41

326 40 18
                                    

Date? Date apa? Aku datang seorang. Tujuan aku cuma nak lupakan semuanya. Lupakan tentang kata-kata Jin, tentang Yoongi dan terutama sekali tentang Taehyung.

Aku ingat aku dah berjaya tipu Taehyung. Tapi lelaki itu tak percayakan aku dan terus merengek mahu mengikut. Rasanya pengaruh alkoholnya agak kuat membuatkan perangainya semakin menjadi-jadi.

"Wife. Aku nak munt-" Pipinya mengembung membuatkan aku cemas.

"Eh jangan muntah atas bahu saya!" Tangan Taehyung yang berpaut padanya segera dialihkan. Dia mengheret tubuh lelaki itu sambil kakinya dikejarkan ke arah longkang yang berdekatan.

Belakang Taehyung diusapnya perlahan sementara lelaki itu memuntahkan isi perutnya. Seomin mengalihkan pandangannya daripada melihat lelaki itu muntah. Kalau tidak, dengan dia sekali join lelaki itu.

"Awak dah sudah ke?" Tanyanya sebaik sahaja Taehyung berdiri tegak dengan tiba-tiba.

Taehyung merenungnya dengan lama membuatkan pipinya berbahang. Lelaki ni dah kenapa? Makeup aku nampak tak sekata ke? Atau pelik sangat muka aku dengan makeup?

"Eh! Apa awak buat ni?!"

Terkejut beruk dia apabila Taehyung datang mendekatinya dengan muncung di bibir lelaki itu. Dia nak cium aku ke apa?

"Awak baru muntahlah Taehyung! Saya tak nak!" Wajah dan dada Taehyung ditahannya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Namun lelaki itu masih tidak mengalah.

"Muah."

Taehyung membuat bunyi itu apabila bibirnya berjaya singgah di pipi Seomin. Bukan itu sahaja yang singgah. Titisan muntah Taehyung juga melekat di pipi wanita itu.

"Yah!" Mata Seomin membundar melihat tindakan Taehyung itu. Namun lelaki itu hanya mengekek melihat reaksinya.

-

"Ughh!" Badan Taehyung dihempaskan ke atas katil miliknya. Seomin mula menyesal membiarkan lelaki itu mengikutnya. Habis sakit satu badannya mendukung lelaki itu sehingga ke biliknya. Nasibnya baik sebab Jungwook dan ibu masih tidur dan tidak sedar akan kehadirannya pagi-pagi buta itu. Sudahlah dia keluar ke kelab pun senyap-senyap.

Seomin mendekati katil di mana tubuh suaminya dibaringkan. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Matanya memandang lama pada t-shirt lelaki itu.

Dia teragak-agak untuk menukar pakaian Taehyung. Bukannya dia tak nak abaikan kesan muntah di dada lelaki itu. Tapi macam mana dengan katilnya? Dia baru basuh cadarnya itu semalam dan dia bukannya rajin untuk basuh semula.

Jarinya menyentuh hujung baju Taehyung dengan berhati-hati. Lelaki itu langsung tidak bergerak membuatkan kerjanya menjadi lebih mudah.

'Okay. Tarik nafas dalam-dalam. Kau boleh buat. Lagipun dia ni tidur mati. Jangan risau Seomin. Tarik je baju dia lepas tu kau biar je dia tidur tak pakai baju. Simple.'

Baju Taehyung berjaya ditariknya sehingga paras perutnya. Seomin cuba untuk mengeluarkan lengan lelaki itu tetapi perbuatannya kelihatan sangat kekok.

"Asallah dia pakai t-shirt? Kenapa tak pakai baju lengan panjang terus?" Bebelnya perlahan.

"Pang." Tangannya ditampar lelaki itu. Terkejut Seomin dibuatnya. Pergerakannya juga automatik terhenti dek tamparan Taehyung. Laju jantungnya berdegup tatkala ini. Lelaki ni dah sedar ke?

"Ish. Dia ni." Seomin menyambung semula pekerjaannya selepas melihat Taehyung yang masih diulit mimpi itu.

-

"Mama..."

Bunyi tangisan beserta bunyi hingus disedut itu telah menganggu tidurnya. Taehyung membuka matanya dengan payah apabila lampu bilik itu menyilaukan pandangannya.

Willing To Be Her HusbandWhere stories live. Discover now