecil Jungwook dipegangnya dengan penuh perasaan.
"Jungwook sayang appa tak?"
"Papa." Potong kanak-kanak itu.
"Ok papa. Jungwook sayang papa tak?"
Jungwook menggeleng. Doktor wanita itu mengeluh perlahan. "Kenapa Jungwook tak sayang papa?"
"Sebab papa tak sayang Jungwook dengan mama."
-
Jin melihat wajah muram Seomin dengan pandangan yang sayu. Selepas keputusan yang mereka terima tentang Jungwook, membuatkan kedua-duanya bersedih.
Jin menarik tubuh Seomin lalu dibawanya ke dalam pelukan. Tidak lama selepas itu, telinganya menangkap bunyi esakan halus yang keluar daripada bibir Seomin. Ibu mana tak sedih mendengar yang anaknya di bawah trauma yang agak kritikal. Anak kecil yang depressed dan tidak ceria seperti selalu.
"Apa salah aku.." Ucap Seomin dengan esakannya. Jin hanya berdiam diri namun tangannya masih mengusap belakang tubuh Seomin.
"Kalau aku tak lemah mesti tak jadi macam ni..."
"Kalau Taehyung-"
Mulutnya terus berhenti bercakap tatkala melihat Taehyung yang sedang menuju ke arah mereka berdua. Seomin terus menolak tubuh Seokjin sehingga pelukan mereka terlerai.
"Anak tengah sakit, macam ni perangai mak dia?" Sapa lelaki itu selepas melihat wajah mereka satu persatu.
"Anak dah kritikal baru bapak dia nak jenguk?" Bidas Jin tanpa berlapik. Matanya tajam membalas jelingan Taehyung. Memang sebelum ni Taehyung tak pernah melawat Jungwook. Baru sekarang dia lihat bayangan lelaki itu di sini. Itu pun di saat Jungwook dapat discharge.
"Bapak? Aku bukan bapak dia. Kalau kau nak sangat jadi bapak dia, silakan." Ujar Taehyung tanpa berfikir panjang.
Bulat mata Seomin mendengarnya. Apa yang Taehyung cakap ni? Namun belum sempat dia membuka mulutnya, pintu di hadapan mereka dibuka oleh seseorang. Seomin terus mendapatkan tubuh Jungwook saat kanak-kanak kecil itu keluar dari bilik itu. Wajah masam anaknya dikucupnya berkali-kali.
"Mama jom balik." Tangan kecil itu memegang tangan Seomin dengan erat. Dia seperti mahu membawa ibunya jauh dari seseorang. Jauh dari Taehyung.
"Jom." Ujar Taehyung dengan nada mendatar. Saat tangannya mahu memegang tangan Seomin, satu tangan kecil menepis tangannya. Taehyung mengetapkan rahangnya saat memandang tubuh kanak-kanak itu dari belakang. Berani betul dia tepis aku?
"Jom mama." Ajak Jungwook sambil menarik tangan ibunya berjalan mendahului Taehyung.
Papa tak layak untuk mama. Fikir kanak-kanak itu. Duduk di hospital berseorangan di dalam bilik, membuatkan fikiran muda itu mentafsir hubungan antara ibu bapanya. Cukuplah fikiran tidak matangnya itu mengetahui serba sedikit. Budak kecil pun tahu apa erti sayang dan benci.
Di saat rumah mereka dipecah masuk, di manakah Taehyung? Di manakah seorang lelaki yang patut melindungi keluarganya di saat mereka dalam kesusahan? Kesusahan yang hampir meragut nyawa Jungwook? Taehyung langsung tidak ambil tahu.
Tbc

YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...