15

476 53 12
                                    

"Jeon Jungkook! Stop it! Hahaha gelilah! Better you stop! Yah!" Seomin menolak dada Jungkook daripada mencium lehernya namun lelaki itu masih lagi berdegil. Tangan sasa lelaki itu mencapai tangannya lalu menekannya kuat ke atas katil. Kini Seomin terperangkap di bawah tubuh Jungkook.

"Jungkook..jangan tinggalkan hickeys okey. I nak kena jumpa Taehyung lepas ni." Pesannya sebelum lelaki itu lebih hilang kawalan. Dia tidak mahu Taehyung syak apa-apa nanti.

"Kalau I tinggalkan jugak, apa yang you boleh buat?" Cabar jejaka itu dengan senyuman mengejeknya.

"I tendang you sampai mandul. Nak?" Ugutnya namun wajah Jungkook terus berubah membuatkan dia serba salah. Dia ada salah cakap ke?

Mungkin baginya tidak salah bergurau sebegitu, tapi siapa tahu? Mungkin Jeon Jungkook, lelaki yang sasa ini boleh terasa? Lagipun siapa je yang suka mati pucuk kan?

Menyedari perbuatannya yang membuatkan Jungkook berdiam diri dengan lama, Seomin terus mengucup bibir lelaki itu berkali-kali untuk meminta maaf.

"Look kookie...I..you sendiri tahu yang I gurau je. Janganlah ambil hati..Okey?" Dada bidang Jungkook ditepuknya berkali-kali.

Termakan dengan pujukan itu, Jeon Jungkook kembali tersenyum.

🌹

Euncheol terbangun daripada tidurnya selepas bunyi mesej yang tidak henti-henti menganggu lenanya. Tangannya segera meraba meja kecil yang berada di sebelah katilnya. Telefon bimbitnya dicapai lalu skrin yang berbentuk petak itu ditatapnya dengan satu rengusan. Siapa pulak yang berani menganggunya lewat malam begini?

Matanya yang masih silau dengan cahaya telefon itu terus segar selepas melihat pengirim yang telah menghantar mesej kepadanya.

Euncheol mengintai wajah lelaki yang sedang tidur di sebelahnya. Dia mahu memastikan Park Jimin masih terlena sebelum dia membalas mesej daripada Taehyung.

Baby Tae 💋

Where are you? I need you.

Euncheol tersenyum. Jarinya lincah menaip sesuatu.

Sorry baby. I can't. Too tired. ;(


Dia tersengih kecil melihat mesej yang baru dihantarnya. Mestilah dia penat dan letih. Seharian dia melayan dan mengikut kehendak Jimin pada hari ini. Namun dia masih tidak puas hati. Jimin selalu menjadikan dia sebagai tempat melepaskan nafsunya yang tidak dapat dipuaskan oleh perempuan lain. Sebab itulah dia keluar dengan Taehyung secara senyap-senyap.

Walaupun dia adalah milik Jimin namun dia masih tidak boleh digelar isteri kepada lelaki itu. Dia hanyalah sekadar perempuan simpanan selepas lelaki itu membelinya. Dia mahukan layanan seperti yang Taehyung berikan kepadanya. Lelaki itu sangat manis dan pandai menjaga hatinya. Langsung tidak sama dengan Jimin yang sentiasa naik angin tidak tentu hala.

Jam yang terpapar di bar skrin telefonnya dilihat. Pukul 1 pagi and he's still want my attention. Ke mana Jeon Seomin pergi? Sudah hilang ke daya tarikan wanita itu? Mungkin wanita itu sudah tidak wujud lagi kerana semua lelaki yang terkejarkan dia dahulu sudah beralih arah kepadanya sekarang. Lagi-lagi Kim Taehyung.

"Babe..you buat apa? Terang sangatlah." Gumam lelaki itu dengan mata yang masih terpejam. Tangan Jimin menarik tubuhnya ke dalam dakapan lelaki itu membuatkan telefonnya terlepas dari genggaman.

"Sorry sayang." Balasnya lalu tubuh Jimin yang tidak berbaju itu dipeluknya erat. Mesej balas daripada Taehyung langsung tidak dipedulikan olehnya. Akhirnya wanita itu kembali terlena di dalam pelukan hangat Park Jimin.

Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now