33

316 32 12
                                    

Ubat apa ni?

Puan Kim mengambil paket-paket kecil itu dari drawer. Dia membelek paket-paket itu. Namun tiada sepatah pun perkataan yang tertulis di bungkusannya.

"Eh mummy! Mummy buat apa?" Seomin terus merampas paket-paket itu dari tangan ibu mertuanya. Satu sengihan diukirnya saat pandangan mereka bertembung. Laju sahaja tangannya menyimpan semula bungkusan tadi ke dalam drawer.

Puan Kim bercekak pinggang. Laju betul menantunya berlari ke arahnya tadi. Macam ada sesuatu sahaja ubatnya.

"Ubat apa tu Seomin?"

"Oh ni..ini.."

"Pil ehem ehem mummy. Tae punya. Mummy kan nak cucu ramai."

Taehyung yang entah dari mana tiba-tiba bersuara. Seomin tertunduk saat anak mata Taehyung menikam anak matanya. Kemudian lelaki itu terus memeluk tubuh ibunya.

"I miss you mummy."

Bila masa lelaki ni balik? Kenapa dia tak tahu?

"Dah selesai urusan kamu? Risau mummy bila tengok Seomin sorang je yang balik rumah. Yang kamu balik rumah malam-malam buta ni mesti kamu penatkan?"

Taehyung mengangguk dan mencebik apabila pipinya diusap lembut oleh Puan Kim. Manja! Anak emak betullah. Seomin mencebik. Dengan aku dia jeling-jeling pula.

Namun kehadiran Taehyung dan kata-kata penipuannya tadi cukup untuk membuatkan mummy tidak bertanya lebih-lebih. Itu sudah cukup membantu walaupun jawapan dia tak masuk akal. Siapa je yang simpan pil sebegitu banyak-banyak?

Selepas Puan Kim beredar dari dapur, tinggallah dia dan Taehyung. Lelaki itu memandangnya tajam.

"Kau ambil lagi sampah ni?" Matanya menikam anak mata aku. Dia memeluk tubuhnya sambil merenung aku bagaikan aku telah buat kesalahan besar. Sedangkan sebelum ni, dia langsung tak ambil peduli. Kenapa baru sekarang?

Bila aku sudah ketagih, kenapa baru sekarang?

"Saya..perlukannya." Lambat-lambat aku menjawab. Pandangan matanya tidak berani untuk aku tentang. Aku hanya menunduk memandang lantai.

"Kenapa? Untuk apa kau ambik?" Langkahnya mendekati aku. Semakin dia ke depan, semakin kaki aku mengundur.

"Sebab apa Jeon Seomin?" Dia masih maju ke hadapan.

Akhirnya unduran aku terhenti apabila belakang badan aku berada rapat pada peti ais di situ. Dalam diam aku menyumpah kedudukan peti ais yang seperti sengaja mahunya terperangkap!

Hujung kakinya bertemu dengan hujung kaki milik aku. Baru sahaja aku mahu melarikan diri, tangannya segera mengunci diri aku.

"Jawab soalan aku, Seomin." Dia masih mendesak aku. Terasa nafasnya menghentam wajah aku. Dia terlalu dekat. Hidung aku dapat menangkap baunya yang seperti kopi itu. Tapi bau kopinya seperti bercampur dengan bau lain. Bau floral yang dia pernah bau sebelum ini.

"Awak pergi mana? Kenapa baru balik?" Soalannya dibalas dengan soalan. Aku tak kisah. Aku nak tahu dengan siapa Taehyung berada sepanjang lelaki itu tiada bersamanya.

"Jangan ubah topik!" Tegas bunyi suaranya namun aku tak kisah. Aku tak takut. Perasaan cemburu menguasai diri aku kala ini.

"Awak balik dan nak terus marah saya?" Aku tak tahu apa yang merasuk diri aku. Emosi aku sudah berubah. Tubir mata aku memanas.

Dia layan mak dia dengan kata-kata rindu. Dia tak rindukan aku juga ke? Kenapa balik sahaja, lelaki itu terus menghentamnya begini? Padahal dia dah lama buat kerja ni. Sebelum ni lelaki itu langsung tak ambil tahu pun.

"Of course aku marah. Kau tahu kau ambik apa! Kau ambik dadah for the fvck sake!"

