32

303 29 5
                                    

Yoongi mencium bau jaketnya yang masih mempunyai wangian milik Seomin. Dia tersenyum apabila teringatkan tentang malam apabila dia menghantar Taehyung yang tengah mabuk. Disebabkan si bebal tu, dia berpeluang untuk memeluk wanita kesayangannya.

"Sayang betul kau kena kahwin dengan lelaki kejam tu, Seomin. Padahal aku ada je untuk kau."

Punggungnya dihenyakkan ke atas sofa. Pistol di atas meja yang berada di hadapannya diambil. Dia menyambung mengelap senjata itu dengan sehelai kain yang sudah dikotori dengan habuk peluru.

"Aku harap kau dapat buat kerja dengan baik, doktor Kim." Matanya mencerlung tajam kepada lelaki yang tua setahun daripadanya itu.

Jin meneguk liurnya. "Suga,hyung.."

"Keluar sebelum aku sempat tembak kepala kau."

Jin akur. Dia akui yang perbuatannya salah sebab mengikut kata-kata Suga. Tapi Seomin tak layak terima semua fitnah ni.

-

Taehyung mengalihkan tangan yang berada di atas dadanya. Dia mengiring membelakangi tubuh yang telah ditemaninya sepanjang malam. Dadanya terasa sesak tiba-tiba. Penuh dengan perasaan yang dia sendiri tidak pasti.

Ini ke rasa bersalah?

Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunannya. Nombor si pemanggil diintainya.

Jeon Seomin!

Hampir dia terlupa tentang isterinya itu. Panggilan telefon itu dijawab selepas dia berjaya memboloskan dirinya dari bilik itu.

"Hello?" Taehyung menyapa dahulu sebaik sahaja panggilan itu bersambung. Suara Seomin yang menyambut membuatkan dia terasa lega.

"Awak pergi mana Tae?" Risaunya sambil mengusap rambut Jungwook yang sedang ketiduran. Sejak Taehyung meninggalkan dia di lapangan terbang, dia asyik risaukan lelaki itu sahaja. Sudahlah tidak beritahu apa-apa kemudiannya menghilang diri.

"Kau risaukan aku eh?" Balkoni hotel yang berangin itu membuatkan rambutnya menutupi pandangan matanya daripada melihat keindahan bandar di Seoul itu. Taehyung meraup rambutnya yang semakin panjang itu ke belakang.

Seomin mengeluh lemah. Itu pun masih nak tanya."Mestilah saya risaukan awak. Bila awak nak balik?"

Taehyung tersenyum mendengar jawapan Seomin. Dia tidak menjawab sebaliknya dia menyoal lagi.

"Rindu aku tak?"

Tiga patah perkataan itu mampu membuatkan Seomin gugup. Jarang-jarang Taehyung nak tanya benda-benda macam ni.

Kening Taehyung ternaik saat talian itu terasa sepi. Dah putus ke? Tapi talian masih bersambung.

"Sikit." Itu sahaja yang mampu dia ucapkan.

Taehyung tersenyum lagi mendengarkan jawapan daripada isterinya.

"I miss y-"

"Taehyung baby.."

Baru sahaja dia mahu mengungkapkan sesuatu, suara Euncheol terlebih dahulu memotong percakapannya.

Kelihatan wanita itu seperti baru sahaja bangun daripada tidurnya. Kuapan wanita itu cukup untuk mengambarkan bahawa wanita itu terus mencarinya sebaik sahaja dia terjaga.

Taehyung gelabah saat panggilan tadi dimatikan oleh Seomin. Dia tertekan end call ke? Tapi rasanya jarinya elok sahaja memegang phone itu.

Euncheol memeluk pinggangnya yang hanya dilapisi dengan sehelai tshirt putih yang dipakainya. Taehyung terasa kekok.

"You.."

"Shuh.." Bibirnya disentuh supaya tidak mengeluarkan suara. Tangan Euncheol kini berada di dadanya.

Jari runcingnya cuba melukis sesuatu di atas tshirt putih yang dipakai Taehyung. Namun lelaki itu kekal membatu seperti patung. Taehyung hanya menyaksikan perbuatannya tanpa berbuat apa-apa.

"You..I takut." Euncheol memuncungkan bibirnya bagi menagih simpati lelaki itu. Dia cuba mencari anak mata Taehyung. Namun lelaki itu hanya memandang permandangan bandar Seoul berbanding wajahnya.

"You boleh protect I? At all cost? Stay by my side..forever?" Ujar Euncheol sambil melukis sesuatu di dada Taehyung dengan jarinya.

Jarinya yang sibuk menari digenggam oleh lelaki itu. Kedengaran keluhan berat yang dilepaskan oleh Taehyung.

"You know what..I can't. I.."

"You love her? Jeon Seomin? You dah jatuh hati dengan dia?" Tanya Euncheol dengan wajah yang tidak percaya.

Taehyung tidak memberi respon. Mengiyakan pun tidak, menidakkankan pun bukan. Lelaki itu kekal membisu membuatkan Euncheol mula panas hati.

"Cakap Kim Taehyung. You love her right?!" Suaranya yang ditinggikan membuatkan Taehyung mula terasa rimas.

"I don't know okay!? I just..I tak boleh lepaskan tanggungjawab I macam tu je. She is my wife."

"Divorce then. Dah empat tahun, why now you nak berbaik dengan dia? Kenapa bukan empat tahun dulu? You nak simpan dia buat apa? Jadi perempuan simpanan?"

"Shut up!" Kesabaran Taehyung semakin menipis. Silap hari bulan bukan Seomin sahaja yang dia pernah pukul. Dia menjauhkan dirinya dari Euncheol. Wanita itu dijelingnya dengan pandangan yang cukup tajam.

Tanpa dipinta, mulut Euncheol terkunci rapat. Rasa menyesal mula bertandang disebabkan mulutnya yang terlepas cakap. Tengok sekarang! Disebabkan perempuan tu, Taehyung pun dah tak nak layan dia.

Geram di hatinya tidak dapat diungkap. Kalaulah nasib dirinya dapat dipindahkan kepada orang lain. Dia akan memilih Seomin untuk bertukar nasib dengan dirinya.

'Mungkin dulu kau dapat dia Jeon Seomin, tapi kalini aku tak akan biarkan lagi.'

Tbc

Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now