"Jungwook!!"
Bahu kanak-kanak itu terhenjut dengan jeritan aku. Tangan kecilnya segera dibawa ke belakang tubuhnya. Dia cuba sembunyikan barangan itu daripada aku. Tapi malang sekali, aku sudah tahu.
"Mana Jungwook jumpa benda tu?! Bagi mama!"
Aku cuba merampas barangan itu daripadanya namun kanak-kanak itu masih berdegil.
"Jungwook pinjam kejap je pen mama. Nanti Jungwook bagila balik."
"Mama tak benarkan Jungwook! Bagi pen mama balik!"
Jungwook menggeleng laju. Pen itu masih erat berada di dalam genggamannya.
"Mama selalu nangis bila tengok pen ni. Jungwook tak nak mama nangis lagi." Suara kecilnya terus mengendur. Mata bundarnya kini bergenang dengan air mata. Aku tergamam buat seketika.
Pandangan aku terus bertukar sayu apabila melihat wajahnya yang kini memerah. Bila-bila masa saja tangisannya akan pecah.
Aku terus melutut di hadapannya bagi menyamakan tinggi aku dengannya. Pipinya aku usap dengan ibu jari. Satu senyuman terukir di bibir aku. Dalam diam aku kagum mempunyai anak seperti Jungwook.
"Okay sayang. Kalau macam tu Jungwook buang pen tu ya? Barulah mama tak nangis dah."
-
Lamunan Taehyung terhenti apabila deringan telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa melihat nombor si pemanggil, dia menjawab panggilan itu tanpa menunggu sesaat.
"Hello?"
"Papa."
Kening Taehyung terangkat apabila suara Jungwook menjamah pendengarannya. Angin yang kuat menerpa wajah Taehyung membuatkan rambut yang menutupi dahinya teralih.
Balkoni yang hanya diterangi dengan cahaya dari bulan itu membuatkan panggilan dari Jungwook lebih bermakna baginya. Walaupun sekejap, suara Jungwook dapat menghilangkan rasa sunyinya bersendirian di sini.
"Kenapa Jungwook telefon papa ni? Mama mana? Kenapa Jungwook tak tidur lagi?"
"Mama dah tidur. Jungwook telefon sebab nak tanya papa."
Balasan daripada Jungwook membuatkan Taehyung terdiam. Jantungnya berdegup kencang menunggu soalan daripada kanak-kanak itu.
"T-tanya? Jungwook nak tanya apa?" Bibir bawahnya digigit bagi menghilangkan rasa resah di dadanya. Mesti soalan pasal Seomin ni.
"Pen apa yang papa bagi dekat mama?"
"Ha?" Muka Taehyung berubah. Pen? Pen apa?
"Ala..pen? Mama selalu nangis bila tengok pen tu."
Taehyung menggaru belakang kepalanya. "Pen apa ni Jungwook? Papa tak bagi apa-apa pun dekat mama."
"Ok papa. Bye!"
Jungwook yang tiba-tiba matikan panggilan itu membuatkan lelaki 20-an itu terkebil-kebil memandang skrin telefon bimbitnya.
Taehyung mengeluh. Pandangannya dilemparkan ke arah lampu-lampu dari bandar di bawah apartment miliknya.
"Sekarang kau nangis sebab pen je Seomin?"
Nada kecewa kedengaran dalam suaranya. Dia tertawa kecil namun tawanya kedengaran sangat dibuat-buat walaupun di telinganya sendiri.
Taehyung mengusutkan rambutnya dengan rengusan keluar dari bibirnya.
"Argh! Aku benci kau Yoongi!"
-
"Jungwook telefon siapa tu?"
Kanak-kanak itu terkaku di hadapan Seomin. Gagang telefon rumah itu diletak oleh kanak-kanak itu dengan laju.
"Eh mama.. Mama tak tidur lagi?"
Kening Seomin berkerut melihat wajah resah anaknya.
"Jangan tukar topik. Jungwook telefon siapa? Papa?" Nada suaranya naik seoktaf.
Jungwook hanya diam dan menunduk memandang jari kakinya. Dia tidak berani bertentang mata dengan mamanya.
"Jungwook cuma rindu papa je."
Alasan anaknya membuatkan marah Seomin tidak dapat dikawal lagi.
"Lepas ni jangan telefon dia dah! Kalau tak mama kurung Jungwook dalam bilik!"
Terhenjut bahu kanak-kanak itu dengan pekikan Seomin. Laju jantungnya berdegup kerana takut. Berpeluh-peluh tangan kecilnya menggenggam baju pijamanya.
Seomin mengurut kedua-dua belah pelipisnya. Nafasnya cuba ditariknya dalam-dalam. Jungwook betul-betul menguji kesabarannya.
Entah kenapa sejak kali terakhir dia dan Taehyung berjumpa, dia kerap marah-marah. Mungkin sebab emosinya terganggu, jiwanya semakin sensitif. Lagi-lagi bila Jungwook sedang membesar dan mula membuat perangai.
"Apa yang bising malam-malam buta ni? Tak malu ke kalau jiran dengar?"
Aku mengeluh apabila melihat ibu berjalan ke arah kami. Wajahnya berkerut memandang aku dan Jungwook yang berada di tengah-tengah ruang tamu itu.
"Nak marah pun, tengoklah masa sikit. Jangan sampai jiran datang rumah marah kamu pulak." Tempelak ibu lagi.
Tubuh Jungwook dibawa ke pelukannya. Ibu memandang aku tajam sebelum dia beredar bersama Jungwook.
Tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Willing To Be Her Husband
Fiksi Penggemar"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...