"Mummy..please mummy. Taetae nak pekerja bukannya penjaga." Keluh Taehyung. Dekat rumah hadap muka dia takkan kat tempat kerja pun nak kena hadap jugak?
"Yelah pekerja. Taetae kena test dulu. Mana tahu Seomin berpotensi? Tak boleh buat spekulasi terus." Pujuk mummynya lagi. Pandangan mummynya yang sangat berharap itu membuatkan dia rasa bersalah untuk menolak.
"Yelah..yelah nanti Tae fikirkan." Taehyung akhirnya mengalah membuatkan Puan Kim tersenyum lebar.
-
Seomin memejamkan matanya tatkala mop di tangannya hampir terlepas daripada genggamannya. Pandangan Taehyung kepadanya sedari tadi membuatkan dia kekok untuk membuat kerja. Ada sahaja benda yang tak kena yang berlaku.
"Kau belajar bahagian mana sebelum ni?" Suara garau itu memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
Hampir pecah jantungnya tatkala ditegur secara tiba-tiba. Seomin memandang wajah Taehyung. Lelaki itu masih segak memakai baju kemejanya. Nampaknya Taehyung baru sahaja pulang dari pejabat.
"Bussiness administration." Jawabnya takut-takut. Taehyung mengangguk perlahan.
"Esok pakai baju formal. Ikut aku pergi pejabat." Arah lelaki itu.
"Hah?" Terpinga-pinga Seomin dibuatnya. "Untuk apa?"
"Kerja dengan aku."
"Tapi saya tak nak!"
Mencerlung mata Taehyung memandangnya. "Kau ingat aku nak sangat?! . Kalau bukan sebab mummy, kau ingat aku nak sangat tunjuk muka buruk kau depan pekerja aku?" Kutuk lelaki itu.
"Kalau dah mummy yang suruh..saya akan buat." Perlahan sahaja suaranya. Kata-kata Taehyung sangat menyakitkan hatinya. Dulu lelaki itu tidak habis-habis memujinya. Tidak pernah pula lelaki itu mengutuk fizikalnya. Tapi sekarang? Dah macam zikir je gayanya.
Seomin memusingkan badannya ke arah lain untuk sambung mengemop lantai. Dia betul-betul membelakangi Taehyung.
Air matanya yang mengalir dikesatnya laju dengan hujung lengan baju. Dia tidak mahu Taehyung tahu yang dia terasa dengan kata-kata lelaki itu tadi.
Selepas mengemop lantai di ruang tamu, Seomin sambung di bilik tidur pula. Pergerakkannya terhenti di hadapan sebuah cermin yang besar di dalam bilik tidur itu. Dia melihat pantulan dirinya di cermin.
Rambut kusutnya hanya diikat ala kadar. Sejak Jungwook masuk ke hospital, dia langsung tidak menjaga penampilannya. Habis rosak rambut panjangnya itu kerana tidak dijaga.
Matanya turun pada wajahnya pula. Kusam dan nampak murung. Akibat sering memikirkan keadaan Jungwook sehingga dia tidak tidur menyebabkan matanya seperti ditumbuk sehingga lebam. Mukanya sebijik macam penagih dadah. Wajarlah Taehyung kata mukanya buruk tadi.
Seomin mengeluh. Dia reda kalau Taehyung memang dah tak sukakan dirinya.
-
"Siallah kau ni!" Tengking Taehyung tepat di mukanya. Air matanya yang sudah bergenang tidak dapat ditahan olehnya. Seomin menangis di hadapan suaminya.
Sanggup Taehyung menghinanya kerana memakai baju yang dikatakan kolot. Dah ini je yang ada, yang paling elok di dalam almarinya.
Dia melihat baju t-shirt berwarna kuning dan skirt separas betis yang berwarna hijau muda yang elok berada di tubuhnya. Apa yang tak kena? Bukannya ada sesiapa yang nak tengok dia semasa bekerja nanti.
"Lantak kaulah. Naik bas. Aku tak nak kau pergi kerja dengan aku. Buat malu aku je. Oh! One more thing. Jangan mengaku yang kita dah kahwin. Okey?"
![](https://img.wattpad.com/cover/140234472-288-k976162.jpg)
YOU ARE READING
Willing To Be Her Husband
Fanfic"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...