⚠15+⚠
Dengan langkah yang tidak seimbang, Taehyung masih gagahkan diri untuk ke bilik yang Yoongi katakan.
Tombol pintu dipusingnya sebelum dia melangkah masuk. Matanya sudah berpinar. Nampaknya alkohol tadi sudah mula menguasai dirinya. Namun apa yang difikirkannya sekarang cuma katil. Dia mahu merebahkan tubuhnya ke atas katil empuk yang berada di hadapannya sekarang.
Namun niatnya terbantut apabila melihat sekujur tubuh lain mengambil tempat di atas katil itu. Rambut perang yang menutupi mukanya membuatkan Taehyung susah untuk mengecamnya. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah itu untuk melihat dengan lebih jelas.
Semakin dekat dia dengan wanita itu, semakin kuat bau manis yang dapat dihidunya. Jantungnya berdebar sakan. Ini kali pertama dia mendekati seorang wanita sebegitu dekat.
Tanpa membuang masa, dia terus merangkak ke atas katil untuk mendekati wanita yang masih hanyut dalam mimpinya.
Seperti ketagih dengan bauan itu, Taehyung menghidu leher wanita itu pula. Sesekali hujung hidungnya berlanggar dengan kulit mulus wanita itu. Manis buah-buahan itu datangnya dari situ. Tanpa mengenal siapa pun yang terbaring di hadapannya, Taehyung terus menyembamkan wajahnya pada lekuk leher wanita itu. Bau yang menyenangkan itu dihidunya puas-puas.
Dia merangkul pinggang yang dilapisi dengan gaun merah itu. Jari telunjuknya menyelak rambut perang itu daripada menutupi wajah wanita itu. Matanya memandang segenap inci wajah itu tanpa berkelip. Sangat lama sehingga pandangannya terhenti pada bibir wanita itu. Jantungnya berdegup kencang tanpa henti.
Bibir yang tercalit dengan gincu merah itu telah menarik perhatiannya.
Sama ada disebabkan alkohol tadi atau bauan wanita ini yang buat dia seperti mabuk. Mabuk nakkan tubuh ini.
Seperti lebah yang tertarik dengan madu, Taehyung terus mencium bibir merah itu.
Ciuman itu dileraikannya. Suara hatinya menyatakan bahawa perbuatannya ini salah. Namun tidak sampai setengah saat, bibirnya kembali menyentuh bibir wanita itu.
Mukanya panas. Tak, seluruh tubuhnya terasa panas sekarang. Debaran jantungnya juga seperti menggila dalam dadanya. Dia tak mampu berhenti. Apa yang wanita ini makan sehingga mulutnya juga terasa manis?
❤💜💙
Seomin terjaga daripada tidurnya yang lama. Jam tangan yang melilit pergelangan tangan kirinya segera ditilik.
"Empat pagi?"
Seomin menepuk dahinya. Sebelum ini banyak jugak yang dia minum, tapi tak adalah sampai tertidur dekat rumah orang. Kepalanya terasa pening. Kesan yang dia rasa seperti dia sudah telan dadah. Dia mendengus geram.
Jeon Jungkook. Mesti lelaki tu ada masukkan sesuatu dalam minuman aku.
Aku cuba untuk berdiri, namun kaki aku terasa lembik untuk melangkah. Apa kena dengan aku ni? Ada sesiapa sentuh aku ke malam tadi?
Aku cuba juga untuk melangkah ke meja solek yang berdekatan. Mata aku membuntang memandang wajah sendiri.
Bibir aku comot dengan gincu sendiri. Malah leher aku juga penuh dengan lebam-lebam. Tapi gaun aku masih elok di tubuh.
Aku mencarut sendirian. Dia fikir aku tak tahu ke dia sentuh aku kalau dia pakaikan balik baju aku?
Aku membuka salah satu drawer. Tisu basah yang ada, aku ambil dan lap pada bibir aku.
Hallway yang panjang itu aku pandang dengan keluhan. Ni rumah ke hotel? Sengaja betul nak buat aku sesat.
