06

479 47 14
                                        

"Thank you Jin sebab ambilkan anak aku." Kata Seomin sambil mengelap pipinya yang comot dengan bubur.

Jin memaksanya untuk menghabiskan bubur kosong ini menyebabkan suapannya menjadi perlahan. Tanpa membuka mulut lelaki itu merampas mangkuk bubur itu daripada tangannya.

"Woi!"

"Shuh. Biar aku suapkan." Jin mengambil tempat di tepi birai katil.

Seomin terdiam tatkala sudu yang dipenuhi dengan bubur itu disua ke mulutnya. Mahu tak mahu,  dia terpaksa menerima suapan daripada Jin.

"Bubur ni elok nak bagi penghadaman kau lancar. Biar semua bahan kimia yang kau telan keluar sekali." Ucap Jin sambil menyuap Seomin tanpa henti.

"Jin. Pelan sikit. Nanti aku rasa nak munt- bluerkk! "

Tanpa sempat lelaki itu elak, bajunya telah basah dek muntah Seomin. Jin terus berdiri. Mangkuk itu diletakkan ke atas meja.

"Sorry Jin. Aku tak sengaja." Ucap Seomin perlahan. Matanya mengintai riak Jin.

Tiba-tiba Jin ketawa menyebabkan Seomin pelik. Kena sampuk ke apa mamat ni.

"Tak keluar ikut bawah,  keluar ikut atas pun bolehlah." Tawa lelaki itu lagi.

"Hah."

Seomin bingung. Jin menggeleng. Apa lagi yang minah ni tak faham.

"Kau dah muntah tu kira okey lah tu. Febreze yang kau dah telan tu kau dah muntahkan." Jelas lelaki itu.

"Tapi Jin..baju kau." Jari telunjuknya dituju kepada baju Seokjin. Mata mereka bertentangan.

"Kau nak aku ambilkan baju baru ke?"

Jin mengangguk. Boleh jugak. Takkanlah dia nak pakai baju yang berbau muntah. Takut nanti dia pula yang termuntah.

"Kejap eh." Seomin keluar dari dalam selimut. Dia berjalan mendekati pintu almari yang terdapat di sudut bilik. Satu persatu baju miliknya dibelek.

Satu t-shirt oversize dikeluarkan olehnya. Bibirnya menguntum senyuman buat Jin.

"Aku rasa yang ni paling muat untuk kau. Tak apa kan?" Ucapnya dengan rasa bersalah.

Baju berwarna pink itu bertukar tangan. "Takpelah. Pink pun pink lah."

Jin menarik hujung bajunya ke atas membuatkan Seomin menjerit terkejut. "Seokjin!!"

"Apasal kau ni?"

"Jangan bukak baju kat sini boleh tak?" Membahang pipinya memandang lelaki itu.

Jin hanya tersengih. "Yelah yelah. Aku masuk bilik air." Katanya sambil membawa baju tadi bersamanya. Seomin akhirnya menarik nafasnya. "Kus semangat aku." Keluhnya.

TOK! TOK!! TOK!

"Woi perempuan!!"

Seomin terkejut dengan jerkahan dari luar pintu biliknya. Pasti itu Taehyung. Selain suaminya siapa lagi yang asyik tengking-tengking dirinya setiap hari.

"Ya?" Tersembul wajah wanita itu tatkala pintu bilik itu dibuka. Taehyung memandang wajah itu dengan tajam.

"Kenapa kau biarkan pintu depan terbukak hah?! Dah tak reti nak kunci pintu? Tak fikir semua barang berharga aku? Kalau kena curi macam mana?! Kau nak bayarkan?!" Marah lelaki itu sambil mencekakkan tangannya pada pinggang.

"Seomin, apa yang jadi tu?" Tegur Jin selepas keluar dari bilik air.

Pandangan mereka berdua teralih pada Jin. Bibir Seomin memucat. Kenapalah dia lupa untuk suruh Jin balik tadi. Dia ingatkan Taehyung pulang lewat harini. Apa pulak angin lelaki tu nak balik awal pulak.

Taehyung menarik senyuman sinis. "Really? Kau dah pandai simpan lelaki dalam bilik pulak sekarang?"

Bulat mata Seomin mendengarnya. "Tak!! Dia-"

"Kalau kau rasa nak menggatal dengan lelaki lain-"

"Seomin tak salah. Akukan kena rawat dia. Of course aku kena ada dalam bilik ni." Jin berjalan mendekati muka pintu.

Seomin hanya memerhatikan mereka berdua. Kedua-duanya bertikam anak mata. Takut pula dia mahu bersuara..

"Sakit sikit je pun. Hei perempuan! Yang kau over sangat ni apahal?!"

"Sakit sikit? Kau sedar tak Taehyung. Kau hampir racunkan anak bini kau!" Kini Seokjin sudah mula naik angin. Ikutkan hatinya ingin sahaja dia melayangkan penumbuk kepada Taehyung.

"Yang kau menyibuk sangat hal aku ni kenapa?! Kau datang sini buat kerja kau jelah bodoh!" Pekik Taehyung pula.

Seomin yang memerhati sudah kecut perut.

"Jin.. Baik kau balik sekarang." Akhirnya dia bersuara setelah melihat mereka seperti mahu membuka gelanggang gusti.

"Tapi.."

"Terima kasih doktor Kim sebab dah rawat saya." Katanya sambil menunduk hormat kepada lelaki itu. Jin terpaksa mengalah. Dia mengangguk faham sebelum keluar dari bilik itu untuk pulang ke rumahnya.

Sejurus sahaja selepas lelaki itu keluar, Taehyung terus menutup pintu bilik dengan kasar lalu menguncinya.

Akibat amarahnya yang masih tidak hilang, dia mahu lepaskan kepada Seomin. Rambut wanita itu ditarik dengan kuat.

"Ah! Sakit! Awak sakit!" Seomin memegang tangan Taehyung yang sedang mencengkam rambutnya.

"Kau memang tak guna! Apa yang dia buat dalam bilik kau hah?! Kenapa dia pakai baju kau? Cakap!!"

"Tak ada apa pun- sakit!"

Taehyung mencampakkan tubuh itu sehingga tubuh Seomin menghentam lantai dengan kuat.

"Kalau kau desperate sangat. Aku boleh mintak mat rempit kat luar tu datang sinilah!!"

"Awak! Tolong maafkan saya. Sumpah! Dia pakai baju saya sebab saya termuntah dekat baju dia. Saya tak tipu.. Percayalah cakap saya.." Rayu Seomin apabila Taehyung mula mengeluarkan tali pinggangnya. Dia tahu. Pasti teruk dia dibantai dengan tali pinggang itu malam ini.

"Alasan!!" Serentak itu satu libasan mengenai lengan kiri Seomin. Wanita itu mengetap giginya menahan sakit. Dia langsung tidak menjerit kerana dia tahu, Taehyung akan lebih bertindak kejam kalau dia menjerit.

"Saya minta maaf.."

"Maaf! Maaf! Itu je yang kau tahu!"

Sebelum sempat satu lagi libasan mengenai tubuh Seomin, tangan Taehyung ditahan oleh seseorang.

"Macam ni rupanya kau dengan Seomin. Kau fikir dia binatang?! Kau nak masuk penjara ke sial?!"

-Tbc-

Willing To Be Her HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang