"America? Not bad.. "
Taehyung ketawa mengekek bersama seorang gadis America itu. Seomin yang berada tidak jauh darinya hanya menilik baju di situ dengan wajah yang tidak berminat.
Baju style America dan Taehyung yang sedang menggatal dengan gadis penjual. Dua-dua dia tak berminat untuk lihat.
"By the way.. I'm Ashley. Just call me Ash. And your name is?"
"Jay. Just call me Jay." Ujar Taehyung.
Namun sebelum sempat gadis tinggi lampai itu meminta nombor Taehyung, Taehyung terlebih dahulu mengejar langkah Seomin yang semakin menjauhinya.
Seomin terkejut saat lengannya ditarik. Tubuhnya terdorong menghadap Taehyung sehingga wajahnya tersembam pada tubuh lelaki itu.
"Aku dah kata tunggu aku kan? Yang kau jalan menonong tu apasal?!" Marah Taehyung dengan wajah bengisnya.
Seomin merentap lengannya daripada genggaman Taehyung. Dah kau asyik menggatal dengan perempuan lain. Naik berbulu mata aku tengok.
"Saya bosan tunggu awak lama sangat." Ujar Seomin. Apa yang tersimpan di hati baik didiamkan saja. Lainlah kalau dia nak tengok Taehyung mengamuk dekat tengah-tengah bandar Amerika ni.
Taehyung tersenyum sinis. "Kau datang sini tak boleh nak bosan-bosan eh. Kau dah ikut aku ke sini, kau kena ikut arahan aku jugak. Kita datang sini bukan untuk honeymoon. Faham?"
Seomin merenung lama wajah itu. Kata-kata yang baru dilontarkan kepadanya itu cukup untuk menghilangkan mood bercutinya.
Habis tu yang kau menggatal dengan perempuan mat saleh ni dikira sebagai 'tugas' kau ke?
"Bukan honeymoon? Tapi mummy cakap-" Seingatnya Puan Kim menyuruh mereka berhoneymoon, bukannya suruh dia ikut Taehyung buat business trip!
"Aku tukar location. Baik kau jangan cakap apa-apa dekat mummy. Nanti kalau dia tanya,kau taram je apa-apa yang best dekat Paris tu."
Seomin blur sekejap. Apa? Paris? Tapi sekarang mereka berada di Amerika.
"Tapi saya tak nak tipu mummy." Ujarnya tiba-tiba. Mata Taehyung mencerlung ke arahnya. Jari telunjuk lelaki itu menunjal bahunya dengan kuat.
"Kau jangan nak melawan aku boleh tak? Kau nak pergi sangat Paris tu? Pergilah sekarang!"
Ish! Seomin tertunduk. Bibirnya tak mampu digerakkan.
"Kalau kau nak melawan cakap aku, aku tak teragak-agak nak hantar kau balik. Atau kau nak tinggal dekat sini terus?" Ugut Taehyung dengan sebuah senyuman.
Seomin kecut perut mendengarnya. Tinggal di bumi asing ni sorang-sorang? Sudahlah dia tidak pandai berbahasa inggeris!
Seomin menggeleng laju. Taehyung pula tersenyum puas hati apabila ugutannya menjadi.
Sudahlah perempuan ni bergantung terhadapnya 100%. Lepas tu ada hati nak ingkar arahannya.
"Dah. Aku lapar. Nak melayan kau ni, sampai kesudah aku tak makan-makan."
-
Suite mewah itu dipandang kagum oleh Seomin. Perasaan terujanya tidak dapat dibendung lagi. Dia mahu menggunakan SEMUA barangan yang ada di dalam suite itu.
"Boleh tak kalau saya nak ambil semua shampoo dengan sabun ni?"
"Piano ni? Boleh main tak? Ke untuk hiasan je? Boleh ke kalau saya nak main hiasan ni?"
"Buah dalam bakul ni hiasan ke makanan? Nampak mahal. Berkilat."
"Kita boleh ke ambil bathrobe yang dia bagi ni?"
"Batrobe yang mana lagi cantik? Hitam ke putih? Kalau saya pakai dua-dua sekali boleh tak?"
Taehyung duduk di sofa sambil memerhatikan Seomin yang tidak habis-habis membelek dan menawaf suite yang ditempahnya itu. Satu sengihan terukir di bibirnya.
"Kalau kau teruja pun, janganlah tunjuk yang kau ni jakun sangat. Nampak sangat tak pernah datang sini." Ujar Taehyung tanpa berlapik.
Senyuman Seomin mengendur. "Sayakan tak mampu. Mananya saya tak teruja bila masuk sini."
"Kau jangan nak buat drama air mata dekat sini. Pergi ambil menu dekat atas meja tu."
Seomin kembali dengan satu buku menu di tangannya. Menu itu dihulurkan kepada Taehyung.
"Awak nak buat apa?" Tanyanya sambil duduk bersimpuh di sisi Taehyung.
"Nak makanlah. Cepat pilih. Aku nak order ni."
"Saya tak retilah nak pilih. Saya ambil sama yang macam awak orderlah."
Selepas beberapa minit menunggu, bunyi loceng membuatkan Seomin berlari-lari anak ke muka pintu.
Wajahnya amat ceria tatkala melihat steak yang bakal masuk ke perutnya nanti.
Dia mengambil tempat berhadapan dengan Taehyung. Suapan pertama dinikmatinya sambil menutup mata. Makanan mahal memanglah sedap!
Taehyung merasa daging itu sekali lagi selepas suapan pertamanya. Kacang? Kenapa ada rasa kacang?
Taehyung meluru ke arah Seomin. Dia memasukkan jarinya ke anak tekak gadis itu sehingga Seomin termuntahkan daging yang dimakannya tadi. Terbatuk-batuk gadis itu memandang Taehyung.
"Dah tau tak boleh makan kacang, kenapa still melantak tak ingat dunia?! Takkan kau tak rasa langsung kacang dalam ni?!"
Berair mata Seomin menahan batuknya. "Saya tak tahu. Saya ingat makanan macam ni memang ada rasa macam tu." Suaranya serak selepas muntah tadi menjadi kendur. Kenapa Taehyung nak marah-marah pula ni. Bukannya dia sengaja pun.
Tbc

YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfic"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...