Tanpa arah tujuan, aku hanya berjalan. Harap-harap dapatlah jumpa tangga. At least dah ada kat tingkat bawah, taulah aku mana pintu keluar.
"Auch." Sesekali aku berhenti berjalan apabila terasa tempat sensitif aku sakit. Dahi aku berkerut. Sebelum ni tak pernah-pernah pun terasa sakit, kenapa kalini sakit dia semacam?
"Jeon Seomin."
Aku mengangkat kepala.
"Yoongi.."
Aku mengagak yang lelaki ini baru sahaja selesai mandi. Lagi-lagi bila aku lihat rambutnya yang masih basah itu. Aku juga dapat menghirup haruman sabun daripadanya. Dia memandang aku dengan pandangan redupnya.
"Kau nak pergi mana pagi-pagi buta ni?" Soalnya dengan pandangan pelik. Tapi aku lagi pelik. Sejak bila pulak mamat ni bercakap? Jujur ini kali pertama dia bercakap lebih daripada sepatah dengan aku.
"Baliklah. Apa lagi."
"Apa kata kau balik bila dah cerah? Bahayalah." Cadangnya lalu dia merangkul pinggang aku untuk berjalan bersamanya. Kaki aku menurut tanpa paksaan. Nanti tak ikut, aku juga yang sesat.
"Oh ya. Jin kata kau datang dengan dia semalam."
Aku mengangguk.
"So kau nak balik naik apa?" Soalnya dengan sebelah keningnya terangkat.
"Teksi?"
Jawapan aku mengundang tawanya. Aku pelik. Kelakar sangat ke apa yang aku cakap? Betullah naik teksi bukannya aku kata naik unicorn ke apa.
"Teksi mana ada pukul 4 pagi sayang." Sebutnya dengan ketawa yang masih bersisa. Pipi aku berbahang. Entah disebabkan malu digelakkan atau perkataan sayang yang keluar daripada mulutnya.
Wajahnya aku intai. Dia seperti tidak kisah dengan perkataan itu. Aku hanya menjungkitkan bahu. Kalau dia tak kisah, aku pun malas nak kisah.
"HACHUMM!"
Bunyi bersin itu terlalu kuat sehingga aku dan Yoongi berpandangan sesama sendiri.
Aku tergelak kecil. Bunyinya macam Taehyung.
Kejap.
Minda aku baru teringatkan lelaki itu.
"Taehyung?!" Panggil aku sejurus sahaja menolak salah satu daun pintu yang berada di situ dengan kasar.
Taehyung terkejut, begitu juga dengan Yoongi yang berdiri di sebelah aku.
Aku meluru ke arahnya. Pipinya aku pegang. Wajahnya aku pusingkan ke kanan dan ke kiri. Mata aku memeriksa keadaannya dengan wajah yang risau.
Nampaknya lelaki itu seperti tidak apa-apa. Aku menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya tiada siapa yang bergaduh malam tadi.
"Awak risau?" Matanya bersinar memandang aku. Tetapi tidak lama apabila pandangannya jatuh pada leher aku. Cepat-cepat aku menutupnya dengan rambut sendiri.
"Mmestilah saya risau. Mmana tahu awak bergaduh ke apa malam tadi." Bibir aku bergetar. Pelik. Aku takut dengan Taehyung ke sekarang?
Perbualan yang berlaku di hadapannya membuatkan Yoongi menahan tawanya daripada meletus. Comel tapi cringe. Matanya melihat wajah Seomin kemudian wajah Taehyung semula.
Tak sesuai langsung. Kutuknya dalam hati.
Anak matanya kembali memandang Seomin. Tak sangka perkara yang dia inginkan sudah berlaku semalam. Kalaulah dia boleh berada dekat dengan Seomin seperti malam tadi, kan bagus.
Seluruh tubuhnya memanas apabila teringatkan bagaimana dia menyentuh wanita itu semalam.
Tbc
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...