Kepekatan malam dan kedinginan angin jelas terasa apabila aku menjejakkan kaki ke bahagian rooftop hospital ini.
Derapan langkah Taehyung aku ekori dengan rasa bersalah. Wajahnya yang ketat membuatkan aku semakin kecut perut untuk bersuara.
Bukan salah aku tapi kenapa aku takut sangat ni?
Langkahnya yang terhenti tiba-tiba membuatkan jantung aku berdebar sakan. Dia memusingkan tubuhnya menghadap aku.
"Kenapa?!"
Nada suaranya membuatkan bahu aku terhenjut kerana terkejut. Satu keluhan terbit di bibirnya sebelum dia merendahkan kembali suaranya.
"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal?" Tanya dia dengan kerutan di dahinya. Riak wajah kecewanya membuatkan hati aku menjadi remuk.
Jujur aku tak suka keadaan kami jadi macam ni.
"Jadi selama ni, kau tahu siapa bapak Jungwook yang sebenarnya?"
"Saya dah tak kisah siapa ayah Jungwook. Tolong jangan tinggalkan saya.."
Aku sudah separuh merayu dengannya. Ego aku sudah dicampak jauh-jauh. Aku dah tak kisah kalau dia nak aku melutut depan dia sekarang. Aku boleh buat. Cuma jangan tinggalkan aku.
"Jujur Seomin, siapa ayah dia yang sebenarnya? Berapa ramai lelaki yang kau pernah berhubungan kat belakang aku selama ni?"
"Saya..s-saya.." Aku kehilangan kata-kata. Tak perlu cakap, mata aku sudah memberi semua jawapan yang Taehyung mahukan.
"Jadi kau terima lamaran tu?" Nadanya seperti sudah berputus asa dengan hubungan kami. Tolong jangan..
Kepala aku menggeleng laju bagi menafikan soalannya. Mata aku sudah memanas. Air mata yang bergenang juga sudah mula kelihatan di tubir mata aku.
"Saya tak tahu apa-apa pun tentang lamaran tu!"
"Aku tak kisah kau tahu ke tak. Soalan aku, kau terima ke tak lamaran tu? Kalau kau terima,"
Taehyung mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"Aku dah sedia nak lepaskan kau."
Aku terpempan mendengarnya. Lepaskan aku? Aku tak salah dengarkan?
"Jangan fikir tentang kita. Fikir tentang Jungwook." Tambahnya lagi. Kepala aku menggeleng lagi bagi menidakkan kata-katanya.
No. Aku tak nak. No!
"Saya sayangkan awak Taehyung. Tolong jangan cakap benda-benda macam ni lagi.." Tersekat-sekat suara aku untuk memujuknya.
Air mata aku sudah berlumba-lumba membasahi pipi aku tapi riak wajah Taehyung masih lagi kekal tenang. Dia seperti langsung tidak terkesan dengan kata-katanya sendiri.
Aku menangis semahunya di hadapan dia. Biarlah wajah aku kelihatan hodoh kerana menangis begini tapi aku nak dia tahu yang aku masih tak bersedia dengan apa-apa perpisahan yang dia maksudkan.
Tubuh aku sudah menggigil kerana kesejukan malam. Ditambah lagi dengan perpisahan yang tiba-tiba ini membuatkan kaki aku menjadi lemah untuk menampung tubuh sendiri.
"Seomin..aku yakin yang kau lebih bahagia dengan dia berbanding aku." Melihatkan aku yang hampir rebah, Taehyung terus merangkul tubuh aku ke dalam dakapannya.
Aku menyembamkan wajah aku pada dadanya. Haruman tubuhnya membuatkan tangisan aku semakin menjadi-jadi.
Tak mungkin lelaki tu sama seperti Taehyung. Sentuhan dia, haruman dia, suara dia takkan sama macam Taehyung.
Hujung jaketnya aku genggam dengan kuat. Aku tak nak lepaskan.
"Tapi saya cintakan awak, bukan dia."
"Cinta boleh dipupuk. Macam mana aku buat kau cintakan aku, dia jugak boleh."
"Takkan sama. Saya cuma cintakan awak sorang. Jangan buat saya macam ni. Saya sudi buat apa saja untuk awak. Cakap awak nak apa. Saya boleh buat!"
"Aku nak kau terima lamaran tu."
Hati aku berderai mendengar permintaannya. Mata aku semakin berkaca-kaca merenung anak matanya.
"Ini sebabnya Seomin. Aku selalu buat kau sedih. Aku selalu buat kau nangis. Pernah tak kau terbayangkan hidup kau kalau kita tak pernah jumpa?"
"Saya tak akan pernah belajar apa-apa dalam hidup kalau kita tak jumpa Taehyung. Awak ajar saya untuk jadi kuat. Awak ajar saya untuk jadi lebih matang." Suara aku menggigil saat menuturkannya. Aku cuma nak hubungan ni berkekalan sampai bila-bila. Itu satu permintaan yang mustahil ke?
"Jadi buat benda yang sama lagi sekali sayang. Jadi kuat dan matang untuk Jungwook. Untuk aku."
Tbc
Sejam lagi exam, sempat lagi update satu chapter 🤓 (jangan ikut eh)
Happy ending or sad ending? 😄
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfic"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...