"Lap air mata kau. Kita dah sampai."
Brek tangan yang ditarik menandakan mereka berdua betul-betul sudah sampai di rumah agam milik keluarga Kim.
"Woah~." Terlopong mulut gadis itu tatkala terpandangkan pokok bunga yang dihiasi dengan lampu led yang berwarna oren. Cita rasa Puan Kim sangat bagus kerana warna yang dipilihnya nampak mewah.
Rumah yang besar itu dipandang kagum oleh Seomin. Walaupun dia selalu datang ke rumah ini sebagai teman wanita Taehyung dulu tapi ini kali pertama dia nampak kemewahan yang dimiliki oleh keluarga Taehyung sebetul-betulnya.
"Aku suruh lap air mata kau kan? Pekak ke? Muka ketat Taehyung menjamah pandangannya. Seomin mencebik. Matanya menangkap sekotak tisu yang ada di dalam kereta itu. Saat tangannya mahu menarik tisu keluar dari kotak, tangan Taehyung lebih pantas memintas tangannya.
"Err.. Taehyung..saya boleh buat sendiri."Terkejut dia tatkala dagunya disentuh oleh lelaki itu.
"Dongak." Arah Taehyung. Seomin hanya menurut. Dia mendongak sehingga matanya tepat memandang sepasang mata Taehyung. Malu dengan perbuatannya, Seomin memandang ke tempat lain.
Air mata yang masih tersisa di wajahnya dilap oleh lelaki itu dengan tisu. Sentuhan Taehyung yang lembut itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Rasanya ini adalah kali pertama lelaki itu tidak berkasar terhadapnya. Dia memandang wajah Taehyung yang sedang fokus mengelap air matanya. Dengan jarak yang sangat dekat ini, membuatkan dia perasan yang bulu mata lelaki itu sangat panjang. Sepasang mata itu nampak sangat cantik.
"Awak tahu..sebelum ni saya tak pernah perasan yang bulu mata awak panjang Taehyung."
Pergerakan Taehyung terhenti. Seomin yang seperti baru tersedar akan kesilapannya segera berdehem sebelum merampas tisu itu dari tangan Taehyung. "Abaikan apa yang saya cakap. I'm sorry." Tisu itu ditenyeh pada mukanya yang sudah kering.
Taehyung menyembunyikan senyumannya di belakang tangannya. Namun senyumannya tidak bertahan lama. Dia baru tersedar sesuatu. Dia tersenyum kerana Jeon Seomin? Nonsense!
"Pastikan kau tak buat lagi. Aku tak suka."
Seomin tertunduk malu. Perasaan ni macam ditolak secara tidak langsung oleh Kim Taehyung. Apa yang dia buat hanyalah memuji lelaki itu.
"Dan pastikan kau tak cerita apa-apa yang dah berlaku harini. Dekat pejabat atau rumah. Kunci mulut kau. Aku tak nak kau bawa sesiapa dalam masalah kita. Lagi-lagi mummy. Ingat tu." Pesan lelaki itu sebelum membuka pintu kereta di bahagian pemandu. Tanpa membukakan pintu untuk Seomin atau menunggu isterinya, Taehyung terlebih dahulu meluru ke arah mummynya. Sanggup wanita tua itu menunggu anak dan menantunya di luar rumah. Seomin mendecit apabila dia terpaksa mengejar langkah Taehyung.
Tubuh mummynya dipeluk oleh Taehyung sekuat hatinya.
"Satu-satunya yeoja yang Taetae sayang!"
Puan Kim tersenyum lebar. Dia menepuk belakang anaknya agak kuat. Taehyung mengaduh sakit dengan perbuatan mummynya yang tiba-tiba memukulnya. "Waeyo mummy?" Tanyanya dengan nada yang mengada-ngada. Tidak pernah lagi dia berkasar dengan mummynya. Dia sangat sayangkan wanita ini.
Seomin yang melihat dari jauh berasa tersentuh. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya. Inilah sifat Kim Taehyung paling disukainya. Manja yang mengada-ngada. Tapi itu semua dulu. Sekarang, jangan harap.
"Kenapa kata satu? Kamu ada isterikan. Kenalah sayang dia jugak." Tegur mummynya dengan sebuah senyuman. Melihat anak dan menantunya di sini, siapa je yang tak bahagia. Setelah kematian suami, Taehyung sahaja yang dia ada. Namun Taehyung tanpa Seomin bukanlah seorang Taehyung baginya. Anak lelakinya itu cukup gilakan gadis itu. Keputusannya untuk kahwinkan Taehyung dengan gadis itu tidak silap.

ANDA SEDANG MEMBACA
Willing To Be Her Husband
Fanfiction"Kau memang sengaja gugurkan anak tu kan? Cakap jela yang kau suka mengandungkan anak luar nikah tu daripada anak aku!" Dada Taehyung turun naik. Tangisan isterinya tidak lagi dihiraukan olehnya. Mungkin menjadi 'kambing hitam' buat teman wanitanya...