Tubir air mata aku pecah. Linangan air mata itu tak mampu untuk aku kawal. Riak wajahnya berubah lembut apabila melihat air mata aku.

"Jangan nangis sayang..aku.." Dia mahu mengesat air mata aku tapi tangannya kekal di udara. Dia langsung tidak menyentuh aku.

Kenapa? Kenapa awak tak sentuh saya Taehyung? Jijik sangat ke saya pada awak?

"Aku akan buang semuanya. Jangan cari atau ambil benda-benda macam ni lagi." Bicaranya sangat tegas. Sebelum dia melangkah pergi, tangan aku mengenggam tepi bajunya. Kepala aku digeleng-gelengkan beberapa kali.

Aku tak nak dia ambil semuanya. Aku perlukan semuanya lagi. Macam mana nak hilangkan rasa sunyi aku? Kesakitan aku?

"Kau guna duit aku untuk semua ni, jadi kau kena bayar semula untuk dapatkannya balik."

Mata aku membundar. Bayar semuanya? Mana dia nak cekau duit sebanyak itu? Taehyung tak adil. Lelaki itu tahu yang dia tak mampu nak bayar.

"Awak sengaja buat saya macam ni." Esakan seperti mahu keluar lagi daripada bibir aku. Anak matanya aku pandang dengan dalam. Mengharap simpatinya.

Tetapi lelaki itu kekal beku. Taehyung masih bertegas dengannya. Matanya hanya mengekori pergerakan Taehyung yang sudah bersedia dengan satu plastik besar. Tak adil. Tak adil. Tak adil.

"Sebelum ni. Kenapa awak tak halang saya? Kenapa baru sekarang awak nak kisah?" Akhirnya kata-kata itu terluah juga. Taehyung yang sedang memasukkan semua paket itu ke dalam plastik sampah terhenti perbuatannya.

"Aku yang buang stok kau sebelum ni. Aku yang batalkan penghantaran untuk sampai pada kau sebelum ni. Tak cukup lagi? Aku yang buang ubat yang Euncheol bagi pada kau sebelum ni."

Seomin terdiam. Jadi Taehyung ambil tahu. Kejap. Dia menarik nafas dalam sebelum memandang wajah Taehyung dengan riak terkejut.

"Awak tah-"

"Euncheol punya kerja? Apa? Dia buat kau ketagih? Yes."

Seomin memandang suaminya dengan riak wajah tidak percaya.

"Kau boleh berhenti berkawan dengan dia." Ujarnya.

Apa?

Mata aku merenung sepasang anak matanya dengan dalam.

"Dia bestfriend saya. Saya dah kenal dia lama!" Bentak aku sebelum wajahnya menjadi ketat.

"Bestfriend? Bestfriend apa yang jualkan dadah untuk kawan dia? Bestfriend apa yang tidur dengan suami kawan dia sendiri?!"

Aku terkedu. Dia juga terdiam. Oh jadi dia mengaku yang selama ni dia tidur dengan Euncheol? Kenapa aku tak terkejut? Kenapa aku rasa sedih berbanding cemburu?

"Awak nak tahu kenapa saya ambil dadah?" Langkah aku dibawa dekat dengannya. Salah satu paket di dalam drawer itu, aku ambil dan buka. Dia hanya kaku di tempatnya. Hanya melihat aku yang seperti tidak waras. Beberapa pil itu aku genggam.

Sebab saya sedih. Sebab saya rasa tertekan. Sebab awak, Taehyung! Sebab awak!

Aku menelan semua pil itu di hadapannya. Dia masih tidak berkutik. Hanya merenung aku dengan pandangan yang tajam.

Kepala aku terasa berpinar selepas ubat itu mula berjalan. Tubuh aku juga terasa ringan.

"Au!" Tangan aku memegang tempat rahim aku berada. Di hujung ekor mata aku, Taehyung kelihatan panik memandang celah paha aku.

Kenapa ari-ari aku terasa ngilu? Ini.. Ini tak pernah terjadi pun sebelum ini.

Mata aku turut memandang tempat yang sama. Cecair panas itu turun dari celah kangkang aku. Dd-darah!

Itu sahaja perkara terakhir yang aku lihat sebelum semuanya menjadi gelap.

Tbc

Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now