44

280 38 9
                                        

Keadaan kembali sunyi selepas sahaja Jungkook dan Yunha pulang. Aku melihat dia yang duduk berhadapan dengan aku. Jarak kami dipisahkan dengan saiz kelebaran katil Jungwook. Dia berada di kanan katil manakala aku pula sebaliknya.

Rambutnya yang sudah mencecah alis mata bawahnya kelihatan bersepah berbanding keadaannya sebelum dia meninggalkan rumah pada pagi tadi. Dia juga kelihatan sangat letih. Aku mula kesiankan dia. Mungkin kalau bukan kerana idea aku, mereka takkan ada masalah macam ni.

"Papa.." Suara Jungwook membuatkan kepala aku dan Taehyung serentak memandang ke arahnya.

"Hmm?" Taehyung kembali menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket. Dia memberi perhatiannya kepada Jungwook. Aku hanya melihat mereka tanpa bersuara.

"Nanti kita makan aiskrim chocoberry boleh?" Mata bundar milik Jungwook memandang Taehyung dengan penuh mengharap.

"Boleh. Nanti kita ajak mama sekali. Kalau Jungwook nak tahu.. chocoberry tu favourite mama." Jawabnya. Dia membalas renungan mata aku dengan sebuah senyuman nakal.

Chocoberry. Perkataan itu membuatkan pipi aku berbahang kerana malu. Taehyung masih ingat?!

Fikiran aku terus dipenuhi dengan insiden itu. Insiden di mana aku berjumpa dengan Taehyung.

🍫🍓

"Euncheol..aku rasa kita dah lalu tempat ni tadi." Aku menarik lengan Euncheol daripada terus berjalan. Kaki aku sudah letih. Tangan aku juga sudah melekit dengan aiskrim strawberi yang makin mencair.

Rimas. Penat. Itulah yang aku rasa sekarang.

"Aku menyesal ikut cakap kau. Love Maze Game ni bukannya best pun." Bibir aku memuncung. Dari tadi lagi mereka sesat. Buang masa betul.

"Eh kau ni. Kalau kau tolong cari jalan jugak takpela. Ini merungut je tahu!" Marahnya sambil menampar bahu aku.

Tamparannya membuatkan aiskrim aku terjatuh ke tanah. Euncheol!

"Yah! Tengok apa kau dah buat!" Aku mengangkat kepala, bersedia untuk mengamuk. Namun kelibat Euncheol sudah tidak kelihatan. Jantung aku berdegup kencang.

"Euncheol!" Aku mula panik. Aku berlari masuk ke laluan sebelah kanan sambil memanggil namanya.

"Eunch- Aduh!"

Tubuh aku menghentam seseorang membuatkan kami sama-sama terjatuh ke tanah.

"Argh.." Dia mengerang kesakitan membuatkan aku kembali tersedar. Aku cepat-cepat bangun daripada terus menghempap tubuhnya.

"Sorry.." Aku menyapu tanah yang melekat pada paha aku yang terdedah manakala lelaki itu pula masih duduk sambil memandang aku tajam.

"Encik..?" Aku kekok dengan keadaan begitu. Mata aku menangkap kon aiskrim yang sudah kosong di tangannya. Kemudian mata aku terhala pada setepek aiskrim coklat di atas tanah pula.

"Takkan encik nak marah saya sebab aiskrim encik terjatuh?" Aku membalas pandangan tajamnya. Padahal aku pun geram Euncheol jatuhkan aiskrim aku tadi. Tapi Euncheol sengaja, aku tak sengaja!

"Yes! Tengok apa awak dah buat? Aiskrim tu tak patut jatuh kalau awak tak lari macam orang gila tadi!"

Dia berdiri sambil mendada ke arah aku. Tangannya mencekak pinggang. Matanya mencerlung tajam. Jauh di dalam hati aku, aku rasa dia comel bila buat begitu.

"Kalau macam tu..encik nak saya buat apa?" Lupakan rasa marah tadi, aku mula rasa terhibur dengan kerenahnya.

"Beli aiskrim coklat untuk saya.." Nadanya mengendur apabila aku berjalan mendekatinya.

Aku menarik jaketnya sehingga wajahnya betul-betul dekat dengan wajah aku. Matanya membundar. Dia kelihatan tidak keruan dengan perbuatan aku.

"Macam mana dengan aiskrim strawberi daripada coklat?" Aku tersenyum nakal.

"Yeah..I don't mind.." Balasnya tanpa memandang aku.

Serentak itu, aku terus menciumnya. Mulutnya yang terbuka kerana terkejut membuatkan kerja aku menjadi lebih senang.

Dua perisa itu menghiasi deria rasa kami berdua sebelum lelaki itu menolak tubuh aku sehingga ciuman itu terlerai. Tenaganya yang kuat membuatkan tubuh aku hampir hilang keseimbangan.

Dia memandang aku dengan wajah yang masih terkejut. Tangan kanannya menutup bibirnya. Dia kelihatan seperti trauma membuatkan aku naik risau.

"Awak ok?"

"Seomin! Kat sini rupanya kau! Penat aku cari. Kau ingat aku ni apa? Datang fun fair ni kerja nak cari kau je?!" Suara Euncheol menyinga membuatkan aku mula kelang kabut.

"Bye-bye! Harap awak suka perisa chocoberry tu!"

👁👄👁

Tbc
Siapa suka aiskrim perisa chocoberry? 🙋

Willing To Be Her HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang