31

328 31 10
                                    

Seomin menolak dada Jungkook sehingga ciuman mereka terlerai.

Dia terus berlari ke arah tandas. Tanpa menunggu sesaat pun, dia terus memuntahkan isi perutnya.

"Babe why?" Jungkook datang dengan sehelai tuala untuk membaluti tubuh Seomin yang terdedah.

Seomin hanya menggelengkan kepalanya. Salah makan ke?

Tubuhnya dibaringkan ke atas katil dengan bantuan Jungkook. Selepas menelan panadol, dia akhirnya tertidur.

"D-DIAM!! AKU TAK NAK DENGAR DAH!"

Suara Taehyung membuatkan dia kembali terjaga padahal baru beberapa minit dia dapat melelapkan matanya.

Kepalanya yang masih pening membuatkan dia lambat memahami apa yang dilihatnya sehinggalah dia ternampak air mata Taehyung.

"T-Taehyung..saya boleh terangkan!" Akhirnya gadis itu sudah memahami situasi yang telah berlaku sekarang.

Seomin hendak bangun namun perbuatannya terhenti apabila tersedar yang dia tidak memakai apa-apa. Selimut ditariknya bagi menutup tubuhnya kembali. Wajahnya berbahang selepas membiarkan Taehyung melihatnya begitu.

"S-saya-"

"Sudahlah Seomin. Aku harap ini adalah kali terakhir kita jumpa. Selamat tinggal." Ucap Taehyung sebelum meninggalkan dia tanpa mendengar apa-apa pun penjelasan daripadanya.

"Taehyung!" Seomin cuba untuk mengejar langkah Taehyung namun tangan Jungkook menolaknya sehingga dia terbaring semula.

"What are you doing?!" Marahnya dihambur pada wajah lelaki itu namun Jungkook kekal dengan riak tenangnya.

"You're ill. Jangan harap kau dapat kejar dia kalau nak berdiri pun kau tak larat."

-

Seomin sedaya upaya menahan kantuknya dengan membuat latihan. Berkali-kali dia menguap tapi Taehyung langsung tak perasan.

Bila Taehyung nak lepaskan dia untuk tidur ni?

Seomin merehatkan kepalanya dengan berlapikkan lengannya sendiri. Baru beberapa saat dia menutup mata, suara Taehyung mengejutkan dia.

"Tak sampai satu jam pun lagi. Takkan nak tidur dah?" Kata Taehyung tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin laptop. Keningnya ternaik apabila melihat jam yang baru memaparkan pukul 12 tengah malam itu.

"Ngantuk.." Adunya sambil menggosok kedua-dua belah matanya.

Suaranya yang sengaja dimanjakan cukup untuk menarik perhatian Taehyung. Kini lelaki itu berpusing menghadap dia.

"Ok. Kalau kau dapat jawab soalan aku, kau boleh masuk tidur."

Seomin mengangguk bagi mengiyakan kata-kata Taehyung. Apa-apa jelah! Dia dah ngantuk ni.

"Apa maksud secret?"

Seomin hanya mengangkat bahunya. Malas betul dia nak fikir masa ngantuk-ngantuk ni.

"Saya mengalahlah.. Apa maksudnya?"

"Rahsia." Jawab Taehyung.

Jawapan Taehyung membuatkan Seomin panas hati. "Kalau awak tak nak bagitahu maksudnya baik tak payah tanyalah."

Belum sempat Taehyung membuka mulutnya, bunyi deringan telefon bimbitnya mengalihkan perhatian mereka berdua.

"Kalau you tak datang, I bunuh diri Kim Taehyung!"

Suara Euncheol terus didengarinya sebaik sahaja dia mengangkat panggilan telefon itu.

-

Seomin kesejukan. Kedua-dua tangannya diselukkan ke dalam poket jaketnya. Sepanjang perjalanan mereka, dia masih tertanya-tanya. Kenapa tiba-tiba Taehyung nak balik Korea pulak ni?

Seomin mengintai riak wajah Taehyung yang duduk di sebelahnya. Wajahnya jelas menunjukkan yang lelaki itu sedang risaukan sesuatu.

"Taehyung.." Tangan Taehyung disentuh. Lelaki itu kelihatan seperti baru tersedar daripada lamunannya apabila tangan sejuk Seomin memegang tangannya.

"Awak ok?" Taehyung tersenyum tawar apabila mendengar soalan Seomin.

Tangan sejuk Seomin digenggamnya untuk berkongsi haba. "Aku yang patut tanya kau. Kau ok? Tangan kau sejuk sangat."

Seomin mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Taehyung. "Saya ok selagi awak ada dekat dengan saya."

Taehyung hanya diam. Langsung tidak membalas kata-katanya.

Dia sedikit hampa apabila lelaki itu hanya berdiam diri. Namun perasaan itu hadir hanya untuk seketika apabila tangan Taehyung merangkul tubuhnya.

"Kau balik rumah dulu. Aku ada hal kejap." Pesan Taehyung sebaik sahaja pemandu Puan Kim sampai di airport.

Seomin masih tidak puas hati dengan apa yang Taehyung katakan sebentar tadi. Sudahlah lelaki itu mahu meninggalkannya tapi langsung tak bagitahu nak pergi mana.

Lengan Taehyung dipegangnya membuatkan langkah lelaki itu terhenti.

Baru sahaja dia mahu nyatakan ketidakpuasan hatinya namun sebaik sahaja melihat wajah serabut suaminya, dia tidak jadi.

"Hati-hati. Saya sayang awak." Itu sahaja yang dia mampu ucapkan. Lengan Taehyung dilepaskan dengan hati yang tidak rela.

-

Taehyung berlari mengikut arah bilik hotel yang dapat dikesannya melalui panggilan telefon yang dibuat oleh Euncheol.

Setelah jumpa bilik yang betul, pintu yang tidak berkunci itu dibukanya. Matanya membulat memandang satu tubuh yang sudah berdiri di atas balkoni bilik itu.

"Euncheol!" Dia meluru ke arah wanita itu.

"Jj-jangan dekat! Kalau tidak I terjun!" Euncheol menjerit kuat membuatkan pergerakan Taehyung terus terhenti.

"Okay.. I tak datang dekat but, please jangan sayang." Taehyung cuba memujuk wanita itu. Matanya merenung wajah yang sudah basah dengan air mata itu.

"Janji dengan I, Kim Taehyung, you tak akan tinggalkan I?"

"I janji." Ucap Taehyung tanpa teragak-agak.

Euncheol terus meluru ke dalam pelukan Taehyung. Dia menangis semahu-mahunya di dalam pelukan lelaki itu. Dia mahu ceritakan semua yang Jimin telah lakukan pada dia sepanjang lelaki itu tiada bersamanya.

Dia cukup terseksa. Dia hanya mahukan Taehyung berada di sisinya. Semua itu sudah mencukupi untuknya.

"You..stay with me tonight?" Pintanya dengan penuh harapan. Taehyung kelihatan seperti teragak-agak untuk menjawab.

"Please..." Pujuknya lagi.

Akhirnya Taehyung mengalah.

"Fine."


Tbc

Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now