Bath robe yang dipakainya digenggam kuat. Sudah 10 minit dia mengurungkan dirinya di dalam bilik persalinan yang serba mewah itu. Satu bilik persalinan pun sudah cukup untuk menempatkan sebuah katil. Cukup besar untuk dijadikan sebagai bilik tidur.
Dinding yang berwarna coklat gelap yang dihiasi dengan lampu berwarna oren membuatkan kemewahannya lebih terserlah.
Kecilnya dirinya berdiri di tempat sebegini. Kalau bukan kerana Puan Kim, jumlah hartanya pun masih tidak mencukupi untuk berdaftar di sini. Bukan setakat jejak kaki di sini, dia hidu pun belum tentu dapat.
Seomin menyandarkan tubuhnya pada dinding bersebelahan dengan pintu yang dikuncinya sebentar tadi. Dia masih tidak bersedia untuk berhadapan dengan Puan Kim.
Bunyi ketukan yang kedengaran membuatkan tubuhnya berdiri tegak. "Dear? Kenapa lama sangat kat dalam tu? Anything wrong? Nak tukar bath robe lain ke?"
"No thanks! Seomin okay je mummy." Sahutnya dari dalam.
"Lagi 5 minutes mummy tunggu Seomin dekat depan ya." Seomin menganggukkan kepalanya walaupun tidak dapat dilihat oleh Puan Kim.
Aduh! Macam mana ni? Seomin menggigit kukunya.
-
"Apa dia?" Terkejut Seomin dibuatnya.
"Madam, tolong buka bathrobe ya." Pekerja itu mengulang kata-katanya lagi. Seomin memegang erat bathrobe yang dipakainya. Dia menggeleng tidak mahu.
Namun pekerja wanita itu masih berkeras mahu dia menanggalkan bathrobe yang berada di tubuhnya. Pertelingkahan kecil antaranya dengan pekerja itu membuatkan Puan Kim yang tadi memejamkan matanya, kini sedang memandang mereka berdua.
Seomin terkedu memandang riak wajah ibu mentuanya yang seperti tidak senang dengan bunyi bising yang dibuatnya. Selepas meminta maaf, Seomin mengambil nafas dalam-dalam sebelum membuka ikatan bathrobe yang dipakainya perlahan-lahan.
Dengan sepantas kilat, dia terus membalut tubuhnya dengan sehelai kain putih. Tubuhnya ditiarap seperti puan Kim.
Pekerja itu menyelak sedikit kain yang menutup bahagian belakangnya.
"Puan..!" Terkejutnya.
Suara pekerja itu membuatkan Puan Kim turut terkejut. "Kenapa?" Tanyanya sambil mengarahkan urutan di tubuhnya dihentikan. Matanya mengintai belakang Seomin yang penuh dengan kesan-kesan berwarna kebiru-biruan.
Seomin menutup matanya dengan rapat. Dia mahu semua ni tamat dengan pantas. Kenapa masa berlalu dengan perlahan di sini?
-
"Nah."
Taehyung terpinga-pinga saat dua keping kertas itu disua ke mukanya yang sedang elok menonton televisyen itu.
"Apa ni mummy?"
"Tiket plane. Honeymoon dengan Seomin. 2 minggu." Pendek sahaja keterangan Puan Kim namun cukup untuk membuatkan Taehyung terkejut beruk.
"Apa?! Habis kerja Tae?"
"Itu mummy dah uruskan. Kerja Tae sekarang cuma honeymoon je dengan isteri Tae."
"Anak dia macam mana?" Tanya Taehyung. Bukannya sebab dia kisah dengan anak luar nikah tu pun, cuma dia sedang mencari alasan untuk membantah arahan mummy.
"Itu.." Puan Kim kehilangan kata-katanya. Taehyung tersenyum sinis. Macam dia tak tahu yang mummynya ini masih tak boleh terima kehadiran Jungwook.
"Biar mummy yang jaga dia." Kata Puan Kim dengan yakin. Kalau dia mahu Taehyung berbaik dengan menantunya, kenapa tidak dia berbaik dengan cucunya kan?
"Hahaha! Mummy.. Macam Tae tak tahu. Mummy kan tak suka anak dia tu! Jangan paksa diri mummy la." Sindir Taehyung dengan tawanya. Puan Kim mengetapkan giginya.
"Hisy! Kalau mummy boleh buat, kenapa kamu tak boleh buat?"
"Mummy..berbaik dengan orang is not a competition."
"But loving someone is a competition. Mummy tak nak kamu berdua just berbaik je."
"Tae tak nak. Mummy tak boleh paksa Tae! Macam mana kalau Tae buat sesuatu yang mummy tak suka?"
"Dah tau yang mummy tak suka, then janganlah buat."
Taehyung bermasam muka. Kalau mummy dah cakap macam tu nampak gayanya dia kenalah jugak ikut. Taehyung meletak tiket ke Paris itu dengan kasar ke atas meja.
Memang taklah dia nak ber'honeymoon' dengan perempuan tu.
Tbc
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...